Isnin, 14 September 2009

MARI BERBICARA TENTANG PERSIAPAN RAYA

Lagu Dendang Perantau ini pasti menggamit setiap insan yang tinggal jauh dari kampung halaman, agar pulang ke kampung. Tinggal enam hari lagi kita akan menyambut hari Raya Idulfitri yang mulia! Bagi aku hari-hari sebelum raya inilah yang sebenarnya paling seronok berbanding hari raya itu sendiri. Kerana apabila tiba hari raya, kita akan sibuk sesibuknya maka ketika itu segala-galanya mesti teguh, tubuh badan, semangat dan kewangan yang mantap.

Ah Seng pekedai runcit itu berkata "Wang banyak baru raya, tak ada wang apa mau raya?"Itulah jawapan Ah Seng apabila aku bertanya kepadanya. Ini kerana pada Tahun Baru Cina pun dia makan nasi bungkus dan membuka kedai runcitnya. Pendek kata dia membuka kedainya 365 hari.

Kita menyambut raya kerana meraikan kemenangan berpuasa. Tetapi aku tertanya-tanya, yang tidak puasa meraikan apa pula?

6 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

sekarang ni zaman serba duit. Nak masuk toilet pun duit gak. Kira "no money no talk" ler..hehe...nak buat camana

MSOM berkata...

Ya ..gaji RM 400 PUN RAYA, GAJI RM 2000 pun Raya, Gaji RM 5000 pun raya,GAJI 5 ANGKA pun raya juuuuuga. Cuma cara merayakannya sahaja yang berbeza, ada ngak ada, yang penting kita gembira!!!

Mama Miraki berkata...

raya ye...bulan puasa lagi best..raya ..orang sibuk2 nak balik kg..sampai kg pun bukannya nak beraya...setakat nak kumpul ramai2 aje...raya gak ler tu...shopping bagai nak rak..lastnya pakai t-shirt ngan jeans aje kan...

MSOM berkata...

Kenapa pulak begitu dong Miraki? Jln2lah rumah kerabat. Tp kumpul2 macam tu kan seronok, kalau tak,anak2 tak kenal sepupu mereka. NANTI JUMPA KAT MANA2 bertumbuk, terngorat eh eh sepupu rupanya...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Raya paling best tentulah zaman kanak2 yg sememangnya tidak dapat dijual beli. Even masa tu bukan la pakai baju dr butik yg mahal, rasa mcm dah vouge je.

Justeru itu, sbg ibu/bapa.. kita kena "mencipta" kenangan itu buat anak-anak kita sbgmana ibu bapa kita dahulu pernah menciptakan kenangan terindah itu buat kita.

p/s: Masihku ingat arwah ayahku mengacau dodol dan bonda tercinta membuat kuih bangkit di ramadhan yg mulia.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA UNTUK MS & KAK IDA.

MSOM berkata...

Hai Sam! Tkasih atas ucapan itu. Masih ingat lagi bagaimana kita beraya dengan apa yang ada.

Aku pasti tidak melupakan itu semua.

Aku, kak Midah , dan anak-anakku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin kepada Sam, Fir sekeluarga, juga selamat Hari Raya kepada Mummy Gee dan Mama Miraki kerana sering berkunjung ke blog ini.

sEMOGA ANDA SEMUA SELAMAT DALAM PERJALANAN KE KAMPUNG MASING-MASING.