Ahad, 19 Julai 2009

ANAK MENANTU CONTOH

Malam tadi aku dihubungi MJ...eh? Bukan Michael Jackson ya! Tetapi sahabatku Masrom Jais teman sepermainan masa kecil yang kini telah menetap di Kota Tinggi sejak 19 tahun yang lalu.
MJ beria-ia menyuruh aku datang berjumpanya di Pasar Pt Tengah, tetapi oleh sebab aku sudah kurang memandu malam, maka aku berjanji untuk bertemunya esok pagi(pagi ini).
Terbangun tidur saja, aku teringat janji itu, maka jam 8.30 aku memandu keretaku ke Pt Baru berhampiran Pt Belukar Cina di Jalan Jln Pt Yusof Muar ini.
Tertanya-tanya juga aku, kenapa aku diajak ke rumah mentuanya. Selalunya kami bertemu di warung Pt Tengah yang sentiasa meriah dengan pengunjung itu.
Setelah tiba di sana maka inilah yang aku lihat.
Menantu contoh ini sedang berada di atas pokok rambutan yang tinggi itu. MJ ni memang tak pandai duduk diam. Jarang aku nampak dia tidur-tidur kat rumah mentuanya tu! Tak macam aku dengan kawan aku yang seorang tu, duduk rumah mentua binggung. Asyik-asyik pergi mengeteh dari pagi sampai petang!
SEDAPNYA RAMBUTAN NI! NYAM NYAM

Abang ipar MJ Cikgu Zainuddin Nasirun


Aku malu pulak dapat rambutan free ni MJ


Inilah anak menantu mithali

5 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

MJ aku sangkakan Mak Ja*d*.
Suspen sekejap makcik dibuatnya.

Wah! Menantu contoh ya? Teruskan..teruskan.

MSOM berkata...

Aku tau apa yg engko maksudkan tu SAM. Kesian diaorang tu...dalam zaman penuh cabaran ni perlukan teman! Sebab tu dah ramai lelaki yg minum KOPI J**d*!

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Aku pun kesian.. mereka tidak minta menjadi begitu. Semua itu salah lelaki... he he he... lelaki jangan marah ya! Sudah pasti itu adalah jalan terakhir setelah mereka berfikir 1000 kali.

Senang cerita... Ajal maut, jodoh pertemuan, Yang Maha Esa yang menentukan. Kita hanya mampu berusaha. Hadapi liku-liku hidup ini dgn tabah dan tenang. Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Allah Maha Penyayang...

MSOM berkata...

SAM, Isa Kassan pernah berkata, usah sangka perkara yg berlaku kpd org, tak akan trjadi kpd kita. Sekelip mata ia boleh berlaku. Berdoalah byk2 agar kalian semua kekal bahagia dan dilindungi Allah daripada mehnah dan titik bengik kehidupan.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

"Usah Sangka Perkara Yg Berlaku Pada Orang Tak Akan Berlaku Pada Kita"... ya, aku percaya!

Justeru itu...

"Usah Sangka Kalau Orang Lain Jadi Billionair, kita rasa diri kita tak boleh jadi.. Tiada yang mustahil di dunia ini!!!"

ha ha ha!!!