MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 6 Mac 2009

PASAR MINGGU/ PASAR MALAM

PASAR SABTU PT SULONG

PT SULONG

PT SULONG
Siapa yang tak kenal Pekan Parit Sulong? Pasarnya yang diadakan setiap pagi Sabtu sangat meriah sepanjang tahun. Jika anda kuat berjalan, ronda-rondalah pasar ini. Macam-macam ada. Hasil kampung seperti pekasam (wadik), ulam-ulam, ubat-ubat, ikan air tawar, jagung rebus, pakaian, dan pelbagai lagi. Yang datang berniaga pun datang dari pelbagai tempat. Ada yang dari Minangkabau, Kampuchea dan penduduk setempat. Kepada yang baru nak belajar berniaga pasar lambak, Parit Sulong sangat sesuai kerana banyak tempat kita boleh pasang payung. Jangan ambil tempat orang dahlah. Nanti gaduh. Kalau di Seri Medan (pagi Ahad), Pt Yaani (pagi selasa), Tongkang Pechah (pagi rabu) , tempat berniaga di pasar di pekan-pekan itu terhad. Siapa lambat, gigit jari ajelah. Tapi Pt Sulong tidak, banyak tempat kita boleh berniaga. Tetapi kalau perlukan kawasan luas seperti jual bundle kenalah tengok-tengok dulu dua, tiga minggu. Kalau setakat nak jual semeja dua bila-bila masa.

Pasar malam yang popular pula dekat kawasan ini ialah Pasar Malam Taman Sri Sulong (Ahad malam Isnin) dan Pasar Malam Pt Tengah Batu 18 (Sabtu malam Ahad). Di sanalah tempat penduduk membeli barang keperluan seperti ikan basah, sayur-sayuran dan seumpamanya.Nak merasa lauk-lauk ala kampung datanglah Pasar Parit Tengah.

11 ulasan:

SAM berkata...

MM suka tengok gmbr2 mcm ni sbb dah lama la tak gi pasar minggu. Minggu depan kot dpt gi pasar Sri Medan. Suasana klasik mcm ni mmg menarik. Nanti MM kongsikan suasana JB plak ya.. InsyaAllah.

MSOM berkata...

T kasih Sam. Suasana di PT TENGAH LEBIH KLASIK.Aku nak ambil gambarnya pada masa akan datang. Aku kurang selesa di PASAR MALAM PT JAYUS, SEBABNYA banyak sangat motosikal lalu lalang, anak-anak tak boleh lepa. Juga pasar malam di SRI PASIR, BENAR-BENAR di jalan utama. AGAKNYA SEBAB BANYAK SANGAT orang kawasan Sri MEDAN yang memiliki motosikal.

jbfresco berkata...

Wah...bestnyer..baru bln lepas dapat pi jalan2..nak cari pokok buah2 utk ditanam...pusing2 rupa2 nyer brg yg dijual kat depan je..tp mmg best P.Sulung

MSOM berkata...

jbfresco...cuma bestnya kalau cuaca panas...kena dtg dlm pkl 9.00 tu ok sikit, kalau sampai jam 11.00 thari...kepala pun jadi pening.Tkasih lawati blog saya

~ Mummy Gee ~ berkata...

aduh rindunya nak balik PS, walaupun dah tiada siapa di kampung tapi rumah pusaka tinggalan emak abah di kg setia menunggu....arhhh tak boleh jadi ni nak balik PS le weekend ni, rasanya rambutan ngan cempedak ada lagi kat pokok, selain tu boleh singgah pasar PS beli jagung rebus....

MSOM berkata...

Mummy Gee..Tkasihlah ziarah blog saya. Eloklah buat satu rumah persinggahan kat tanah orang tua Mummy Gee tu, cuti-cuti boleh rehat SAMBIL mengimbau kenangan masa kecil. Pt Sulong sekarang dah ada pasar Tani pulak...hari Rabu malam Khamis, ada juga orang jual JAGUNG REBUS.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Saya memang suka baca blog tentang Pt Sulong, walaupun tak dapat balik kg tapi baca blog2 orang terasa PS tu dekat jer dihati, tempat jatuh lagi dikenang kan..inikan pulak tempat dilahirkan....

Mama Miraki berkata...

ye..yeee betul..saya pun suka baca blog orang pt sulong...walaupun dah tak ada sesiapa di sana, tapi kenangan di sana banyak betul kan...ingat lagi SMDS,Sek Agama Pt Sulong dll..... kalaulah mak dah abah ada lagi alangkah seronoknya...nak pulak nak sambut Ramadhan ni mesti balik punya...

MSOM berkata...

Tkasihlah Mummy Gee dan Mama Miraki kerana sudi ke blog saya. Lain kali saya masukkanlah gambar SMKDS dan SEKOLAH ARAB tu. Saya buat blog ni pun sekadar suka-suka, tetapi memandangkan kalian rindukan Pt Sulong, saya akan cuba buat yang terbaik mungkin agar tidak mengecewakan kalian.

Mama Miraki berkata...

bulan posa ni...postlah suasana bazar Ramadhan kat Pt Sulong tu..tentu meriah kan...tak dapat pegi...tengok dalam blog pun jadi lah...tunggu raya nanti lah balik.....

MSOM berkata...

Mama Miraki...memang itu dalam perancangan saya, esok lusa Insya Allah. Saya sudah dua kali keluar ke sana (pada hal rumah saya 5 minit je sampai Pt Sulong) tetapi masa pergi tu tertinggal kamera pulak. Saya cuba esok, kalau tiada aral ya.