MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 26 September 2009

SEMINGGU TELAH BERLALU

Anak-anak Masrom Arina, Atiqah dan Alia

Masrom Jais dan anaknya Atiqah

Isteri Sdra Masrom, Cikgu Jamilah


Hari ini ialah hari ke tujuh hari Raya/ syawal 1430 Hijriah. Seminggu sudah kita menyambut hari Raya yang penuh kenangan. Hari yang merapatkan hubungan kekeluargaan dan silatur rahim. Hari bertemu sahabat-sahabat lama, sahabat-sahabat sepermainan,teman-teman di sekolah rendah, kawan-kawan di sekolah menengah dan rakan-rakan baru.

Kita mungkin kenal sepupu kita, tetapi oleh sebab kita jarang berjumpa dan bertanya khabar,maka hubungan itu semakin jauh. Maka syawal menemukan saudara-mara kita. Kita bawa anak-anak kita ke rumah mereka. Kita kenalkan saudara-mara kita kepada anak-anak kita supaya hubungan itu berterusan sampai bila-bila.

Jadi tidak akan berlaku, ada orang bertumbuk dengan saudara sendiri di mana-mana. Mungkin terlanggar bahu di tengah kota. Apabila berbual mesra pada hari raya yang lalu ini, rupa-rupanya terlalu ramai sepupu aku yang kini bekerja di Kuala Lumpur. Yang sedihnya,aku sendiri terlupa beberapa nama mereka. Maklumlah dahulu mereka
kecil-kecil lagi. Kini mereka telah bermisai dan lebih macho. Yang perempuan pun sudah ramai yang menimang
anak.

Jadi sebahagian pertemuan aku dengan mereka aku abadikan dalam blog aku: http://matsom66.blogspot.com
Sebenarnya itu cuma 10% daripada saudara-mara aku yang dapat aku temui pada syawal yang mulia ini.Ia akan bersambung lagi...Insya Allah. Mungkin syawal 1431 Hijriah...

Tiada ulasan: