MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 6 Februari 2009

TAUFAN EKONOMI?

Apabila membaca tentang dasar blogger iaitu untuk menyampaikan pendapat kepada warga dunia, maka sejajar dengan itu, di ruangan inilah kita dapat menyampaikan apa sahaja idea untuk kemakmuran alam ini. Sesungguhnya setiap blogger haruslah menambahkan ilmu melalui pembacaan, kajian dan pengalaman agar ilmu yang disampaikan dalam sesuatu blog itu memberi
manfaat berguna kepada diri dan pelayar-pelayar internet. Amatlah malang, jika isi sesuatu blog itu menambahkan kemurkaan Tuhan kepada kita, seperti menyiarkan laman-laman porno yang ternyata memberikan impak yang buruk kepada generasi muda, yang sepatutnya masa keemasan itu diisi dengan perkara-perkara yang yang berfaedah untuk kemajuan mereka pada masa akan datang.

"Sesiapa yang bergerak, dialah yang maju ke hadapan, dan sesiapa yang berhenti walau sekejap, pasti akan ketinggalan" Demikianlah kata-kata Dr Muhammad Iqbal (Pakistan) tentang betapa kita seharusnya sentiasa mengisi masa dengan menambahkan ilmu pengetahuan agar menjadi umat yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Akhir-akhir ini, pakar ekonomi meramalkan akan berlaku TAUFAN EKONOMI yang lebih dahsyat daripada krisis tahun 1997. Ramai insan-insan yang akan kehilangan kerja. Kilang-kilang akan mengurangkan pekerja dan kos operasi. Ini disebabkan kelembapan ekonomi menyebabkan permintaan terhadap barang-barang yang dihasilkan sermakin berkurangan.

Soalnya adakah kita telah bersedia dengan situasi itu? Dengan harga kelapa sawit dan getah yang rendah, dan harga minyak yang menjunam, bagaimanakah Malaysia akan menangani
masalah itu kelak?

Kesan-kesan sosial yang akan berlaku ialah meningkatnya kejadiah jenayah. Rompakan oleh warganegara Indonesia keatas rakyat Malaysia selama ini disebabkan keadaan ekonomi yang parah di Indonesia. Jumlah penjenayah daripada rakyat tempatan tidak kurang hebatnya.
Penjara yang ada telah dipenuhi dengan manusia-manusia yang dikuasai iblis. Di sinilah pegangan agama yang kuat sangat penting diterapkan kepada seluruh rakyat. Tanpa percaya adanya dosa dan fahala, syurga dan neraka, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kejadian remaja membunuh ibu bapanya sendiri, kerana dipengaruhi syaitan sudah tidak asing lagi di negara kita tercinta ini. Pembunuhan itu lebih dahsyat dari sejarah Habil dan Qabil.

Tiada ulasan: