MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 7 Ogos 2009

HAL PENTING TENTANG H1N1

Ramai nampaknya di luar sana hendak tahu beberapa perkara tentang H1N1 yang berbahaya itu. Sila layari

SWINE FLU: TOP 20 QUESTIONS AND ANSWERS

http://www.medicalnewstoday.com/articles/147797.php

Kalau tak faham yang di atas tu, layari yang ini pula-BAHASA MELAYU>>>>TAPI yang ini agak lembeb sikit, lagi-lagi kalau pc atau laptop cabuk macam aku punya ni. Sabar...tunggu kliklah, web kem Kesihatan ini
Tajuknya : Soalan lazim tentang selsema babi h1n1

http://h1n1.moh.gov.my/SoalanLazim.php

Aku kena bagi link aje, sebab ada akta hak cipta terpelihara. Kena saman juta-juta macamana aku nak bayar?

Beberapa hari ni, aku ada round-round ke bandar Batu Pahat, pekan Pt Yaani, Yong Peng, Seri Medan. Pt Sulong boleh dikatakan tiga empat kali aku ke situ dah memang tempat aku. Yang dapat aku simpulkan masyarakat masih tidak terasa tentang bahayanya ancaman H1N1. Tidak sampai satu peratus pun yang memakai mask semasa di khalayak ramai. Malah mereka memandang aku dengan begitu asing dan pelik. Agaknya begitulah perasaan wanita-wanita yang berpurdah, selalu dipandang serong oleh orang lain?

Aku dah sedia dengan jawapan, kalau ada orang bertanya:
"Kenapa awak pakai penutup mulut ni?"
Saya akan jawab:
"Sepatutnya saya yang bertanya awak, kenapa kau tidak memakai penutup muka?"

Kesimpulannya, orang ramai masih belum sedar bahawa kita sedang diancam dengan sesuatu penyakit yang paling bahaya pada abad ini. Mereka menganggap ini sama dengan denggi, sakit jantung dan sebagainya. Malah mereka menganggap bahawa yang kena nanti bukan mereka tetapi orang lain. Nah kini sudah 15 jiwa rakyat Malaysia telah terkorban kerana H1N1.

Tiada ulasan: