MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 3 Mac 2009

CERITA OYA!!!

Dalam diam kini kita telah berada dalam bulan MAC 2009. Begitulah pantas masa ini berlalu. Masa ialah usia kita. Jika kita menyia-nyiakannya bermakna kita telah merugikan usia kita. Sebab tu Allah berfirman DEMI MASA.

Sepanjang bekerja sebagai pendidik, aku dapati murid sangat suka dengan kaedah BERCERITA. Antara cerita yang paling mereka gemari ialah cerita OYA! Aku pun dah lupa apa tajuk buku itu.
Tetapi pelajar-pelajarku dulu di SMK PENGHULU SAAD, sangat suka dengan cerita ini. Hinggakan kini mereka telah ramai di universiti dan kolej, apabila berjumpa aku, pasti dari jauh mereka tersenyum-senyum, dan aku faham bahawa mereka ingat benar dengan cerita OYA itu.

Ceritanya tidak panjang mana. Cerita itu telah aku ubah sebenarnya. Presiden Bush suatu hari dijemput oleh orang Red Indian untuk berpidato di kampung mereka sambil merasmikan sesuatu projek utama untuk mereka.

Maka Bush pun disambut dengan begitu meriah sesuai dengan adat-adat orang Red Indian. Bush dipersilakan berucap selaku Ketua negara yang berpengaruh. Wajah orang Red Indian itu begitu ceria, almaklumlah inilah kali pertama seorang presiden datang ke kampung mereka.

Tibalah saat BUSH berucap. Walaupun BUSH seorang pemidato kelas C, tetapi pada petang itu
Bush begitu berkobar-kobar, mungkin kerana tenteranya di Iraq baru dapat memberkas Saadam Hussein dalam lubang tikus.

Setiap hujah yang Bush sampaikan menerima tepukan gemuruh dan pekikan OYA! OYA! Bush semakin bersemangat. Suaranya seperti halilintar membelah bumi, walaupun pidatonya tidak sebaik Sukarno. Jeritan OYA dan diselang seli dengan tepukan menjadikan Bush begitu rasa dihormati dan disanjungi penduduk Red Indian itu.

Akhirnya setelah jamuan daging panggang dan makanan Red Indian yang lain. Tibalah saat Bush meninggalkan perkampungan itu. Ketua Kampung mengiringi Bush dengan menaiki kereta kuda. Tetapi kereta itu tidak dapat bergerak dengan laju kerana jalan itu beralun dan bengkang bengkuk. Maka ketua Kampung orang Red Indian itu berkata kepada Bush.

"Tuan Bush, apabila kita lalu di sini, kita kena berhati-hati" ujarnya " Kenapa perlu berhati-hati?"tanya Bush tak sabar " Jalan ini bahaya dan banyak OYA "
" Oya? Oya tu apa?"tanya bush dengan lebih tidak sabar
" Oya tu ialah TAHI LEMBU!!!!!"
"???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
PENGAJARANNYA: USAH TERLALU PERCAYA PADA TANGGAPAN ORANG

Tiada ulasan: