MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 25 Jun 2009

BERKATKAH MAKAN DI LUAR?

Sering kali kita makan di luar, kerana mungkin ingin menyenangkan kerja kita, tidak perlu berjam-jam di ceruk dapur menyiapkan makanan. Maklumlah untuk menghasilkan satu hidangan makanan kita perlu ke pasar, di dapur kita kena memotong, menghiris, mengopek, menggoreng, mengelap, dan banyak kerja lagi. Lepas makan pula, kita kena basuh pinggan, lap meja, sapu lantai. Apabila makan di kedai kita cuma perlu order, makan dan tinggal.

Namun, jika kita mengamalkannya selalu, adakah ia mendatangkan kebaikan? Pertama dari segi kesihatan. Kebanyakan kedai makanan tidak dapat menyediakan air bersih. Air yang kita minum di kedai, terus dicurah dari paip. Semua orang tahu, kandungan klorin di dalam air paip kita menyebabkan pelbagai penyakit (sehingga ikan emas yang kita masukkan di dalam air paip dapat hidup beberapa jam sahaja).

Selain itu, harga minuman juga telah lama melambung. Apatah lagi kalau minum air di restoran makanan segera. Secawan teh o di restoran seperti itu kini berharga RM 3.50. Sedangkan dengan harga yang sama kita dapat membeli sekotak teh untuk kegunaan sebulan. Bukankah kita begitu banyak membazir? Tentu pakar ekonomi akan marah apabila hal ini dibangkitkan. Misalnya semasa kempen boikot barangan Amerika yang lalu. Tetapi, soalnya dalam keadaan ekonomi masih gawat ini, seharusnya kita mula memikirkan tentang betapa banyak yang perlu kita sediakan untuk persekolahan anak-anak kita apabila mereka besar nanti.

Di samping itu, satu perkara yang selalu aku fikirkan ialah tukang-tukang masak di warung-warung dan restoran barangkali lupa untuk membaca Bismillah semasa mula memasak dan menyediakan makanan itu? Apakah daging-daging yang dibeli benar-benar disembelih dengan cara yang betul? Kerana pernah berlaku ayam yang disembelih oleh orang bukan Islam? Lebih malang lagi terdapat restoran yang memaparkan tanda halal dan tulisan jawi, sedangkan segala-galanya meragukan.

Kesimpulannya, jika kita sesekali ingin meraikan hari lahir ahli keluarga, kejayaan dalam sesuatu tidak mengapa kita menjamu selera di sana. Yang menjadi persoalan di sini ialah, makan di luar dijadikan amalan harian akan menyebabkan pelbagai perkara yang perlu difikirkan bersama.

Tiada ulasan: