Khamis, 10 September 2009

BAZAR RAMADHAN ALTERNATIF-SIMPANG TIGA PT SULONG

Kepada yang tidak mahu berasak-asak di Bazar Ramadhan Pt Sulong, terutama penduduk
yang tinggal di kawasan menghala ke Jalan Muar, boleh pergi ke Bazar Ramadhan Mini
di Simpang Tiga.

Kedai buah-buahan ini berhadapan Pt Gantung.
Selain menjual buah-buahan, kedai ini juga menjual air buah-buahan segar
seperti air tembikai, durian belanda, mata kucing dan air kelapa muda.
Ramai pemandu yang kepenatan merentasi Lebuhraya Utara Selatan akan singgah di sini
untuk menghilangkan dahaga.

Bazar Ramadhan Mini Simpang Tiga.


Walaupun gerai tidak banyak, tetapi cukuplah untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
Sebagai contoh ayam golek, pelbagai jenis air, kuih-muih, nasi ambeng, laksa, rojak petis dan sebagainya.

Namun kat sini kena hati-hati, kerana ia terletak di jalan utama
iaitu jalan menuju ke Pagoh dan Kangkar Senangar.

Kepada penjenayah yang ingin membuat onar di kawasan Simpang Tiga
harus berfikir seribu kali, kerana kawasan ini dikawal oleh lelaki-lelaki perkasa setiap malam

5 ulasan:

tengku_raden berkata...

Hehehe...dekat jer dgn kampung aku nih,memang tempat nih ok,banyak jgk juadah yang dijual,tapi untuk tahun ni aku x berkesempatan lagi pulang ke kampung di AirHitam Bt 17. Salam Ramadhan.

MSOM berkata...

Terima kasih Tengku Raden...saya ingatkan Tengku Raden orang Maharani, rupa-rupanya dekat saja dari tempat saya ni. Raya ni tentu Tengku Raden akan mengunjungi Pt Sulong. Nampaknya ramai orang Jln Muar Yong Peng yang menjadi orang2 hebat ya!!!

~ Mummy Gee ~ berkata...

Kalau hari2 biasa kat depan Pt Tegak ada org jual kuih2. Tiap kali blk kg sure pagi2 g situ beli breakfast. Kena g pagi2 sebab by 8am dah tak de apa yg tinggal.

Sedapnye nasi ambeng, lama tak makan. Klu buat kenduri kat kg pun sekarang nak main buffet jer, lama2hilang tradisi nasi ambeng kan.

Count down, lagi 3 hari nak balik PS. Lambatnye ler nak tunggu hari jumaat ni.

Mama Miraki berkata...

Nasi Ambeng...hmmmmm sedapnya...lama tak makan...kat KL ada jual kat Restoran Mak Tim kat Keramat AU2...tapi cam nasi biasa dibungkus jer n tak berapa kaw...

MSOM berkata...

Tapi, saya tgok pagi2 dah tak ada orang jual nasi lemak dan kuih di situ sebab kakak yang jual tu dah rehat, rumah pun dah besar. Depan Pt Gantung adalah jual kuih sedap2, tapi nasi lemak yang dijualnya keras semacam. Kuihnya ok sangat, ramai orang beli.

Nasi ambeng yang dijual cepat habis, di gerai Ramadhan ini.