MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 24 Disember 2008

HIDUP ADALAH PERJUANGAN

Sedar tak sedar dah 19 tahun aku terlibat dengan pelbagai bisnes MLM. Sepatutnya, aku telah bergelar jutawan MLM. Tapi, aku tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Segala rezeki, jodoh, ajal maut telah ditentukan Allah. Aku telah cuba berhabis-habisan. Konsep 5M telah aku lakukan. Namun rezeki 5 angka tidak pernah aku menjamahnya. Paling tinggi aku pernah dapat
RM 2300 sebulan semasa bersama Sureco.

Aku pernah berehat beberapa bulan, tak buat apa-apa.Ternyata memang darah aku darah MLM. Aku rasakan hidup aku ketika itu tak ceria. Aku dah biasa berjumpa orang, dari pelbagai latar belakang. Tiba-tiba, aku balik mengajar, terus tidur. Bangun pukul 6.30 ptg. Ni tak boleh jadi! Kalau macam ni, lama-lama aku kena ahmar nanti! Aku mesti kembali semula melakukan 5M. Mengguna, menjual, menaja, membimbing ahli dan menghadiri mesyuarat.

Berkebun? Dari kecil aku dah dididik dengan cangkul dan parang. Aku pun diberi tanah oleh ayahku. Kini, kebun tu dah ada ternakan babi hutan. Tapi bukan aku yang bela. Kalau aku ke sana binatang tu akan menakut-nakutkan aku. Masalahnya kalau aku kerja kebun, badan aku akan sakit-sakit. Pernah aku kena masalah kulit yang teruk. Doktor suruh beli ubat, harganya RM 98.00 untuk 6 kapsul. Sejak tu, aku kata pada diri aku,memang kerja kebun ni bukan kerja aku. Sekolah rendah lagi aku tolong ayahku membanting tulang di sawah semasa Pt Jayus, Sri Medan dulu. 5 tahun aku kerja di sawah tu.

Tapi satu kenangan tu, ayah aku ada ajar aku bisnes juga. Aku tolong dia jual kacang tanah rebus dengan jagung. Pelanggan berebut-rebut. Apa tidaknya kacang tanah tu cuma dijual 10 sen untuk satu bungkus besar. Jagung pula dijual 5 sen sebiji (tahun 70 an). Rupa-rupanya itulah yang jadi minat aku.

Kalau jumpa member2 lama, dia orang akan tanya. Apa projek skrang? Tentulah spt 'Pucuk dicita ulam mendatang',pasti aku dpt prospek hari itu. TAPI, sekarang aku tak paksa orang beli mcm dulu. Sekarang aku dah demand sikit. Maklumlah dah lama aku jadi JURUJUAL PENGEMIS. Pernah aku dihalau orang dari rumah, belum sempat aku nak buka katalog.

Isteri aku Hamidah pernah suruh aku berhenti jual barang ni. Tapi aku buat dek aje. Akhirnya dia dah letih menasihati aku. Bukan apa, dia kesian tgok aku kerja keras.

Sekarang zaman dah berubah, dunia dah maju. Maka kata-kata Zul Dj (Pt Sulong) petang tadi memang betul. Walaupun kita ni orang biasa-biasa, tak salah kalau kita bawa laptop ke sana-sini. Sekarang kita bisnes semua online. Tak payah ketuk pintu rumah orang, kerana di belakang pintu itu ada seribu kemungkinan. Kita ketuk pintu-pintu hati prospek melalui hujung jari sahaja.
Dan itulah bisnes masa kini, dan akan datang. Kalau kita tidak menguasainya, kita bukan lagi katak di bwh tempurung, tapi katak di dalam gua.

Bio-asli telah menjadikan aku celik IT. Segala rekod jualan stokis aku mesti buat, termasuk beberapa stokis di bawah aku. Segalanya pantas belaka. Kerajaan telah membina prasarana lengkap di bumi Malaysia ini, dari jalanraya yang lebar, pelbagai lebuh raya, bank di mana-mana, kemudahan komunikasi yang canggih, kita gunakan untuk apa? Kita harus gunakan sgala kemudahan ini utk membina kehidupan orang2 kita supaya tidak lagi menagih subsidi. Rintihan2 itu menjadikan bangsa kita diperlekeh dan tidak dihormati lagi! Sampai bila kita nak jadi peminta, kerana tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah.

Tiada ulasan: