Isnin, 5 Oktober 2009

BUDI BAHASA ITU KUSIMPAN SEKEJAP

Telah lama aku perhatikan, budak-budak belasan tahun itu berkumpul di rumah abang aku di Pt Baru Sri Medan itu. Berkumpul tidak kira siang dan malam. Kadang-kadang sampai jam 3.00 pagi. Sering kali juga mereka duduk di bawah rumah emak aku. Berborak-borak kosong yang tidak berfaedah langsung untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Diselang- seli dengan perkataan " Hoi bodoh! Sial! Babi" Balik-balik perkataan itu jadi sebutan rutin mereka. Sehari sebelum raya pun ada di situ. Hari raya pun ada di situ. Aku macam tidak cukup masa untuk berada di rumah, mereka boleh berada di situ saban waktu.

Semalam aku sudah nekad hendak membasuh mereka. Aku nak berus lidah-lidah itu. Aku nak cuci otak mereka dengan clorox.

Aku pun memandu keretaku seorang diri ke rumah ibuku itu. Rumah abang aku bersebelahan dengan rumah emak aku. Tetapi aku parking agak jauh dari rumah itu. Aku pun berjalan kaki ke sana. Aku dapati ada tiga empat orang di situ. Aku terus bertanya dengan keras.

" Awak semua nak beraya ke rumah Timyati?(nama abang aku)"

Semua tersentak dan tidak menjawab sepatah pun.

" Awak masih tidak faham-faham apa yang kami katakan dulu, jangan berkumpul siang dan malam di rumah ini!"
" Datang beraya setahun sekali sahaja, yang awak ni tiap-tiap hari ada kat sini ni apa hal?, abang saya tu bisu, tak tau nak cakap apa-apa dengan awak, saya beri amaran, kalau awak semua masih berkumpul di sini, saya akan laporkan kepada Polis"

" Emak awak semua pun tak bagi awak semua kumpul kat rumah awak!"

"Awak semua balik sekarang! Dan beri tahu kawan-kawan awak semua jangan datang sini!

Dengan perasaan tidak puas hati dan muka merah mereka meninggalkan kawasan rumah ibu dan abangku itu. Aku apa peduli, aku tidak bersalah. Mereka yang salah.

Banyak keburukan apabila budak-budak ni berkumpul. Lebih-lebih lagi mereka duduk dalam rumah, ada yang baring, tengok TV, hisap rokok, kadang-kadang jumlahnya sampai sepuluh orang. Abang aku ada anak dara, itu yang aku cukup risau. Mengapa ibu bapa mereka membiarkan anak-anak mereka mengganggu privacy rumah orang lain?

Kadang-kadang mereka memulas motosikal kuat-kuat. Dan budaya di kampung-kampung Sri Medan sekarang ini, apabila beraya marhaban, amalan buruk memulas motosikal itu dibiarkan sahaja. Tanpa rasa peduli tuan rumah itu sakitkah atau pening kepala. Aku jadi tidak faham kepada golongan ini?

Amalan budak-budak berlonggok itu bukan sahaja berlaku di rumah abang aku. Tetapi juga di mana-mana pun terjadi. Di taman perumahan aku duduk ni pun ada budak-budak berkumpul. Biasanya ketawa terbahak-bahak dan menghisap rokok. Lama-lama menghidu gam, ganja dan sebagainya. Di situlah segala-galanya bermula.

Justeru, pastikan anak-anak kita berdisiplin dan menjauhi daripada berkumpul dengan budak-budak yang bermasalah.

4 ulasan:

Azham berkata...

itu yang aku malas duduk kampung tue..
kawan kg aku byk buat benda xfaedah...
keja asyik lepak je..
pastu kalo lepak ntah mana2..
pusing2 situ gak..
habiskan minyak motor je..
baik duduk umah je..

MSOM berkata...

Am engko memang pemuda harapan bangsa. Semoga Am akan menjadi anak lelaki yang berjaya mengharumkan nama kampung Am satu hari nanti. Kumpullah ilmu banyak2.Kumpullah duit banyak2. Balik nanti, Am akan jadi jutawan beriman,Insya Allah.

SAM berkata...

Abang aku pun naik sakit ati tengok budak2 berlonggok tu... Bila laki aku sergah tu baru dia balik.. pastu esok datang lagi. Siap merokok pulak tu.. Entah ler anak sapa aku pun bukan la selalu kat kg.

Aku rasa pun emak ayah diorg pun tentu marah kalau tau anak mereka merokok dah tu melepak lama-lama kat rumah orang. Masalahnya kenapa mesti rumah Abang Timyati? Dah tau orang tu kurang upaya, so depa ingat tak ada orang yang akan berani marah kalau mereka merokok, melepak dan tak mustahil buat gejala tak bermoral. Nauzubillah...

MSOM berkata...

Zaman dah berubah. Dulu kampung tak ada penagih, sekarang? Di mana2pun ada jenayah sama ada dilakukan oleh penduduk tempatan atau warga asing, yang nyata majoritinya Islam, tetapi telah sesat dalam kehidupan. Asal mulanya adalah daripada pergaulan yg salah spt itu...maka tugas kita adalah membanterasnya.