MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 17 November 2009

POKOK BULUH ITU MENGIMBAU KENANGAN SILAM

Lokasi: Ladang SK SERI PASIR
Masa kita kecil dahulu, buluh merupakan sebahagian kehidupan kita. Kita mencipta layang-layang sendiri dengan buluh. Dengan buluh juga kita buat bubu/lukah untuk menangkap ikan. Batang buluh yang kecil kita jadikan batang joran untuk memancing puyu, haruan atau ikan keli. Menjelang raya kita bermain meriam buluh. Lemang juga dibuat daripada buluh. Kita jadikan buluh ini sebagai pelita. Pendek kata kehidupan masa kecil kita sangat rapat dengan buluh. Aku ingat lagi, ayahku menyembunyikan radionya di bawah rimbunan buluh kerana ketika itu ada pemeriksaan lesen radio. Kini segalanya telah berubah. Anak kita sudah tidak mengenal apa itu lukah? Mereka sudah tidak kreatif seperti masa kita. Kini kuasa wang telah mengubah segalanya.

1 ulasan:

Mama Miraki berkata...

drama "Anak Betung" aje diaroang tau kot....