Ahad, 15 Februari 2009

ANDA TERINGIN BUAT WEBBLOG?

WAHAI hamba Allah yang diberkatiNya. Kini kita boleh bersuara kepada warga dunia melalui blog. Ia amat mudah, semudah kita membuat e-mel. Satu masa nanti orang akan bertanya "Apa alamat blog anda?" Seperti orang bertanya "Apa alamat e-mel anda" pada masa ini. Kita boleh memiliki blog sebanyak yang kita mahu dengan PERCUMA. Caranya cukup mudah, lihat Create Blog di atas, kliklah di sana, anda dapati ia semudah A,B,C. Syarat utamanya anda memiliki alamat e-mel.

Sebelum mengisi borang itu, pastikan kita telah bersedia dengan beberapa nama cadangan blog kita. Biasanya nama-nama yang power telah didaftarkan oleh orang lain. Contohnya nama saya (yang tak power pun) telah didaftarkan oleh warga dunia yang lain. Barangkali nama matsom ni di Brazil sana adalah sejenis specis burung. Di Afrika pula sejenis pokok. Nama ibu saya yang unik pun (Tumut) telah didaftarkan orang di Indonesia. Jadi, bersedialah dengan tiga nama yang strong...benar-benar mantap. Nama Matsomherbs adalah pilihan terakhir saya, dan didapati tiada yang sudi dengan nama itu. Mengapa pilihan nama penting? Sudah tentu, kerana nama-nama tersohor akan menyebabkan orang mencari-cari blog itu. Pasti nama-nama seperti osama,bush telah menjadi rebutan!!!

Apabila hits blog kita telah meningkat, bolehlah kita mengiklankan bisnes kita kepada mereka. Jadi, kita dapat membina kekuatan sendiri tanpa mengiklankannya di web atau blog orang lain.


Berbalik kepada weblog ini disarankan kepada anda ialah (saya ubahsuai daripada karangan UMMI MUJAHIDAH):

1. Memiliki blog adalah percuma. 10 blog pun anda tak perlu bayar walau sesen! Cuba layari (Blogger.com). Reka bentuk layari (blogskins.com)Simpan fail di Tripod.com). Jika anda
ingin lebih interaktif (signmyguestbook.com) atau komentar (haloscan.com)

2. Memiliki blog adalah mudah. Contoh blogger.com. Klik create dan anda ikuti arahan seterusnya.

3. Blog untuk sesiapa sahaja. Mungkin anda pernah menghantar karya ke akhbar, dan mereka membakulsampahkan karya anda. Dalam blog ini tidak akan berlaku. Akan ada pelawat yang akan membaca karya anda. Sesiapa sahaja berhak untuk bersuara. Mungkin selama ini, pendapat anda diperlekeh oleh orang lain. Anda boleh bercakap tentang apa yang anda gemari.


4. Blog memberikan anda 'SENSE OF PURPOSE'. Ia memberikan anda hala tuju. Kadang- kadang kita sibuk dengan rutin harian dan merasakan kehilangan arah dan tujuan. Memiliki blog membuatkan anda mempunyai sesuatu untuk 'DIURUS' dan dipelihara.Dengan memiliki blog, maka anda akan terpaksa akan BERFIKIR. Apa yang akan saya tulis dalam blog saya hari ini? Hidup ini terasa lebih indah kerana dapat menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Apatah lagi jika anda menyerapkan dakwah yang santai kepada insan-insan yang dalam kegelapan. Mana tahu dengan tulisan anda yang bernas, akan lahir seorang lagi muslim atau muslimah?

5. Memiliki blog melatih kemampuan kita berfikir. Dengan banyak menulis blog, anda akan menjadi pemikir yang baik. Usah merasa rendah diri jika anda tidak memiliki pelajaran tinggi. Dengan banyak membaca, kita akan setaraf dengan para cendikiawan yang terbilang.

6. Komuniti blogger. Rakan-rakan anda akan bertambah dari mana-mana ceruk dunia ini melalui blog anda dan blog-blog mereka.

7. Blog membebaskan anda untuk BEREKSPRESI. Apa pun yang anda rasa...sedih, gembira, jatuh cinta, bahagia, derita boleh ekspresikan dalam blog anda. Inilah kemerdekaan tanpa sepadan.

8. Blog adalah THE NEW MEDIA di Internet. Jika ketika ini anda telah berminat membuat blog anda sendiri, maka itu adalah langkah bijak. Semoga anda menjadi BLOGGER yang hebat dan diberkati.


Perhatian: Ramai pula yang ingin tahu tentang bagaimana nak buat blog terutama blogspot.

http://matsomherbs.blogspot.com/2009/02/tip-buat-blogspot.html

Tetapi, ni ada sahabat kita ada bagi tutorial bergambar, bagaimana nak buat blogspot, kalau tak faham cuba sampai dapat.
Layari: http://asmawati.com/video-cara-buat-blog-di-blogspot-langkah-demi-langkah/

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Matsom.
Syabas di atas usaha anda ke arah yg lbh positif dan bermatlamat ini. Usaha sprti ini tlh saya buat sejak 1997 lg sblum ada blog dgn mmbangun laman web sendiri, blajar mmbentuk script/tag html sndiri krn xbnyk lg tools @ template ktika itu - skrg trsngatlh mudahnya.

Lman web tu msih d sana cuma perlu sdikit kemasan, InsyaAllah akan sya update utk tatapan.

AbgRazif anakBioAsli Saim

MSOM berkata...

Jutaan Tkasih atas sokongan En Razif. Jika kwn2 lama saya tahu saya kini ada blog, pasti mereka terkejut beruk. Masih ingat lagi tahun 1999 saya mula-mula memegang tetikus, saya diketawakan rakan-rakan (kerana saya tak tau nak gerakkan mouse ketika itu). Rasanya, saya nak belajar banyak perkara dgn Sdra Sifu ni. Jika 1997sdra dah hebat dlm IT maknanya sdra ini bukan calang-calang orang.
Oh ya, tentang BIO ASLI ni kalau nak order barang hubungilah saya. Namun kalau nak beli produk terus dgn syarikat pun lebih baik. En Saim, baru je balik Haji jadi beliau ingin menumpukan kepada ibadah. Sekarang kalau Sdra Razif nak jadi Promoter Plan C sangat dialu-alukan. Modal asas 500 disimpan dalam e-wallet. Jumpa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Saya ni kawan Comei.. Jgn sebut nama aku kat sini!!! Bahaya..Nak bagi tau ni..

Jgn lupa lawati blog yg masih bau kedai... Baru potong reben di :
http://sari-comei.blogspot.com

MSOM berkata...

Tahniah! Diucapkan kepada COMEI.
Bolehlah anda ajar comei, macamana nak masukkan chat, jumlah visitor dan jam. Ni aku dah jumpa jam-jam antik. Layari (www.csalim.com) tinggal copy code and, paste jer.