MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 18 Julai 2009

HARI UNTUK BEREHAT

Hari ini aku berehat sahaja di rumahku yang kecil ini. Pada masa ini lebih elok jika kita tidak berada di kawasan orang ramai, kerana H1N1 semakin menular. Khabarnya di hospital Batu Pahat pun sudah ada beberapa pesakit yang sedang dirawat. Tempoh hari, aku mendengar berita penyebaran penyakit berbahaya ini di Mexico. Rasanya seperti jauh sangat untuk sampai ke tempat kita. Sekarang hanya beberapa minggu sahaja, penyakit itu sudah berada di persekitaran kita. Begitulah pantasnya penyebaran penyakit ini.

Semasa Chikungya, aku sekeluarga telah terselamat daripada malapetaka itu. Kini, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar penyakit ini akan segera sirna dari bumi ini. Ia begitu menggerunkan. Adakah ia penyakit yang akan membunuh jutaan penduduk dunia?

Kadang-kadang tertanya-tanya adakah virus ini ciptaan manusia untuk menjalankan bisnes vaksin mereka? Setiap tahun kita dikejutkan dengan pelbagai penyakit baru. H1N1 bukanlah yang terakhir, tetapi akan menyusul pelbagai lagi. Sama-samalah kita menunggu.

Tiada ulasan: