MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 28 April 2009

HIASAN / EKSESORI BLOG

Tutorial mudah ini khas untuk blogger-blogger baru yang ingin menghias blog mereka. Ia tidak sesuai kepada blogger yang sudah hebat. Ya..khas untuk blogger yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia blog. Walaupun sebenarnya eksesori blog itu akan menyebabkan blog menjadi berat, tetapi ramai yang suka dengan eksesori ini termasuklah saya. Antaranya ialah ruangan Chat Coner, Jam, Kalendar, Lagu Pilihan, carta pelawat dan sebagainya.

Tanpa membuang masa, setelah kalian login, maka akan terpaparlah dashboard(Papan Pemuka) Selepas itu klik pada Layout (Reka letak)...ok klik di situ...maka akan muncullah petak-petak. Lihat petak 'tambah alat' klik di sana, maka akan muncul pelbagai pilihan aksesori. Ada Gambar, Teks, Javascript, Slide show, Link dan sebagainya.

HIASAN LAGU
Katakan mula-mula kalian ingin memasukkan lagu. Ok....klik pada Java Script...dan biarkan. Buka satu web lain iaitu contohnya
MUZIKCODE Pilih lagu, kemudian anda Copy, kemudian pastekan di petak Javascript tadi, akhir sekali Save. Ada juga yang berminat memasukkan lagu daripada http://playlist.com
HIASAN-CHAT CONER
Chat Coner? Klik pada mana-mana chat coner yang anda jumpa, misalnya pada chat di blog saya. Kliklah pada Shout mix itu. Createlah chat itu. Yang ini ada kerja sedikit, isi borang yang dikehendaki. Apabila sudah keluar code, Copy saja dan paste ke petak kat layout blog anda tadi(Java script tadi) dan akhir sekali save.

CARTA PELAWAT
Ini senang sedikit. Klik pada carta pelawat pada blog saya atau mana-mana blog. Pilih saja mana-mana carta pelawat yang kalian mahu. Cuma copy dan paste ke layout blog anda.

Begitulah juga jam, kalendar juga melalui proses Copy dan Paste ke blog kita. Kalau ingin memasukkan petua, pantun dan sebagainya lagi mudah. Klik pada TEKS kat layout tadi. Nak masukkan gambar klik pada Gambar.

Mula-mula memang akan tersalah, tersilap. Lama-lama kalian pula boleh mengajar orang lain. Saya juga hari itu belajar dengan blogger-blogger di blogstarz. Inilah blog pertama saya
http://matsomherbs.blogstarz.my
SELAMAT MENCUBA!!! KEPADA YANG MASIH TAK TAHU HENDAK BINA BLOG, LAYARI
http://binablog2.blogspot.com/2007/03/bagaimana-membina-blog.html

Dan jika anda ingin belajar bagaimana menarik pengunjung ke blog anda, layari http://www.jokosusilo.com

Tiada ulasan: