Selasa, 2 Disember 2008

MENGAPA GADIS MELAYU TERPIKAT DENGAN JEJAKA LOMBOK?

Sejak akhir-akhir ini akhbar-akhbar kita melaporkan tentang gadis-gadis kita yang terpikat dengan jejaka Lombok. Mereka sanggup buang emak, buang saudara semata-mata kerana mengejar cinta sejati. Pelbagai perkara diulas di majalah dan akhbar.

Bagi saya, ini tidak menghairankan saya. Semasa bertugas di Paloh dulu, saya bersahabat dengan lapan orang jejaka Lombok. Mereka rajin ke quaters saya untuk menonton televisyen. Rancangan yang paling diminati ialah Dari Seberang (TV 1, setiap minggu menayangkan filem-filem dari Indonesia, sekarang hari-hari ada drama sinetron).

Mereka begitu berhemah tinggi. Tutur katanya penuh teratur. Mereka suka bahasa yang indah-indah. Saya masih ingat lagi salah seorang daripadanya bernama Safarudin. Dia menunjukkan draf surat cintanya yang mahu diposkan kepada kekasihnya di Lombok. Saya masih menghafal baris-baris ayat itu.


Hati yang satu ini
Telah lemah dilanda dusta
Cinta hanyalah bawa bencana
Tapi kini engkaulah yang kudamba
Jangan bawa duka nestapa kepadaku
Kerana bersamamu kankuusir bayang-bayang kelabu

Bukanlah gemerlap intan yang kupinta
Bukan pula rayuan yang mengasyikkan
Tapi berilah seberkas cintamu
Sebagai harapanku yang terakhir
Dan sertakan daku dalam hidupmu

Bersamamu kan kumeraih mentari

Bersamamu kuingin lari mengejar bintang
Dan bersamamu kankuhadang taufan kehidupan

Kerana bahasa-bahasa puitis dan jiwa halus mereka inilah, maka ramailah gadis kita terkesima dengan cinta mereka. Pemuda-pemuda kita bila buat seperti itu, akan dikata mat jiwang, pondan dan macam-macam lagi.



Ketika itu saya memiliki kereta sport Toyota Celica ST(spt gambar di atas). Mereka begitu teruja dengan kereta yang berharga 10 ribu sahaja itu. Katanya " Kalaulah saya ada mobil seperti yang kamu ada ini di Lombok, tentu ramai cewek mau ikut saya!!".

Tiada ulasan: