Jumaat, 30 Oktober 2009

KERETA 15 TAHUN WAJIB JALANI PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Bagi anda yang kaya, berita itu tidak memberi apa-apa kesan. Bagi aku dan golongan marhain lain pengumuman pihak berkuasa itu umpama halilintar yang menyambar keheningan malam.

Kebetulan kedua-dua keretaku dicipta pada tahun 1994, maka sudah pasti tahun hadapan aku terpaksa mengeluarkan duit lagi untuk urusan Puspakom itu.

Sudahlah baru-baru ini kereta-kereta lama diwajibkan mengambil insurans first party, berita baru ini membuatkan orang seperti aku terus jatuh terduduk.

Jika alasan kereta lama banyak terlibat dengan kemalangan, sila siarkan statistiknya. Banyak juga kereta baru yang hancur berkecai melanggar pembahagi jalan dan belanggar sesama sendiri.

Sebelum ini ada ura-ura untuk melupuskan kereta-kereta tersebut, namun mungkin ia menghadapi bantahan, maka cara terbaru ini lebih terhormat. Orang-orang seperti aku terus ditekan. Jika begini bila kita hendak kumpul duit? Kata suruh menabung?

Bukan begini caranya untuk melariskan jualan kereta baru. Buatlah tawaran yang lebih menarik, sebagai contoh menurunkan harga kepada harga yang lebih mesra pengguna.Atau pakej pinjaman yang lebih tidak membebankan pembeli.

Tukar kereta baru? Aku ingin bertanya kalian..sampai bila kita hendak bayar hutang? Lagipun kereta yang ada itu tiada masalah apa-apa. Satu keluaran Proton, satu lagi Perodua. Sudah berjasa juga aku kepada pengeluar kereta negara. Dari bujang lagi aku tidak habis-habis bayar kereta, ingatkan hendak berehat sekejap, sekonyong-konyong datang berita buruk ini.

Aku bukan apa, takut orang-orang kampung tu mula marah dan yang menerima akibatnya pihak kerajaan sendiri. Cukuplah PPSMI dijadikan pengajaran berguna.

7 ulasan:

jbfresco berkata...

sabar je la cikgu..bukan kita je..ramai lagi yg mengeluh..dah adat dunia..dia boleh la buat undang2..dia nak kta sentiasa berhutang,x gtu..x laku plak kereta yang baru tu.tp x pe puspakum pon puspakum lah.nak bli baru,dipikir2 pon buat sakit hati dan bertambah lah amarah2 nya plak..

MSOM berkata...

Masalahnya JBFRESCO orang ingat tak banyak mana, tetapi:

1. Sebelum pemeriksaan itu kita kenalah keluar duit sekali gus utk tukar tayar,betulkan itu, betulkan ini, biasanya kita ada jadual..bulan ni tukar ini,bulan depan betulkan itu...dan seterusnya...berperingkat2 dan ikut ongkos yang ada.Ni nanti kita sedia duit utk insurans,road tax,servis kereta..banyak tu! Kalau kena pula masa tu Raya..alamat ada yang tak balik kampunglah jawabnya! Mungkinkah ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan?

2. PUSPAKOM pula dibuka pada hari yang sama pada hari bekerja...hendaknya...tahun depan mereka membuat pemeriksaan pada hari Sabtu dan Ahad juga,kalau tak kita terpaksa ambil MC dan cuti khas untuk hal itu.Nak upahkan agen pun,kos bertambah-tambah lagi!

Mama Miraki berkata...

nak buat camana kan itulah "Malaysia Boleh" dan "1 Malaysia" yang dilaung-laungkan...yang merana rakyat juga.....buatlah apa-apa dasar pun...akhirnya yang untung sapa....

~ Mummy Gee ~ berkata...

emm...itu namanya 'rakyat diutamakan'....hihiih...hidup 1Malaysia....hampeh!!!

~ Mummy Gee ~ berkata...

emm...itu namanya 'rakyat diutamakan'....hihiih...hidup 1Malaysia....hampeh!!!

MSOM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MSOM berkata...

Perit teringat lambat sikit bayar, BANK telefon...

Jadi kedaaan sekarang adil...YANG ada kereta baru ....kepala pening bayar hutang,yang ada kereta buruk,pening nak uruskan PUSPAKOM, dan insurans yang yang tak padan dengan fizikal kereta