Selasa, 11 Ogos 2009

MAKLUM BALAS MEMAKAI MASK

Aku telah memakai MASK bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di tempat awam. Maka aku telah
mendengar sindiran-sindiran ini. Banyak-banyak tu, inilah yang dapat aku
terjemahkan di dalam kartun aku ni. Aku sedikit pun tidak kecil hati. Aku anggap
mereka ni orang yang tidak peka...mungkin pe...kak(maaflah kasar sikit).
Aku pakai ni bukan aku nak glamour ke apa ke...tetapi aku memikirkan anak-anak aku.
Aku pernah kehilangan anak. Hanya yang pernah merasa pengalaman itu, dapat merasai
bagaimana pedihnya. Dan hari ini jumlah mangsa H1N1 telah mencapai 38 orang.
Kita masih bersuka ria dan berpesta seolah-olah kehilangan 38 nyawa itu tiada apa-apa ertinya!
Tanyalah keluarga yang kehilangan orang-orang tersayang itu kerana H1N1 ini...tanya!
Apa kata mereka? Kitalah yang menjaga ahli keluarga kita sendiri. Jangan tunggu pihak-pihak
yang lembab itu. Kematian meningkat saban hari, dan kita belum nampak tindakan DRASTIK yang
diambil oleh pihak berwajib? Aku ada 3 orang anak yang bersekolah, kerisauan itu terlalu tinggi.
Masing-masing menunggu arahan dari atasan dan atasan. Jika yang di atas itu
tidak berbuat apa-apa, bagaimana?




Apakah kalian tidak memikirkan beberapa faedah mamakai mask ini?:
1. Mengurangkan dosa mulut-disebabkan mulut kita bertutup kita pun semakin kurang bercakap.
Tanpa kita sedari selama ini kita melakukan dosa seperti mengumpat dan memfitnah. Di
harapkan dengan memakai mask ini dapat melatih mulut kita supaya lebih berdisiplin.
2. Jika tidak ada pun virus H1N1 ni, sebenarnya persekitaran kita dipenuhi jutaan debu, habuk
dan bakteria yang berterbangan. Ditambah lagi dengan asap rokok daripada kalangan
rakan-rakan kita. Maka dengan pemakaian mask ini telah memberikan Cuti Rehat Khas
kepada sistem pernafasan kita daripada serangan jutaan debu yang berterbangan di udara.
3. Pemakaian mask melatih kita dengan sikap sabar. Lihat sahajalah kartun saya di atas tu.
Hanya orang yang sabar sahaja yang mampu memakai mask ini di kalayak ramai.

6 ulasan:

SAM berkata...

Heeee.. teruknya org2 di sekeliling engkau!!!!!

Kitorang kat JB ni lebih terbuka dlm soal2 mcm ni. Kat shopping complex tu dah ramai yg pakai mask. Kawan2 aku pun student dia kalau jumpa dia semua pakai mask. Menda tah kwn2 ko ni???

Ala pedulikanlah org2 yg mcm tu.. Kita memang payah nak memuaskan hati semua org. Yg penting kita tak menyesal kemudian hari sudah la. Mcm aku ni takpe la.. hari2 cuma jumpa kucing je, tak jumpa org.

MSOM berkata...

Eiiii...hati-hati, selesema orang dah ada, lepas tu selesema burung, selesema babi, selesema anjing dah mula kat Negeri China. Takut-takut lepas ni selesema KUCING pulak!!!!!

jbfresco berkata...

selsema kucing..ala hai cian kucing2 aku ti kna pelupusan etnik.klu vavi dia x lupus janganla ti dia lupuskan kucing2 yg rasanya x penah pi luar negara cam vavi kan..harap2 segerala virus vavi ni dapat ditangani..pakai masak pon x pe..utk keselamatan bersama.sama2 lah kta berdoa

MSOM berkata...

Jbfresco..vavi tu nama kucing u ke? Saya buat ramalan je...sebenarnya banyak sgt maksiat yang terang2 kat dunia ini kita biarkan hingga Allah turunkan BALA kepada kita Jbresco. Sama-samalah kita bersabar dan semoga penyakit ini cepat-cepat diangkat oleh Allah s.w.t

Kak Long Mawar Merah berkata...

Salam...
Memang kitalah yang bertanggung jawab menjaga diri kita.
"Jangan tunggu pihak-pihak yang LEMBAB ini..."
Sangat setuju!!!
Eh..orang yang memandang kita macam makhluk asing daripada planet entah mana tu patut diberitahu tentang faedah lain tu....

MSOM berkata...

Tkasih atas kunjungan balas anda mawarmerah keblog saya yg tak sepertinya ini. Pendapat anda sama dengan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama, rakyat Pantai Barat yang terancam dengan wabak ini. Tkasih kembali.