Sabtu, 12 Disember 2009

BUAT DUIT DARI RUMAH

Masa yang terluang ini kuisi jua dengan menambah ilmu...Buat Duit Dari Rumah. Buat Sam dan ahli-ahli Bio Asli, anda tidak perlu bersusah-payah memikirkan apa produk dan bagaimana hendak menguruskan bisnes dari rumah anda, kerana dalam Bio Asli terangkum itu semua. Sam telah membuktikan, tanpa menemui sesiapa kini beliau memperoleh pendapatan yang boleh digunakan untuk shoping sakan.

Dalam Bio Asli, anda disediakan dengan EMPAT laman web referel yang boleh anda promosikan kepada kawan-kawan dan prospek. Produk ditempah secara online. Dan anda tidak perlu pening bagaimana hendak menghantar produk, kerana segalanya diuruskan oleh syarikat. Jika hendak tengok bonus, anda tinggal klik. Hendak tuntut bonus pun tinggal KLIK sahaja. Bonus akan masuk ke akaun anda pada hari Rabu dan Khamis. Tuntutan bonus elok dibuat pada hari Sabtu atau Ahad. Keahlian pula PERCUMA! Ya PERCUMA!

Namun, dalam buku ini banyak ilmu saya dapat. Antaranya bagaimana supaya web atau blog kita termasuk dalam search engine Yahoo, altavista dan lain-lain search engine yang popular. Kalau blogspot sudah tentu tersenarai dalam search engine GOOLGE kerana blogspot milik mereka.

Bagaimana menarik pengunjung ke dalam blog kita juga diajar di sini. Yang penting blog anda mempunyai maklumat yang berguna kepada mereka. Maklumlah, pengunjung kini dahagakan maklumat terkini.

Ingatlah bahawa dunia masa kini semakin canggih, maka kita hendaklah maju seiring dengan perkembangan itu. Seperti penggunaan telefon bimbit masa kini, maka penggunaan internet pada masa akan datang semakin ramai akan menggunakannya. Ketika itu jika kita tidak tahu apa-apa alangkah malangnya kita. Ilmu kita yang ada pada masa lalu, kini sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh digunakan lagi. Kemajuan IT terlalu pantas, maka kita sudah sewajarnya sentiasa mengikuti perkembangannya. Zaman ini bukan zaman jurujual mengetuk pintu rumah orang lagi.

Daftar Ahli Percuma di http://www.bioasli.com/?id=matsom1

7 ulasan:

SAM73 berkata...

ya lah.. aku rasa mcm mimpi je dpt buat duit hanya dari rumah. aku baru ckp dgn Ain tadi ttg kepayahannya org zmn dulu cari duit,pegi menoreh, menebas, tinggalkan anak kdg kat rumah.. kdg kat buaian yg diikat kt pokok.. tu pun kdg sehari cuma dpt berapa sen je.

Skrg ni dunia dah canggih.. boleh kerja sambil melihat ank2 membesar di depan mata. T.kasih sbb ko kenalkan aku dgn BIOAsli ni.. aku x sangka apa yg IRP cadangkan supaya aku join je bisnes mcm ko (sbb masa tu aku ni sibuk no nk berblog)...rupanya tak merugikan.. walau mulanya aku mcm tak yakin.. ya la sejak aku frust dgn produk S tu... hahaha.. benci aku dgn produk S tu.. ckp je berapi2.. takpelah.. kenangan pahit semua tu.. tp pastinya ada hikmah di sebaliknya.

Anyway.. aku pun nk ucap terima kasih kdp semua downline aku yg telah byk memberikan sokongan selama ini. Semoga terus sukses!

MSOM berkata...

Kadang2 Upline lama kita tu ziarah sini juga, pernah berchating dgn aku kat sini. Dia sekarang buat produk S juga...Sha****n.

SAM73 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SAM73 berkata...

sungguh! aku kalau ko tak ckp mmg aku tak ingat sapa upline produk S tu sbb yg aku tak puas ati bukan dgn dia pun tapi ada la... tak boleh la cerita kat sini... cerita dah berlalu..

~ Mummy Gee ~ berkata...

MSOM & MM - semoga kalian success dalm bidang yg diceburi...

MSOM berkata...

Tkasih atas sokongan MUMMY GEE. Kami ni dari dulu memang macam nilah, darah MLM mengalir ditubuh kami, cuma impian sahaja yng belum tercapai.

Ada setahun tu saya terus berhenti tak buat apa2, ternyata saya spt tiada haluan dan spt kehilangan sesuatu.

Balik kerja terus tidur dan bangun jam 6 ptg. Macam ni tak boleh jadi. Tambahan pula orang2 spt Abas kehilangan pembekal produk2 spt yang ada di kedainya itu.

SAM73 berkata...

T.Kasih Mummy Gee.. moga you pun makin sukses!

MS..
tak le dikatakan darah MLM mengalir dlm tubuh aku ni MS.. darah aku ni berasal dari aliran pokok getah hasil torehan arwah ayahanda sekeluarga. Hehehe.

cuma dari kecik kami lg ayahanda pun dah biasa berbisnes.. ms tu jual jagung rebus, kacang tanah dr rumah ke rumah... cuma biasa la org kg zmn dulu.. bisnes takat tu je la.. org tua zmn dulu sekolah tak tinggi mana katakan.. tp minat nk bisnes tu sentiasa ada dlm diri beliau smpai kalau boleh MM pun disuruh utk menjual kuih masa mula2berhenti kerja dulu.. tpi klu menjual kuih tu.. heh heh heh.. sorry.. MM mmg takde talent.