Ahad, 28 Jun 2009

KAMI AKAN MENUJU SATU DESTINASI

Membeli pakaian di Green Point Pt Sulong






Tarikh sebenar 27 Jun (silap hari bulan da)


Gambar-gambar ini menunjukkan kami nak mengembara hari ini. Tetapi destinasi kami rahsiakan dulu, takut ada yang mengesan kami di sana.
Aku ni sejak membeli Iswara ni jarang memanjakan kereta ini sedemikian rupa. Aku sebenarnya tak minat langsung dengan kereta ini, tetapi sebab masa nak beli tu aku blaclist menjamin seorang kakitangan wanita (aku ingat wanita ni jujur semuanya) akhirnya aku disenarai hitam oleh bank. Tiada pilihan lain, aku beli kereta member aku ni. Tetapi blaclist tu dah settle sekarang. Tetapi sayang pula nak jual Iswara ni, apa taknya murah je RM 4000. Baik aku guna aje beberapa tahun ini.
Semalam aku dah tukar speaker baru, servis ganti valve, habis juga semuanya RM400 lebih. Nak jalan jauh sikit ni kena hati-hati. Kereta kawan-kawan baru belaka Vish, Innova, Avanza, Saga Baru. Semoga konvoi 25 kereta ni selamat ke tempat yang dituju. Akan kami siarkan aktiviti-aktiviti HARI KELUARGA Sk Seri Pasir ini apabila kami dah balik nanti...jumpa lagi

1 ulasan:

turquoise breeze berkata...

hi, lovely blog! Been to Malaysia last year and loved it!