MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 11 Oktober 2009

USAH MENGUNDANG BALA ALLAH

Negara jiran kita telah diturunkan bala demi bala. Bala itu diturunkan sehingga rasanya terlalu dahsyat untuk diperkatakan. Apakah sebab berlakunya semua itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kita lihat negara kita, apakah Allah akan terus mengasihi kita selama-lamanya? Betapa banyak berlaku perkara-perkara yang mengundang bala Allah. Antaranya maksiat berleluasa sehingga di hadapan mata kita. H1N1 yang berlaku di Malaysia adalah tanda-tanda amaran Allah....

Fokus saya sekarang ialah tentang zina. Beribu-ribu anak sah taraf telah berada dan membesar di Malaysia. Sehingga saya kalau ingin bercakap di sekolah pun, kena cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar kerana jumlah mereka telah ramai dalam masyarakat kita. Bukan salah mereka, tetapi itu semua terjadi disebabkan kesilapan 'ibu bapa' mereka.

Maka marilah sama-sama menjauhi zina. Dalam akhbar hari ini telah dipaparkan tentang betapa ramainya suami yang curang. Malah lebih menggerunkan isteri-isteri pun sudah mula menunjukkan belang. Tertangkap bersama kekasih lama, tertangkap khalwat dengan pemuda kacak Bangladesh yang punya wajah bak hero Hollywood.

Remaja-remaja juga telah berkahwin dahulu sebelum bernikah. Memikirkan gejala ini, saya cukup bimbang Allah akan menurunkan taufan bak Parma, Ketsana atau Tsunami yang tidak disangka-sangka. Atau penyakit misteri yang tiada ubatnya. Ataupun tiba-tiba gunung yang gagah tiba-tiba menguburkan perkampungan kita?

Dalam Metro Jumaat 9 Oktober, Ustaz Mohd Zawawi ada menulis tentang kesan-kesan zina kepada individu yang melakukannya. Daripada keratan akhbar itu hilang dan reput, eloklah saya abadikan di blog ini agar ia memberi peringatan kepada kita semua.

Kesan-kesan zina kepada seseorang ialah:

1. Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama sipenzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada dosa),buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah, maka Allah akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkandan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga nanti.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir,maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya
sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya! Na'udzubillahi min dzalik!

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?

Alhamdulillah jika kita masih suci daripada zina. Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat daripada bencana durjana ini. Perangailah iblis dan agen-agen yang mengajak kita ke arahnya!

4 ulasan:

en_me berkata...

salam mlm senin abg mat som ittewww...

MSOM berkata...

Tkasih,daun selasih, daun keladi. jumpa lagi

jbfresco berkata...

dijauhkanlah dari kami dan keturunan kami semoga apa yg terjadi dijadikan iktibar.bak kata ustaz ..x mustahil kita akan diberikan musibah jika terus leka dgn kesenangan,kerna kesenangan yg ada skg x kan kekal,mungkin masa kita akan sampai..jdi jauhkan lah perkara2 yg dilarang..

MSOM berkata...

ya benar tu Gee.........
Kesian anak dibuang dan dibunuh, dicampak ke sungai, itulah bahana daripada kebejatan manusia hari ini. Mereka telah kembali ke zaman jahiliah.