MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 2 September 2009

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN 2009


Bonus untuk kakitangan kerajaan 2009? Soalan ini menjadi bahan perbualan semua kakitangan kerajaan menjelang hari Raya pada tahun ini. Bonus ini mula diperkenalkan dalam zaman keagungan Mahathir dan Anwar. Rasanya baru sekali kakitangan tidak mendapat bonus iaitu pada zaman PM Abddullah, itu pun dengan alasan kukuh kerana kakitangan kerajaan baru menikmati kenaikkan gaji 25%.

Maka dalam akhbar-akhbar dalam ruangan SMS pembaca aku ada terbaca antaranya "Bonus kakitangan kerajaan lebih elok diagihkan kepada fakir miskin". Amboi-amboi sedapnya mulut awak...!

Maka bagi aku sebagai kakitangan kerajaan merasa bahawa SMS seperti itu adalah SMS nakal. Majikan kami ialah kerajaan, kepada siapa pula kami hendak mengadu kalau tidak kepada kerajaan?

Syarikat besar-besar seperti TM dan TN memberi bonus berganda-ganda, tetapi akhbar tidak menyiarkannya pula. Pada hal bil-bil yang meningkat turut membebankan rakyat biasa? Tetapi apabila kakitangan kerajaan ingin mendapat bonus ramai yang cemburu buta.

Untuk golongan yang tidak berpuashati itu, dengar cerita aku. Aku mula menjadi guru pada tahun 1988 dengan gaji permulaan RM 405.00. Selama tiga tahun aku tidak mampu memiliki kenderaan. Naik bas. Orang kampung panggil aku "Cikgu...cikgu...gaji besar ni!" Aku tersenyum kelat sahaja.

Setelah mengikat perut bertahun-tahun barulah aku dapat membeli kereta second hand. Setelah tujuh tahun bekerja, barulah aku berani berumahtangga. Isteriku sangat tahu bagaimana ekonomi aku dan dia pun tidak pernah meminta apa-apa yang diluar kemampuan aku. Di sekolah terkenal di bandar Batu Pahat itu, aku memandu kereta itu. Murid-murid tingkatan lima itu memandang sinis kepadaku, kerana kereta mereka lebih mewah daripada guru mereka. Tahun 1995 ITU BUKAN KERETA AKU SAJA YANG BURUK MACAM ITU tetapi banyak kereta cikgu-cikgu lain pada masa itu terdiri daripada kereta buruk seperti Toyota GL, Toyota KE 20, Galant Sigma dan lain-lain. Semuanya uzur dan berkarat. Apabila pintu ditutup, bergegar. Sampai aku nak beritau kalian, kami tunggu orang tidak ada baru start kereta. Kerana kadang-kadang kereta itu tidak hidup. Malu kepada pelajar-pelajar kami yang membawa kereta yang lebih canggih pada masa itu. Sampai satu tahap, kami mengajukan kepada pengetua, supaya pelajar-pelajar dilarang parking kereta di kawasan sekolah.

Aku ceritakan hal di atas tadi bukan apa tetapi layakkah kami memandu kereta-kereta buruk itu? Bagaimana maruah kami? Ketika itu ramai kakitangan kerajaan tergolong dalam kalangan rakyat termiskin. Terdapat Ibu bapa yang datang menjemput anak mereka yang memandang kami seperti paria. Aku dapat ceritakan situasi tersebut kerana aku pernah mengajar di kawasan bandar. Kalau ibu bapa di kampung, lainlah cerita. Itu belum lagi guru-guru yang mengajar di kawasan elit seperti di Kuala Lumpur? Bagaimana perasaan mereka?

Alhamdulillah apabila Abdullah menjadi PM, beliau menghadiahi kami gaji yang lebih selesa. Dan itulah yang sepatutnya. Terima kasih jua kepada CEUPAC dan KPPK yang berjuang bermati-matian.

Meskipun kerajaan telah menaikkan gaji mereka, namun masih terdapat 100,00 kakitangan yang terjebak dengan hutang along. Entah benar atau tidak kenyataan akhbar itu?

Satu lagi yang aku ingin tujukan kepada golongan yang cemburu dengan kakitangan kerajaan itu ialah:

1. Bukankah ramai saudara mara kamu yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan? Kalau senang pun mereka, bukankah itu saudara kamu, bangsa kamu? Kurang-kurang mereka ada juga menghulur kepada anak-anak kamu?

2. Kakitangan kerajaan inilah juga yang banyak membeli rumah-rumah kediaman di taman perumahan. Sebagai contoh di Taman Sri Sulong yang berhampiran dengan tempat tinggal aku ni, hampir separuh yang membeli rumah berbandung dan banglo di taman tersebut merupakan guru. Sehingga ada orang menggelarnya Taman Guru. Jika gaji mereka kecil, bukankah rumah-rumah itu tidak mampu dibeli oleh orang-orang kita? Akhirnya orang-orang Melayu hanya menjadi penyewa selama-lamanya.

Cukuplah dua hujah itu. Oleh itu, jika raya ini kakitangan kerajaan mendapat bonus usahlah marah. Kamu semua tidak akan hilang apa-apa. Jika raya ni tak ada bonus pula, kakitangan kerajaan eloklah bisnes sikit-sikit, juallah apa-apa yang boleh menambah pendapatan. Sekarang ramai orang mempunyai dua pekerjaan. Aku juga begitu. Aku kini Stokis Bio Asli Batu Pahat. Jika kita dapat wang tambahan melalui usaha sendiri, tiada orang nak jealous. Itupun ada yang ada "Gaji awak tak cukup ke?"

Maka aku pun berpegang dengan kata-kata bekas PM Pakistan yang Syahid dibunuh Amerika Zia Ul-Haq "Jangan peduli apa orang lain kata, yang penting Allah tahu kita tidak bersalah".

Soalnya bonus tahun ini dapat tak? Aku tidak dapat menjawabnya. Tanyalah PM Datok Seri Najib.

12 ulasan:

jbfresco berkata...

Insallah kalau dah REZEKI x kemana kan..cuma bila kerajaan dapat BONUS..barang naik harga..itulah yang menjadi kemuskilan...sbb kami yang kerja SWASTA ni..tggu untung nasib TOKEY2..tapi alhamdulillah la..TOKEY yg aku kerja ni amat baik..dan lagi klu dapat BONUS..ingat2 la ye..esok masih ada..

MSOM berkata...

Lama jbfresco tak muncul. Tkasih masih kerana mengunjungi blog ini. Jika kami ada KESATUAN yang aktif dan lantang serta pandai memujuk, maka yang kerja dengan swasta haruslah mempunyai satu kesatuan yang kuat agar dapat membawakan masalah-masalah mereka kepada pihak kerajaan. Jika kesatuan tidak kuat, maka kita akan dibiarkan. Apa yang penting?....KERJA....SAMA!

Mama Miraki berkata...

waaaaa..kalau dapat bonus, balik PS raya nanti ni boleh belanja lah ye...hihiihihihihiih..........saya raya ni...tak ada bonus daaaaaaaaaa....sedih ni

~ Mummy Gee ~ berkata...

cerita bonus emmm tak tau ler dapat bagi bonus kat staff ke tidak utk raya tahun ni. Klu payment masuk b4 raya boleh ler bagi...klu tak bagi duit raya jer ler..hehhe

MSOM berkata...

Nampak gaya macam tak ada bonus, ekonomi negara masih tersenggut-senggut. Tak taulah saat-saat akhir PM ingin buat kejutan. Sama2lah kita tunggu....

MSOM berkata...

Isu ni dah selesai...malam tadi media massa kata bonus tak ada, tetapi BANTUAN KHAS RM 500 akan diberi kepada 860 000 penjawat awam, dan ia dibayar dua kali, HARI INI rm 250 dan RM 250 lagi bulan Disember untuk beli alat tulis/yuran dan lain-lain. Ok.

jbfresco berkata...

wawawa..x dapat la nak merasa.sabar je la ye Cikgu..dugaan adkalanya memaniskan hidup kita

MSOM berkata...

Kaki tangan kerajaan lepasan ijazah lagi meraung sampai satu kampung...kesian kesian terutama yang baru bekerja kwang kwang kwang!

MR X berkata...

PEMBETULAN...RM 250 UTK RAYA ni belum lagi masuk akaun, agaknya 4, 5 hari lagi kut?

Tanpa Nama berkata...

Tiada bonus raya ni. Takpe la takda rezki. Padan muka ye.Tapi akan ku ingat sampai pilihan raya....takdak bonus raya ni ye takpa..aku congak aku timbang akhirnya ku bulatkan hati nampak gaya dalam piliharaya nanti aku nak pangkah selain dpd kati timbang nanti. Biar semua padan muka. Kwang kwang kwang...

MSOM berkata...

Mai sini engko undi parti aku Parti Jual Ubat,aku selalu buat home party..tiap2 bulan boleh dapat bonus..dah malaslah nak mintak2 bonus raya ni, kalau kita dapat orang bising.kalau kita tak dapat,kepala kita pulak pening....entahlah labu...labu...!!

MSOM berkata...

Sampai hari ini,ramai mengadu macam tak ada pun duit RM 250 TU MASUK AKAUN, AKU RASA PUN MACAM TU JUGA.kENAPA YA?