MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 25 Ogos 2009

SEHARI DALAM HIDUP AKU

Hari ini aku langsung tidak tidur seperti biasa. Selepas sahur dan solat Subuh aku update blog aku
Blog ini tetap dilawati peminat Minyak Kelapa Dara, walaupun jumlah pelawat tidak ramai, tetapi saban minggu ada orang bertanyakan apa itu Bio Asli, bagaimana nak masuk, bagaimana nak dapatkan Minyak Power 31 dan sebagainya.
Habis update blog jam 9.30 aku ke Pekan Pt Sulong, membayar bil-bil, beli ikan, order produk Bio Asli melalui faks, dan membeli sedikit barang runcit.
Di rumah aku mengemaskan stor. Stor ini kena buang apa-apa barang yang tidak digunakan lagi.
Mengemas stor je sudah memakan masa dua jam! Dua guni aku letak di depan rumah, itu kerja majlis daerahlah. Ada empat guni lagi ni, aku akan buang sendiri.
Selepas Asar, aku bersiap-siap. Anak-anak aku bertanya. "Nak ke mana yah?Nak ke mana Yah?"
Maklumlah sejak selesema ba...bi.... ni aku dah tak bawak mereka jalan-jalan macam dulu.
"Nak ikut ya? Ayah nak hantar sampah!"
" Hantar sampah ke mana?"
"Mana lagi...Kangkar Senangar!"
Arina, Iwan dan Irfan terus masuk kereta. Aku memandu Iswara itu menuju ke Kangkar. Di tengah jalan aku
membeli ole-ole untuk emak aku berbuka puasa Magrib ini.
Sampai di tempat pembuangan sampah itu ada tiga kereta dan sebuah motosikal.
Semuanya buang sampah kecuali sebuah kereta, mereka mengeluarkan jala.
Kenapa aku buang sampah di sini? Ni aku nak jawab?
Pernah dua kali aku kemas macam nilah, sampah yang aku kumpul di depan rumah tu,
masya Allah banyaknya...Apabila lori tiba, mereka ambik dua tiga bungkus sahaja.
Rupa-rupanya mereka ingat aku nak pindah rumah..sebab yang aku buang tu termasuk bantal buruk,
periuk hitam dan macam-macam. Masa tu belum ada kitar semula!
Akhirnya aku tibalah ke kampung aku Pt Baru. Selepas bertemu emak aku, aku
nak meninjau bisnes anak saudara aku Yati ni.....!
Anak saudara aku Siti Muriyati
memang gigih berniaga.
Produk kiler Yati yang tiada persaingan ialah
CENDOL JELY ALA ERA. Lokasi di depan
rumah emak aku, di Pt Baru Seri Medan.

Anak saudara aku Nurul Amira
merupakan bakal guru turut menemani kakaknya Yati
pada cuti (eh cuti apa pulak Mira ni, kan baru daftar kat Maktab tu?)
Mesti cuti H1N1 ni....?


Pagi tadi aku membeli ikan di Pt Jawa, Pt Sulong ni.
Dah lama tak ke sini. Kedai ini dibuka pada waktu pagi sahaja.
Banyak pilihan ikan di sini, berbanding di Pasar Pt Sulong.
Pemiliknya bekas tentera. Kini usahawan ikan berjaya


Sedikit sebanyak Yati dapat membantu suami dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang ini. Cuma bagaimana Yati mengatasi masalah bekalan gula yang terbantut dek permainan peniaga-peniaga yang tamak dan menyembunyikan gula supaya harga meningkat?

4 ulasan:

SAM berkata...

Aku ni dari dulu kempunan nak makan cendol Yati yang menjadi bualan ramai ni... Sedapnya cendol resepi sumatera ni. Asal balik kg je dia tak berniaga, jadi macam mana la aku nak merasa cendol ko Yati oiii...

MSOM berkata...

Cendol Yati ni dah dimodified, ciptaan dia sendiri, bulan Ramadhan ni bolehlah ke sana, tiap-tiap petang dia berniaga di situ, tapi jangan lambat sangat, biasanya habis sebelum pkl 7.00.

jbfresco berkata...

Yati...Cikgu MS..kirim salam kat yati ye..lama x jumpa.pas sekolah semua hilang..ni kedai yg kat mana ni..selalu lalu parit baru x perasan pun

MSOM berkata...

Oh kenal pula jbfresco dengan Yati..!Nanti saya sampaikan. Gerai ini terletak di depan rumah ibu saya. Kalau dari Seri Medan ia sebelah kanan.Gerai ni baru je dibuka beberapa bulan lalu.