MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 6 Mei 2009

ASET atau LIABILITI?

Dalam seminggu dua ni, aku suka membaca tentang Simpanan Hari Tua. Mula-mula tu, ada pendapat yang menjelaskan bahawa, jika ingin hidup selesa kita perlu ada simpanan RM 1 Juta. Namun, mampukah kita mencapai sasaran itu, jika gaji kita setakat itu. Setiap bulan kita jadi pungguk yang rindukan hujung bulan?

Memang betul kata pakar itu. Dengan RM 1 Juta kita tidak akan mengharapkan duit anak-anak. Kita boleh berjalan-jalan sempena sisa-sisa hidup ini. Nak menziarahi kawan-kawan, saudara mara yang dah lama tak jumpa. Ya memang sangat bagus cadangan itu! Tetapi soalannya...kata orang Indonesia...pokoknya bagaimana kita nak kumpulkan RM 1 Juta? Sedangkan nak kumpulkan RM 10 000 pun terkial-kial? Kalau nak kumpulkan juta rupiah ya bila-bila pak!

Semalam dalam Berita Harian pula, mencadangkan kita supaya menyimpan RM 480 dalam Saham Amanah, dalam tempoh 15 tahun, kita akan ada simpanan RM 150 000. Cadangan itu khas untuk kakitangan bukan kerajaan, kerana mereka tidak ada pencen. Duit KWSP katanya paling lama boleh bertahan tiga tahun sahaja. Selepas itu mereka jadi miskin semula setelah umur semakin tua. Tetapi aku tertarik dengan idea itu, malangnya aku kira-kira rupa-rupanya tempoh aku bekerja tinggal 12 tahun! Perasan muda sahaja, tak sedar diri hahahaahahaha!

Jadi, aku tak ada cara lain. Aku mesti teruskan bisnes ni. Cita-cita aku nak buat simpanan sebulan 1K, jadi tak perlu tunggu 15 tahun nak dapat simpanan 150K. Bagi kalian yang suami isteri bekerja sepatutnya target buat simpanan lebih daripada itu.

Soalnya sekarang, kenapa kita perlu ada simpanan hari tua? Ya kenapa? Begini, zaman itu bukan macam zaman yang sekarang ini, ibu bapa mengharapkan anak-anak membantu mereka. Kalau semua anak membantu memang bagus. Tetapi soalnya, anak-anak zaman sekarang keluar saja dari universiti telah menanggung hutang. Jururawat menanggung hutang 60K. Doktor 100K. Kebanyakan lulusan universiti menanggung hutang PTPTN paling minima 30K. Mereka belum lagi membeli kereta, rumah dan sebagainya. Jadi bagaimana kita nak mengharapkan anak-anak membantu?

Bagi anda yang masih muda belia. Menyimpan dari usia sekarang sangat baik. Ketika anda telah berumur 40-an seperti saya, anda mungkin telah membuat simpanan 100K. Semasa muda dahulu, memang generasi kami banyak tanggungjawab. Kereta kami pun macam kereta sewa. Orang kena gigit tebuan, orang bersalin, orang bertunang semua guna khidmat kita. Yalah, mereka ada juga menghulur sepuluh dua, tetapi kereta lama ni selalu rosak. Apabila kereta terduduk berhari-hari, banyaklah kos nak membaikinya. Kosnya sama dengan separuh gaji.

Jadi, kalau nak buat simpanan belilah kereta yang kurang memakan duit. Buat apa hidup nak glamour. Rim dah cantik, nak tukar yang harga RM 2000. Pakai ajela. Ada orang bangun tidur terus tengok kereta. Nak tambah eksesori. Bila susu anak habis terkejut bukan main. Tetapi kalau tukar speaker mahal-mahal tak kisah. Macam-macam hal ya kita ni.

Dah penat pulak aku berceloteh malam ni. Oklah jumpa lagi, kalau ada masa aku menulis kat sini. Tapi yang jelasnya ya para hadirin semua, apa yang saya tuliskan ini bukan omongan kosong, tetapi ada mesej penting yang perlu difikirkan bersama.

3 ulasan:

Pink Guava berkata...

salam bang mat, ada bisness baru launch, jom jengok blog saya, modal kecik pulangan insyallah memuaskan

KUNTONG berkata...

Allah swt akan mmberi hidayat kpd sesiapa yg di kehendakinya.

MSOM berkata...

Tkasih Pink Guava dan Kuntong sudi mampir di sini. Ya Allah akan memberi rahmat kepada hamba-hambanya yang terpilih.