MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 2 Disember 2008

SAYA PERNAH BERTUGAS DI SINI


SMK CONVENT BATU PAHAT 1995 - 1998

PERSATUAN BAHASA MELAYU/ BAHASA INGGERIS SMK PENGHULU SAAD

MAT SOM DENGAN MURID-MURID SMK PALOH
1988 - 1994

SMK PENGHULU SAAD 1999 - 2004

EN HAMIDON SAID, EN MOHD ZAKARIA MARSAM, EN JUMAHADI MIN,
EN AZMAN AHMAD, PN MARYATI, PN HJH AISHAH, EN AMIN HAMZAH
PERNAH BERTUGAS DI SINI. PENGETUANYA KETIKA ITU IALAH EN SAMIAN SAWIYO (BERBAJU BIRU DI TENGAH)



CUBA PERHATIKAN GAMBAR INI. RAMAI YANG MENJADI ORANG-ORANG HEBAT!! EN SURAIMI KINI DI KEMENTERIAN. EN SHIDAN RAMLI PEN KANAN HIGH SCHOOL. EN ARMAS DI PPD BATU PAHAT.



KALAU NAK LIHAT LEBIH JELAS WAJAH-WAJAH BERKARISMA INI, SILA ZOOM GAMBAR LAMA INI. 



Jun 1987-November 1987 aku praktikal di SMK SRI TEBRAU Johor Bahru. Pelajar yang aku ajar kelas 2C. Pelajar sekolah ini kebanyakannya dari Taman Sri Tebrau, Taman Sentosa, Bakar Batu. Pelajar dari Bakar Batu kebanyakannya Melayu. 70% murid sekolah ini berbangsa Cina. Pengetuanya ketika itu En Mohamad Sharifuddin Mahmud. Beliau sangat terkenal di Johor Bahru dengan ketegasannya. Masalah disiplin agak berat ketika itu. Ramai murid digantung sekolah. Terdapat murid yg lari sekolah sebelum pkl 10.00 pagi.

Aku posting di SMK PALOH Januari 1988 - 1994 (7 tahun). Antara sekolah terdekat dengan sekolah ini ialah SK Bandar Paloh, SK Paloh 2, SJK CINA PALOH, SJK TAMIL PALOH. Tak jauh dari sini ada SK Bukit Paloh. Waktu mengajar di sini juga kena banyak bersabar. Aku mengajar kelas peralihan paling hujung, kelas Peralihan U dan Peralihan I. Hari-hari aku dicabar murid aku. Banyak kali juga aku tak dpt menahan sabar. Kadang-kadang sampai bapa budak datang sekolah. Sepanjang 7 tahun di situ,lebih kurang 5 kali, bapa murid yang datang marah-marah aku. Aku pernah MC kerana perkara tersebut. Aku jumpa Klinik Nurish, aku kata aku menghadapi tekanan.

Sepanjang di sinilah aku mengenali ramai kawan. Mereka seperti adik beradik. Sampai sekarang hubungan itu terjalin erat. Ada dua orang rakan aku berkahwin dengan pelajar Cina di sini dan bahagia hingga sekarang. Ramai juga yang bertemu jodoh dengan sesama guru, jumlahnya tak terkira. Cuma aku saja yang tak jumpa jodoh di Paloh ini.

1995 - 1998 aku berpindah ke SMK Convent. Pelajar di sini terlalu komited. Daripada kelas peralihan di Paloh, di sini aku diarahkan oleh Pn. Marian Tan mengajar kelas PMR. Aku mengajar BM Tingkatan 3A, dan 5 kelas Sejarah. Aku rasa tidur aku berbantalkan buku. Sampai aje kereta aku di parking sekolah, terdapat murid yang bertanya perkara-perkara yang mereka tidak faham, terutama Sejarah. Tambahan pula kerja kursus sejarah pada masa itu begitu membebankan pelajar. Mereka kena keluar jumpa DO, tokoh-tokoh setempat dan orang ramai. Selama 4 tahun di SMK Convent, B Pahat ni aku berjumpa 4 orang pengetua yang hebat-hebat iaitu Pn Marian Tan, Pn. Hawa, Pn Hjh Salamah dan Pn Junaidi Santano. Cikgu Ng Bok Swee selalu usik aku. ayah Cikgu Junaidi tu sekapal dengan bapa awak ya?

1999 - 2003, aku mohon berpindah ke SMK PENGHULU SAAD, ketika itu namanya masih SMK PT. SULONG. Tak lama kemudian, namanya telah ditukar. Masa aku datang tu tiada pengetua. Tn Hj Hassan Ahmad menjadi pengetua di sini begitu singkat. Diganti seorang pengetua yang penuh protokol En Samian Sawiyo. Seterusnya Allahyarham Tn Hj Rahim Kamisan yang sangat peka dengan kebersihan. Beliaulah seorang yang tidak boleh melihat sampah.

2004 aku dipindahkan ke SK Seri Pasir. Tiga bulan, barulah aku dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah rendah yang agak berbeza. Aku rasa terlalu penat melayan kerenah budak-budak kecik ni. Guru Besarnya pada masa itu En Sharkawi. En Ali Sarmin meneruskan visi dan misi itu hingga sekarang dan perubahan telah dicapai oleh sekolah ini dari setahun ke setahun.

2 ulasan:

E-DA berkata...

Mohon singgah sekali lagi ya Cikgu. Saya ni bekas pelajar SMP. Saya terharu bila tengok gambar guru-guru di SMP. Ada Miss Teo yang ajar Bahasa Malaysia semasa di tingkatan 4, Cikgu Armas, Cikgu Zul yang galakkan saya masuk Uitm ambil Art & Design, Cikgu Mala, Cikgu Norjan, Cikgu Krishnan yang ajar lukisan dan Sejarah (subjek yang saya phobia), Cikgu Ahmad Yusuf, Cikgu Masehod Tijo yang kawin dengan amoi comei...1 Malaysia nampaknya ya...dan ramai lagi yang tak dapat saya sebutkan satu persatu di sini.

Walaupun Cikgu sendiri tak pernah mengajar saya tapi saya masih ingat muka Cikgu yang cute tu...hahaha...oh ya...saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARU GURU buat Cikgu dan rakan-rakan Cikgu yang di dalam gambar tu...juga untuk semua warga pendidik di Malaysia yang tercinta ini...semoga akan menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk makluman Cikgu, adik saya pernah menjadi anak murid Cikgu. Masa tu Cikgu ajar dia lukisan...katanya Cikgu pernah memuji lukisan black & white Abraham Lincoln yang ditampal pada buku adik saya tu...mungkin Cikgu pun dah tak ingat lagi kot...dan sebenarnya, lukisan tu saya yang buat...hehehehe...

Okaylah Cikgu...saya nak ucapkan syabas kerana menghasilkan blog yang menarik ni dan penuh dengan kenangan mengusik jiwa...kalau tidak saya pun tak boleh nak ingat wajah guru-guru SMP yang pernah mengajar saya dulu.

MSOM berkata...

E-DA,
Sungguh gembira rasanya saya dapat bertemu bekas pelajar SMK Paloh.

Kenangan di sana cukup meresap dan memang tidak dapat saya lupakan, kerana SMK Paloh merupakan sekolah pertama saya mula menjadi seorang pendidik.

Terima kasih E-DA keran sudi menjengok saya di sini.

Sampaikan salam saya buat adik E-DA itu.

Akhir kata selamat maju jaya dalam bidang yang E-DA ceburi.