Ahad, 14 Disember 2008

MANGSA PUKAU



Tengah hari ini aku menerima panggilan telefon daripada satu nombor baru. Aku membiarkan ia berdering berkali-kali. Aku anggap panggilan itu sebagai panggilan Spam, macam email spam. Oleh sebab deringan tak henti-henti maka aku menyambut panggilan tersebut.
" Hei... aku Hasan lah, kau tidurke?"
" Kenapa kau tukar nombor lagi?"
" Ni aku nak cerita ni, kau kat mana?"
" Aku kat Novo Park Hotel"
" Ada projek baru ke?"
" Tak, jumpa Datuk Noraini, meraikan anak-anak Parlimen Pt Sulong yang dapat 5A"
" Bila kau balik? Aku nak jumpa kau ni?"
" 20 minit lagi"
Seperti dijanjikan, sampai saja aku di rumah, Hasan pun datang. Dia nak beli Minyak Power 31. Sambil tu nak tengok bonus Bio-asli kat internet.
" Hari tu, aku jalan sorang-sorang kat KL..." Hasan memulakan cerita suspen.
" Macam biasalah, setiap kali aku jumpa orang, aku tegurlah, kan kita ni pantang jumpa prospek, ada seorang lelaki dari seberang tu salam mesra dengan aku, dia bagi salam. Bila dia tenung mata aku je, aku dah tak ingat apa-apa. Aku dengan selamba serahkan hanphone aku tu (harga RM 500 tu!) dengan duit hasil jualan aku yang tak banyak hari tu, ada lah RM 40."
"Habis, kau tak report"
"Ala, malaslah pulak, bukan aku hilang ribu-ribu. Lagipun takut polis ketawakan aku. Dia orang tu dah banyak kerja".
"Habis, tu ada hanphone baru, baru beli?"
"Aku keluarkan duit bonus Bio-asli hari tu"
"Kesian, kesian"
"Kau sekarang kena jaga-jaga dengan pendatang ni. Dari Arab pun sama. Dia orang datang sini, bukan kosong gitu-gitu je. Lebih baik kau tak payah mesra-mesra dengan orang yang tak dikenali. Kat KL tu macam-macam berlaku. Aku ni entah mangsa yang keberapa?"


3 ulasan:

SAM berkata...

MM tak terkejut pun sbb MM dah kena 2 kali episod ni. First masa kerja kt Angelia Cake BP. Masa tu senja2, boss suruh hantar kek kt someone kt satu bangunan ni, dia sertakn sekali duit RM80 sbb customer yg call tu janji nk bg RM100, and harga kek tu RM20. Sampai je situ, customer tu marah2 kerana terkejut dan ketakutan disergah MM dgn x semena2 terbagi duit RM80 tu dgn duit2nya sekali. Lepas tu sampai kedai baru tersedar.. mcm tersedar dari mimpi gitu la.. MM dgn boss menjajar cari pemuda tu sampai merata tp x jumpa. Yg kedua..pjng cita. Baru berlaku awl tahun ni.. Lain kali sambung ya..

MSOM berkata...

LAMA TAK DAPAT ULASAN DARI MM. AKU DAH SERTAKAN LINK BLOG MM KAT SEBELAH TU. kALAU MM NAK DENGAR CERAMAH BAHASA JAWA, US TAZAH WEDOK, KLIK KAT BAWAH DOA JODOH TU. BEST PULAK CERAMAH AGAMA BAHASA JAWA NI.

SAM berkata...

Thanks la sbb sudi link'kan blog MM yg tak sepertinya tu, MM ni bukan penulis handalan macam Cikgu2 ni, sekadar berkongsi idea dgn semua readers yg sudi, especially for those yg sekapal, sekampung, sesekolah, sekelas, sebandar, seperbanjiran, sepernguratan, sepergaduhan, sepersusahan dan sbgnya.

MM pun sebenarnya dh jadi follower tetap pd blog bro ni tiap hari.. ada tertulis kt Profile MM tu.