Jumaat, 20 Februari 2009

KS 747

Jam 11.01 malam aku menerima sms "Apa khabar? Lama X dgr cerita. Dr KS 747."
Aku ingat sangat dengan nick name tu! 1985-1987 aku bergelumang dgn sahabat ini. Pernah dia tidur di rumah ibuku di Sri Medan. Yang saya sedih sangat, pada satu Raya Haji tu, dia nak ikut aku balik kampung, tetapi aku tak bagi, ketika itu sebenarnya aku malu sangat, kerana keadaan rumahku yang dhaif dan agak kekurangan. Apabila sampai rumah, aku terbayang muka KS 747, kesiannya dia kat asrama MPTI tu, makan maggie agaknya? Nak diajak balik, keadaan rumahku macam ni. KS 747 ni orang Alor Star. Jadi nak balik cuti Raya Haji alang kepalanglah.

Yang muskilnya malam ni bukan apa, dari mana dia dapat no hp aku? Tak lain daripada blog aku nilah. Bagaimana dia dapat mengesan blog ni tak taulah. Tetapi, antara matlamat aku dah tercapai, iaitu mengesan kawan-kawan lama terutama PMPS. Cuma kawan-kawan masa sesat kat hutan tu, seorang pun belum menghubungi aku.

Sejak ada blog ni macam-macam maklum balas aku dapat. Seronok juga dapat teman-teman cyber yang baru. Aku dah kenal Nuar dari Kota Bharu, Maninblue, dan ramai lagi.

Buat KS 747 - SYED MOHAMAD KHAIRIZAM semoga hidupmu dipenuhi keceriaan dan kejayaan. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga. Kirim salam dengan Shairul Bazri, Siti Norbaya, Norbani, Rozi Romli dan Che Embun.

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Bestnya... dapat menjejak kasih pulak ya. Tahniah la akhirnya tercapai impian MS untuk menjejak kasih yang hilang.

MSOM berkata...

Mungkin sam lupa..KS747 pernah aku bawa balik kampung pada tahun 1986 dulu...ye lah sam...sam kena tulis nama penuh kawan-kawan ni, jadi apabila dia orang buat carian dalam google, blog kita akan dipaparkan. Aku kagum juga tgok blog sam, ada visitor dari USA ..KERAPKALI PULAK TU...oBAMA KE AGAKNYA?