MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 16 Jun 2009

MASA TERUS MENINGGALKAN KITA

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.....begitulah betapa pentingnya masa sehingga Allah mengatakannya demikian. Ketika usiaku meniti ke usia 44 pada tahun depan, aku merasakan masa ini semakin laju dirasakan. Kadang-kadang aku merasakan bahawa diri ini masih seperti 10 tahun lalu, sedangkan hakikatnya beberapa tahun lagi gelaran warga emas akan diberi kepadaku.

Jika ketika ini anda masih berumur 20 an, maka usahlah dibuang waktu dengan perkara sia-sia. Jika ketika ini usia anda baru menjangkau 30 an, seharunya anda mula membina kejayaan dalam hidup. Maka sepatutnya pada ketika umur seperti aku, aku telah menikmati segala impian.

Mungkin impian orang berbeza-beza. Bersyukurlah jika kini anda telah memiliki rumah besar, kereta berjenama, wang simpanan yang banyak yang menjamin masa depan, tanah pertanian berhektar-hektar.

Alangkah malang jika ketika ini, kita masih bergelut dengan hutang sehingga kita selalu menukar nombor telefon. Bertambah malang lagi kalau anda terbelenggu dengan hutang along. Jika kita ada hutang dengan bank pun sudah cukup menyiksakan, betapa pula kalau kita berhutang dengan along? Kini along semakin berleluasa. Mereka menyebarkan iklan dan kad bisnes sehingga di bawah pintu rumah kita. Mereka menghantar sms ke telefon bimbit kita berkali-kali. Dari mana mereka memperoleh nombor ini? Kalau aku memang patutlah, sebab aku siarkannya dalam blog ini.

Sungguh mengejutkan apabila diberitahu terdapat 100,000 kakitangan kerajaan berhutang dengan along. Dan bayangkan keadaan mereka yang sentiasa ketakutan siang dan malam. Along akan menuntut hutang tidak mengira masa, sama ada jam 12.00 tengah hari atau jam 3.00 pagi.

Jika melihat keadaan ini aku masih bersyukur kerana tidak terjebak ke lembah neraka hutang along ini. Kenapa orang berhutang? Kerana kita ini ingin setaraf dengan orang lain. Maka sudah sampai masanya kita hidup dengan kemampuan kita sendiri. Ingatlah, elakkan kita berhutang, apatah lagi dengan along. Berhutang dengan mereka samalah seperti menceburkan diri kita ke arah kehancuran hidup kita.

Tiada ulasan: