MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 17 September 2009

MENJELANG HARI RAYA

Malam ini sepatutnya aku giliran bertugas jaga kawasan. Al-maklumlah dalam sibuk-sibuk menjelang hari raya ni, banyaklah kerja yang hendak disiapkan. Petang tadi mengecatlah juga rumah aku yang tidak sebesar mana ni. Kepenatan menyebabkan aku terlelap, dan terbangun pagi ini. Jam telah menunjukkan jam 2 pagi. Malam ini malam 27...Lailatul Qadar kut?

Jam 2.30 pagi aku nak tengok balai, kut-kut member aku masih berjaga. Sampai di sana mereka baru start kereta masing-masing nak balik rumah. "Tadi dah round, ni dah nak balik dah" kata Ustaz Fadzlan. Encik Ahmad tauke kambing pun dah balik.

Ah...tak apa. Aku nak ronda sorang-sorang setengah jam ni. Semasa aku memandu kereta tu, aku terpandang sebuah keluarga sedang berhempas pulas mengecat rumah. Ada tiga anak lelakinya sedang mengecat dinding. Lampu terang benderang. Dahsyat...dahsyat.....jam 2.45 pagi mengecat rumah! Hebat betul penangan raya ni! Aku ingat tidak ada orang yang lebih hebat dari abangku Timyati kat Sri Medan tu. Kalau dia, menukang rumah jam 12.00 malam sampai 5.00 pagi tu biasa je.

Akhirnya aku singgahlah kat Warung Sri Bayu. Warung masakan Thailand ni dibuka sampai jam 4.00 pagi. Aku order tomyam untuk sahur nanti. Pagi ni nak bersahur tomyam. Ikan kat peti ais pun sudah tidak laku. Sabar...sabar...dua tiga hari lagi kan raya.....Itulah yang aku katakan kepada anak-anak aku yang baru belajar berpuasa. Ala mereka tu untung sangat...puasa sekian dapat hadiah sekian-sekian. Kalau aku dulu, ayah aku tidak menjanjikan apa-apa kalau cukup puasa...zaman tu zaman susah. Zaman sekarang ni kita paksa anak kita makan, mereka pula memilih makanan yang mereka suka aje. Tetapi kalau sebut Kentucky, semua tidak menolak. Kita kena belajar psikologi dengan Kentucky, Pizza Hutt bagaimana hendak menyuruh anak kita makan..!

2 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

anak2 saya yg besar 6 & 7 tahun pun sama, spanjang bulan posa ni trpaksa la ikut karenah dia org. Kul 11am dia org dah tepon hari ni nak mkn apa nak minum apa. Tu tak masuk lagi upah RM sbb puasa penuh..

MSOM berkata...

Zaman dah berubah, dunia dah maju. Samalah kita. MACAMANA PULA PARA ibu bapa yang ketika ini baru diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi, sedihlah ya raya ni....BERSABARLAH YA...sinaran kegemilangan pasti menjelma lagi.