MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 26 Oktober 2009

Anugerah Allah

Gambar pokok kelapa ini berdiri gagah di Kolam Air Panas Grisek.
Entah kenapa aku minat sangat dengan anugerah Allah ini daripada pemandangan di situ?
Kalaulah ia milikku, sudah lama kuambil buahnya yang menyegarkan itu
dan dapat menghilangkan dahaga pada petang yang panas ini.

http://www.bio-asli.com/Stokis_bio/senarai-stokis.asp

12 ulasan:

en_me berkata...

chantekk buah kelapa gading tewww kannns.. ehehe

MSOM berkata...

En Me...kata siaran tergendala..

~ Mummy Gee ~ berkata...

kelapa muda tambah air gula sikit dan tambah ais..perggggg minum musim panas cam ni segelas dua tak cukup....tapikan klu dapat terus ngap dari buah kelapa tu lagi ngam...pas tu ambik isi dia guna kulit kelapa yang dibuat cam sudu..ahhhh terkonang den zaman2 dolu2...

Mama Miraki berkata...

huhuhuh..buat jeli kelapa best...tu....disebabkan gambar ni..rasanya petang ni beli air kelapa nak buat jeli kelapa lah....ahhh bestnya..

~ Mummy Gee ~ berkata...

Mama Miraki, hantar skit jeli kelapa tu ke bangi...

MSOM berkata...

Sya sbnarnya semalam tak tau nak entry apa kat blog ni, tak sangka pulak ada yang ngences/terngidam bila tengok kelapa tu. Tulislah RESEPI JELI KELAPA tu kat blog MAMA MIRAKI.

SAM berkata...

Tak susah pun menanamnya sendiri. Ada tanah tu tanam je la depan rumah, bukan tinggi sgt pun kelapa gading ni, tak ler bahaya takut hempap keta pun. Bapak mertua aku dah tanamkan 2 btg pokok kelapa ni 3 thn dulu kat laman rumah aku sampai skrg nak ambik daun buat ketupat pun masih cekeding je daunnya... alahai.

MSOM berkata...

Sam...!Laman rumah aku dah ditanam dengan pokok2 sayur, baru mula minggu lepas, kejap lagi gulung tikarlah pasar PS tu. Utk tanam pokok kelapa dah tak ada ruang.

Baik betul bapak mertua engko ya. Nampak je muka garang tapi penyayang.

Orang dulu tinggalkan pokok,nanti kalau dah tak ada, anak cucu akan mengenang
"Ni dulu atuk kita yang tanam"

Kita nak tinggalkan apa? Blog yang merapu-rapu nilah peninggalan aku.

Mekar berkata...

Banyak-banyak buah kelapa tu, yang mana kelapa dara?

Mama Miraki berkata...

nak tau mana kelapa dara...kena tanya "stokis" minyak kelapa dara ler..hihiihhi

MSOM berkata...

Alamak macamana ni? Aku tak kenal mana satu kelapa yang dara? Habislah aku kena pecat sebagai stokis Bio Asli!

~ Mummy Gee ~ berkata...

jangan lepas ni ada penjual minyak kelapa dara disaman gara2 pengguna komplen sbb tak dapat anak dara sekali masa beli minyak tu...hihihi