Sabtu, 21 November 2009

HARI PENUH EMOSI

Pn Norjainah Ahmad

Ustazah Puan Srie Rahayu Ismail


Jumaat 20 November 2009 merupakan hari penuh emosi di SK Seri Pasir. Sudah enam tahun aku berada di sini, tidak pernah aku melihat situasi seperti itu. Kejayaan gemilang dalam UPSR 2009 menjadikan wajah guru-guru, kaki tangan sekolah, pekerja dan pelajar begitu ceria dan saling mengucapkan tahniah sesama sendiri. Ucapan tahniah juga tidak putus-putus daripada sekolah-sekolah di kawasan Seri Medan. Bukanlah mudah untuk mencapai kejayaan itu.
Telah puas kami menangis apatah lagi pada tahun 2007 SK SERI PASIR tidak menghasilkan seorang pun pelajar yang mendapat 5A. Ini menyebabkan sekolah diserang oleh penduduk setempat dan oleh pihak PPD. Sehingga keadaan begitu amat menekan. Akhirnya pada tahun 2008 sejarah telah dicipta 6 orang telah meruntuhkan tembok kerisauan itu. Dan tahun 2009, sekali lagi rekod telah dipecahkan. Maka 2010 tanggungjawab semakin besar untuk mengekalkan kejayaan ini.

Namun kegembiraan hujung tahun ini, ditutup dengan tangisan dan juraian air mata kerana dua orang guru akan berpindah. Akibat kekurangan guru di SK Seri Comel, maka Ustazah Puan Srie Rahayu telah lebih diperlukan di sana. Dalam ucapannya beliau sangat seronok berada di SK Seri Pasir, tetapi apakan daya telah ditetapkan oleh Allah, beliau berada di sini hanya untuk sembilan tahun sahaja.


Puan Norjainah pula dalam ucapannya, menjelaskan bahawa beliau telah mengajar di sini selama 17 tahun. Banyak pahit getir yang telah beliau alami. Kini heliau akan bertugas di SK Bukit Rahmat yang lebih dekat dengan rumahnya di Tongkang Pechah.Beliau telah bertahun-tahun memegang jawatan Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Untuk melihat HARI PENUH EMOSI ITU layari blog sekolah (Cikgu Burhan):
http://skspbp.blogspot.com/2009/11/salam-perpisahan-untuk-guru-yang.html

Tiada ulasan: