MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 10 Mac 2009

TEMANKU MASROM JAIS

WAJAH MASROM JAIS 2009

MASROM JAIS BERSAMA TARWI SIKAT



GAMBAR TERBARU MASROM JAIS (JURAGAN)

Kawan karib saya di Pt Baru, ialah Masrom Bin Jais. Masrom dikenali oleh rakan-rakan sekelasnya di SMKSM-1984 SMK SERI MEDAN sebagai JURAGAN. Lahir pada 8.8.1967, kini menetap di Kota Tinggi. Kini beliau ingin menjejaki kawan-kawan lama yang sekelas di 5 Perdagangan 2 SMKSM 1984 itu. Sesiapa yang ingin menghubunginya smskan no tel kepada saya di talian di atas.

Waktu kecil-kecil dulu saya selalu memancing ikan keli dengannya di Parit Sarkun bersama adiknya Abadi Jais. Saya selalu juga tidur di rumah Masrom. Paling nostalgik ialah semasa bulan Ramadhan. Masrom biasanya bersembahyang Terawih di sebelah saya. Bulan puasa di kampung Pt Baru waktu itu sangat meriah. Selepas solat Terawih anak-anak muda bermain galah ehingga malam. Sebelum itu kami akan mengetuk 'kentung' bertalu-talu. Kampung-kampung lain pun begitu juga seperti Pt Singgahan, Pt Jayus dan Parit Basri. Suara itu dapat didengar di sana-sini.

Setiap lepas Terawih juga, kami akan makan kuih-muih yang dibawa. Biasanya setiap malam, bergilir-gilir sebanyak empat keluarga. Biasanya kami makan kuih, bubur kacang, keladi goreng, pisang goreng. Waktu itu kami rasa makanan seperti itu sangat sedap, hinggakan kami berebut-rebut.



Sekarang apabila balik kampung keadaan itu telah berubah. Kanak-kanak sudah tidak hairan melihat kuih-muih seperti itu. Yalah, sekarang zaman orang makan burger, fiza, hot dog. Semua itu kini jadi kenangan indah buat kami anak-anak Parit Baru Seri Medan.

Setiap kali cuti, Masrom akan datang ke tempat saya dan mengajak berbual-bual tentang cerita dulu-dulu. Saya memang susah untuk ke rumahnya di Kota Tinggi. Dahulu semasa bujang saya kerap ke sana. Sekarang sudah mula takut untuk memandu jauh-jauh. Mata pun dah mula silau dek cahaya lampu kereta yang sekarang ini bermacam-macam jenis.



Semoga sahabatku Masrom terus berjaya dalam kerjayanya dalam perniagaan yang diceburi-jual beli hartanah dan bahagia di samping anak dan isteri tercinta.

Tiada ulasan: