Ahad, 27 Disember 2009

ANUGERAH CEMERLANG UPSR & PMR 2009

Pagi tadi berlangsung majlis anugerah cemerlang UPSR dan PMR 2009 bagi Parlimen Pt Sulong yang berlangsung di Dewan Besar Parit Sulong.

Ketika meninjau majlis itu (untuk melihat anak murid yang berjaya tempoh hari), saya didatangi seorang teman yang anak beliau memperoleh 5A dalam UPSR 2009. Persoalannya ialah anak beliau belum mendapat tawaran dari mana-mana sekolah yang terpilih sama ada MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah menengah sains, sekolah menengah agama atau sekolah-sekolah harian terpilih.

Saya menjelaskan bahawa jumlah pelajar yang memperoleh 5A adalah ramai, sedangkan tempat-tempat tersebut terhad, maka hanya pelajar yang mempunyai rekod kokurikulum yang baik sahaja akan mendapat kelebihan. Atau ia mungkin rezeki seseorang anak itu. Sekolah di kawasan mereka juga terdapat Kelas Rancangan Khas bagi calon-calon yang tidak berjaya mendapat tempat tadi.

Kelas tersebut tidak ada kurangnya, di mana mereka juga berpeluang untuk memperoleh kejayaan. Cuma tugas ibu bapa adalah lebih bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa berdisiplin agar mereka dapat menandingi rakan- rakan mereka yang bersekolah di asrama.

Lalu beliau bertanya kepada saya, apa yang perlu dibuat oleh ibu bapa seperti beliau selepas setiap kali keluarnya keputusan peperiksaan?

Saya menjelaskan, kita haruslah berbincang dengan pihak sekolah adakah guru-guru telah menguruskan permohonan ke sekolah berasrama penuh dan sekolah harian terpilih. Bagi kemasukan ke MRSM kita ibu bapa kena mohon sendiri dengan mengambil borang di pejabat MARA di daerah masing-masing. Ikutlah garis panduan yang diberi oleh pihak MARA.

Untuk kemasukan ke sekolah menengah agama, ada sekolah yang menguruskan dan ada juga sekolah yang tidak menguruskannya. Itu pentingnya berbincang. Jika belum anda kenalah ke pejabat pelajaran untuk mengambil borang.

Jika anda ingin memasukkan anak anda ke sekolah menengah agama kerajaan Johor, anda kenalah pergi ke pejabat agama daerah untuk mengambil borang. Di sekolah ini juga anak anda boleh berpeluang untuk menjadi doktor dan pekerjaan yang profesional yang lain.

Pendek kata, selepas sahaja anak anda mendapat keputusan peperiksaan, anda usah diam membisu. Tanyalah guru dan rakan-rakan apa yang perlu anda buat sekarang?

Jangan pula apabila anak orang lain masuk MRSM, anak anda tidak, maka anda bertanya "Kenapa anak saya tidak dapat masuk MRSM?" Bagaimana nak dapat, sedangkan anda tidak memohon?

Akhir kata, jika anak anda tidak dapat mana-mana sekolah yang dihajatkan, usahlah dera perasaan anak anda. Misalnya anda mengatakan anda telah kerugian beribu ringgit menyekolahkannya, akhirnya tidak ke mana-mana. Anak saya kini bersekolah di SMK Datuk Sulaiman dalam kelas RK. Saya tidak rasa apa-apa kerana saya sudah menguruskan permohonan ke sekolah-sekolah tersebut. Ada baiknya dia masih di hadapan kami. Fikirlah secara positif, bahawa di mana-mana pun kita boleh berjaya. Pelajar gemilang Madihah dan Amalina datang dari sekolah harian biasa.
(Entri menjelang persekolahan 2010 tentulah bercirikan pendidikan, setelah sebulan entri tentang bisnes MLM)

3 ulasan:

Mama Miraki berkata...

betul tu...nak berjaya tak semestinya ke asrama...sekolah harian pun bagus..lagipun anak ada didepan mata. Saya pun kurang berminat nak hantar anak ke asrama....kalau dah memang pelajar tu cemerlang sekolah dimana pun sama. Cuma sekarang ni rasanya ramai parents yang berlumba2 nak hantar anak ke asrama pulak...guna kabel sana sini...sudahnya macam2 jadi...

MSOM berkata...

Yang ada kabel oklah, kalau yang ada cuma kabel telefon je macamana?
Kalau anak Mmiraki dapat ASRAMA PENUH atau MRSM nanti, takkan nak tolak pulak ya. Kenalah hantar.

Mama Miraki berkata...

sekarang x pakai kabel....dah kena P.O.T.O.N.G......P.O.T.O.N.G.....hehehhehe......