MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 24 November 2009

BISNES SAMBIL TANGKAP GAMBAR

Pertemuan pertama HR di Rumah Ustaz Said
selaku Stokis Negeri bagi Batu Pahat
Pertemuan kedua Insya Allah akan dibuat di hotel
Minggu ini cuaca di seluruh negara agak mendung. Parit Sulong
akan menghadapi banjir lagikah kali ini?

Apabila aku lalu di Pt Tengah ke Pt Belukar Cina
aku tertanya-tanya, siapakah pemilik mahligai yang indah ini?
Mesti orang hebat. Harga rumah ini dikatakan bernilai juta.

Kebun nenas yang terletak di antara Pt Tengah dengan Pt Mustafa

Oleh sebab rumah yang belum siap ini unik,
maka aku juga tertarik dengan rekabentuk dan bahan-bahan yang dibuat.
Terasa seperti dalam drama Sinetron Indonesia.

7 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

yg pasti pemilik banglow mewah tu penyokong UMNO tegar....tengok ler bendera punye besar....hihiihi

MSOM berkata...

Ada jugak orang kampung memiliki rumah besar...

Ramai yang sesekali lalu di sini menyangkakan ianya mesjid baru.

~ Mummy Gee ~ berkata...

jgn pandang rendah pd org kg. Income dia org ni sesetengahnya lebih hebat dr org duduk kat bandar. Tapi nak kena rajinlah. Org duduk bandar ni kaya gak, tapi kaya hutang (saya ler tu!!!). Jiran sebelah rmh saya kat kg yg tolong jaga dan petik kelapa sawit kita org tu income mmg tiap bulan 4-5K. Dia ambik upah petik kat 5-6 og punye kebun pas tu ada kebun sendiri lag. Rajin tak boleh nak lawan dia lah...

Mama Miraki berkata...

orang kampung semua dah moden lah....x macam dulu kan...bisnes semua maju...tak caya....tanya ABAS..hihihihihi

MSOM berkata...

Diam2 barangkali aset Abas menyamai aset Siti Nurhaliza

orang muo berkata...

kalau tak silap rumah tu kepunyaan salah seorang pemimpin umno bahagian muar.dia ni pemilik ap eksport lembu-lembu dari australia. orang kuat muhyidin yasin tuh. tapi dia seorang pemurah suke menderma dan prhatin dengan orang kampung ramah lagi...

sebenarnya ada seorang lagi yang juga kaya di kawasan berhampiran kg tersebut. rumahnya memang besar macam istana .dia bukan ahli politik tetapi seorang usahawan, memiliki ratusan ekar tanah kelapa sawit, seorang pemborong sawit di kawasan sekitar. seorang yang pemurah, low profile.

MSOM berkata...

Tkasih orang MUO buat julung2 kalinya menziarahi blog saya. Baguslah ada hartawan yang pemurah dan peramah macam tu...

Oh rumah satu lagi tu saya belum perasan pulak...tetapi yang berkubah emas ini memang saya sangat teruja dengan reka bentuknya.