Sabtu, 8 Ogos 2009

SESEKALI AKU MELUKIS KARTUN

Dari kecil dulu aku minat lukis kartun. Sam faham benar
dengan hobi aku ni. Teman ku KS747 di MPTI pun tau tentang
hal itu. Tetapi, cita-cita aku nak jadi pelukis kartun
tidak tercapai, gara-gara sikapku yang hangat-hangat tahi ayam.
Dengan adanya blog ni, dapatlah aku menyampaikan mesej aku
melalui hobi lama aku ni. BETUL TAK SYITH?
Kawan aku Shith sudah mula berblog...ganas nampak?

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya!

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ya.. itu betul. I think MS telah mewarisi darah seni yang mengalir dari Pakcik Jay.. (ada gmbar pakcik tu kat blog MS yg satu lagi tu kan?). Pakcik Jay kalau melukis memang cantik.. lukisan khatnya memang halus dan seni. Jika ada kesempatan mungkin MS boleh uploadkan foto-foto karya lakaran Pakcik Jay supaya ianya tak hilang begitu sahaja.. tapi rasanya macam dah lama pulak tak nampak kat rumah arwah nenek atau kat rumah beliau ya MS semua lukisan2 tu? Framenya dah pecah semua kot?

Oh I sendiri pun tak mampu nak buat semua benda2 halus mcm tu, sementelaah pula minat tu dah terhalang.

Dulu kami siap bukukan satu majalah keluarga, di dalam majalah tersebut selain kartun-kartun, kami selitkan cerita-cerita seharian kami sekeluarga. Biasalah zaman tu bukan ada IT.. hobi kami terhad, melakar kartun-kartun dah cukup menyeronokkan walaupun pembacanya adalah dari kalangan kaum kerabat sendiri.. ha ha ha.

MSOM berkata...

Aku tak sehebat yg Sam katakan. Aku cuma lukis utk hiburan diri sendiri. Akan datang, aku akan siarkan hasil-hasil karya Pak Cik Jamal kita tu. Tunggulah Syawal nanti, Insya Allah. Kan Sam pun pandai melukis, bila nak ketengahkan di dalam blog Sam tu?