MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 21 November 2009

BERMULANYA SATU PERNIAGAAN

Hari ini aku akan memulakan kerjaya keduaku sebagai usahawan MLM...(usahawan?)...Tiada istilah cuti dalam kamus hidup aku. Tambahan pula tahun hadapan keempat-empat anakku akan bersekolah. Bayaran yuran zaman sekarang ini amat memeritkan rakyat yang bergaji kecil dan orang kampung. Sekolah menengah , bayaran yang diperlukan ialah RM 200 ke atas sehingga ada yang mencatatkan RM 300. Sekolah rendah dalam RM 130- RM 150.

Aku dapat bayangkan bagaimana berhempas-pulas ibu bapa di kampung untuk mengumpul duit anak-anak sekolah. Satu ketika dahulu kerajaan mengumumkan yuran sekolah dimansuhkan. Namun kini istilah yuran itu sahaja yang diganti. Antaranya istilah itu ialah Bayaran Tambahan Perkhidmatan dan Kemudahan. Jika dahulu yuran setakat RM 30- RM 40, tetapi yang baru ini antara RM 40 hingga mencecah RM 70. Jadi apa gunanya semua ini? Aku sebagai ibu bapa pun tidak faham. Contohnya ada bayaran kegiatan luar bilik darjah ada yang mencecah RM 20. Sedangkan apabila diadakan aktiviti perkhemahan pelajar dikenakan bayaran lagi?

Namun, kita sebagai ibu bapa terpaksa akur dengan keadaan ini. Tanggungjawab kitalah yang menyediakan segala keperluan itu. Maknanya, aku ada empat orang anak yang bersekolah, maka aku mesti menyediakan RM 1500 tahun ini. Iatu kos untuk pelbagai bayaran dan pakaian sekolah. Jangan haraplah bonus kerajaan. CEUPACS pun sudah dicop dengan pelbagai penghinaan.

Maka tugas kita ialah mencari duit tambahan. Berdikari. Melibatkan diri dalam jualan langsung adalah antara caranya. Namun kita kena tahu selok belok perniagaan itu. Jangan terlibat dengan pelaburan skim cepat kaya. NANTI duit yuran anak pun lesap siapa yang susah? Jika anda ada kebun, maka tumpukan minat anda itu.

Selepas ini aku akan penuhkan entri blog ini dengan aktiviti aku sebagai usahawan MLM (selama 44 hari ini). Tunggu....!!!

9 ulasan:

Mama Miraki berkata...

waaaa bestkan jadik cikgu...dapat cuti lama.....hehehehehehhe..ok selamat berjaya dlm MLM....

MSOM berkata...

Tkasihlah Mma Miraki...tahun ni bestlah...sesi 2009 berakhir dgn kejayaan. Jika berakhir dgn kegagalan...MACAM DUA TAHUN LALU, kena bedah siasat...penat nak jawab.

Cikgu cuti, murid cuti. INilah peluang ibu bapa bawa anak makan angin.

Mama Miraki berkata...

saya time anak2 cuti ni...tengah busy pulak kat opis....x leh nak cuti lagi...huhuhuhuuhu...next week diaorang pegi kem...lepas tu lah baru cuti-cuti Malaysia.....

MSOM berkata...

Dia orang pegi kem? Berkemah? hATI2 JGN PEGI JAMBATAN GANTUNG, TEPI LAUT, SUNGAI...BAHAYA tu

Mama Miraki berkata...

X adalah pegi kem yang mcm jambatan gantung tu. Anak perempuan saya pergi "Kem Permata Pintar" kat UKM ( 3 weeks) Dia terpilih untuk ikuti kem tu selepas melalui 2 sessi ujian IQ permata pintar. ( kan pelajar 9-14 thn tu ada buat ujian kat sekolah tu..SKSP tak buat ke) anak lelaki pulak pegi Kem Mengaji & Tahfiz (1 week) aje. So far x adalah pegi kem yang lasak2 tu...

HR berkata...

hEBAT...HEBAT
kE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TAK KE NASI?

pENGANUGERAHAN iBU mITHALI 2025 PATUTMENJADI MILIK MAMA MIRAKI

~ Mummy Gee ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~ Mummy Gee ~ berkata...

MSOM, semoga cikgu berjaya di dalam bidang MLM yg diceburi. Baru blik dari cuti2 malaysia ni, sambil cuci kain baju (ya ke cuci kain?? mesin le yg cuci saya tukng campakan kain baju tu jer...) sempat lagi surfing dan harvesting...I'm a superwoman!!! hihihi

MSOM berkata...

Superwoman
Wah seronoknya bercuti...
saya belum sempat lagi..
Sbgai stokis bio ASLI
tAK BLEH pegi sana-sini
Banyak org ketagih Kopi
Kerana masing2 nak jadi lelaki sejati.
Ni pulak ada susu kambing HR
Siang malam asyik mengembek
Belum minum dah jual 10 kotak
Orang tanya macamana rasanya
Entah? Saya pun baru nak minum...