Jumaat, 18 Disember 2009

CEMBURU BUTA MEMBAWA DERITA

Pada awal pagi yang permai ini, aku ingin menceritakan sebuah kisah benar yang berlaku. Orang-orang kampungku terutama yang tua-tua, tahu benar cerita ini. Ia bukan cerita epik atau cerita rekaan, atau cerita yang menyamai watak Raja Suran di negeri Antah Berantah. Ia adalah benar dan sangat benar belaka, berlaku di bumi Seri Medan yang penuh sejarah, yang mana segelintir penduduknya pernah mencipta sejarah, menyerang Balai Polis Batu Pahat pada tahun 1980.

Namun hari ini aku bukan hendak menceritakan sejarah hitam itu. Aku ingin menceritakan kisah sepasang suami yang penuh misteri.

Setelah sekian lamanya berumah tangga adanya, maka mereka tiada dikurniai anak. Semuanya sudah suratan takdir, mereka terus bersabar dan redha dengan ketentuanNya itu. Pakcik X percaya kepada rukun Iman yang keenam, iaitu percaya kepada Qada dan Qadar. Sudah sekian banyaknya usaha yang dibuat, namun akhirnya begitulah juga.

Apabila Pakcik X pergi bekerja, tinggallah Makcik X yang pada masa itu masih muda jelita seperti pelakon adanya, tinggallah bersendirian di rumah. Dia hanyalah bertemankan seekor kucing dan beberapa ekor kambing buat menghiburkan hati. Biasanya Pakcik X akan bekerja seawal jam 7.00 pagi sehinggalah jam 5.00 petang. Kebunnya yang terletak sepuluh batu dari rumah menyukarkannya untuk berulang alik. Waktu pagi menoreh getah dan pada sebelah petangnya bercucuk tanam seperti pisang, jagung dan pokok sayur-sayuran.

Setiap pagi Mak cik X mengemas rumah. Tengah hari memasak untuk dirinya sendiri. Sebagai isteri yang setia, setiap pagi dia membawakan bekal nasi berlauk ikan keli atau ikan haruan masak cili padi kegemaran suaminya yang perkasa itu. Petangnya Makcik X awal-awal lagi telah memasak untuk suaminya yang akan pulang. Biasanya, suaminya akan makan pada pukul 6.00 petang. Di rumah itu tiadalah radio atau televisyen, samalah seperti rumah-rumah yang lain, kerana ketika itu tahun 1960an.

Sedang dia menghiris-hiris bawang tiba-tiba terdengar ada tetamu memberi salam.

" Assalamualaikum......!"

Makcik X mengintai dari dinding rumah. Dia agak pelik, kerana sudah tiga tahun berkahwin dengan Pakcik X, tiadalah tetamu yang datang ke rumah melainkan hari Raya. Ini mungkin disebabkan rumahnya itu terlalulah jauh ke dalam dan melalui belukar yang penuh dengan beruk dan monyet .

Setelah diamat-amati, rupa-rupanya yang datang itu pakciknya, Pak Cik Y. Sudah sepuluh tahun dia tidak bertemu dengan pakciknya itu.

" Masuk Cik, masuklah rumah saya yang buruk ni"
" Ya Allah, lama betul aku tak jumpa kau, dah besar panjang dan jadi bini orang, suami kau mana?"
" Abang kerja, begitulah setiap hari, kebunnya jauh nak buat macamana, kejap ya saya buat air kopi"

Kopi hitam yang dipanggil kopi gobres pun telah siap dibancuh.

" Cik selama ni pergi mana? Sampai lama tak balik kampung? Saya kahwin pun tak balik? Sampai hati tau"

" Cik ni merajuk dengan atuk kau, pedih sungguh penghinaanya, Cik marah sangat masa tu, jadi Cik lari pergi Singapura, kerja kapal, lama-lama Cik tak tahan, rindu sangat dengan nenek, rasa bersalah dengan atuk, cik baliklah"

Sedang berbual-bual itu maka kedengaran bunyi basikal di bawah rumah. Makcik X menjemput suaminya seperti biasa. Tetapi Pakcik X berwajah masam mencuka tidak senyum seperti biasanya. Makcik X yang ketakutan tidak sempat menerangkan siapakah tetamunya itu. Hendak bercakap, lidahnya terkedu.

" Oh ni suami kau ya, apa khabar, saya....."
" Berbuallah kau dengan bini aku sampai pagi!"

Pakcik X terus ke dapur. Makcik X terduduk dan menangis.

" Sabar, suami kau salah faham, selama ini kau tak cerita ke tentang pakcik kau ni?"
" Ada, tetapi gambar pakcik pun tak pernah nampak, hari ni dia dah menyangka pakcik ni jantan mana"
" Baiklah kalau macam ni, pakcik baliklah"
" Maaflah sangat apa yang berlaku, esok lusa baikllah laki aku tu"

Setelah pakciknya pergi, Makcik X pun ke dapur, dia melihat suaminya dengan penuh serius menumbuk cili. Penuh lesung batu yang besar itu dengan cili api yang berwarna hijau itu. Lain macam sungguh dia menumbuk cili itu. Selama ini pun suaminya itu tidak pernah menumbuk cili, kerana dialah yang menyiapkan segala makanan suaminya itu.

" Bang, lelaki itu sebenarnya......."
" Ah sudahlah, ini rupanya kerja kau selama ini!?"

Tiba-tiba Pakcik itu menyelak kain Makcik X dan memasukkan segenggam cili ke xxxx nya! (maaf cerita di bawah 18 xxx).

" Biar aku ajar kau cukup-cukup hari ini!'

Makcik X KEPANASAN dan lari ke bawah, menuju kolam di mana air yang jernih di kolam itulah buat mereka memasak dan digunakan untuk mandi. Oleh sebab keadaan yang menyiksakan itu, Makcik X berendam di kolam itu dua jam lamanya.

Esok paginya, Makcik X menyediakan sarapan. Seperti biasa suaminya minta bekal air jarang untuk dibawa ke kebun. Pagi itu keadaanya telah seperti biasa, cuma mereka tidak berbual. Masing-masing menjalankan kerja rutin mereka.

Setelah kepenatan menoreh, Pakcik X mencapai air jarang di dalam botol yang dibawanya.
Tiba-tiba .........dia tersedak.

"Pedasnya!"

"Bijak sungguh isteri aku mengenakan aku. Takkan air satu kolam boleh pedas hanya dengan segenggam cili? "

Begitulah berakhirnya kisah benar itu. Kisah yang belum pernah keluar di mana-mana blog, cerpen, jurnal, majalah atau akhbar. Tetapi cerita ini bukan rekaan melainkan cerita yang amat amat benar berlaku.

Pengajarannya banyak di sini. Anda sendirilah yang memikirkannya.

18 ulasan:

SAM73 berkata...

bagaimanapun... aku bersyukur menjadi wanita yg dilahirkan di era baru.. siksanya kan kalau kena masak guna air kolam mcm tu.. dah la dlm kolam tu kdg ada kura-kura, serangga yg menggelikan pun ada.. aku tak ingat la apa nama serangga tu.. tp mcm lipas besar duduk dlm dasar kolam tu, aku pernah jumpa kat kolam tepi mesin getah rumah kita tu. Mmg aku geli... heee.. nk mandi pun takut masa tu.

Tapi bukan ke dulu diorg guna air tempayan (air hujan)?

MSOM berkata...

Untuk pengetahuan Sam, rumah pasangan ini terletak di lereng bukit, jadi KOLAM mereka itu memang jernih airnya macam air hujan, kalau musim kemarau, jiran-jiran mereka mengambil air di kolam itu.

Mama Miraki berkata...

ni betul2 cerita benar ke rekaan ni...hihiihih sadis sungguh kejadian tu yea.....so lain kalikalau beli cili padi kerna sorok ni...hihihihi

MSOM berkata...

Pak Cik X tu dah meninggal dah, saksi-saksi ada lagi. Dia bercerita dgn kawan2nya, kawan2nya yang masih hidup telah bercerita kpd saya. Beberapa tahun selepas itu, dia mengambil anak angkat.

Kalau tak percaya, saya bawak MMiraki jumpa jiran-jirannya yang masih hidup itu.

MSOM berkata...

Dalam kes ini TIADA KERAGUAN MANASABAH yang dapat ditimbulkan oleh peguam bela. Atas keselamatan blogger nama MR X terpaksa dirahsiakan. Dengan ini MR X ada PRIMA FRESIE, dan terpaksa membela diri atas kejadian itu. TERTUDUH JUGA juga gagal menyediakan saksi-saksi alibi.

YIN berkata...

Kepieh la rasaneh xxx eh kenak lombok. Yo panas bangeti yooo...

Uwei berkata...

napa la jadi sampai camnikan..kesiannya..dah la bagi istri dia duk kat ulu ceruk mana tah..ms x bg tau.pas tu nak gaduh2.guna cili plak tu..isisisklu betulah cerita ni..spt yg diberitahu ms..mmg sadis.buat sam boleh dikirakan zaman 70an pun masih gunakan air pergi,cuma beza warna air yang bukit biasanya jernih(air mata air),tp kalau ditanah hitam.mmg la airnya agak keruh tapi itulah lumrah hidup.tanpa air..camne makcik taditu nak 18xx hehehe..

MSOM berkata...

Uwei, teman Uwei Yati tentu tau peritiwa ini. Tak sangka pulak cerita ini dikira macam aneh. Banyak lagi cerita benar yang akan terbongkar, cuma kadangkala tak sempat. Cuti panjang begini bolehlah.

YIN jajalen dewe kok sapu neng awakmu, piye agakee rasane? Wong kenek tangan wes panas koyo embuh kok!

Teman Setia Anis berkata...

Aku rasa macam tahu siapa yang Uncle MS maksudkan dalam cerita ni. Masa tu aku kecik lagi. Tapi daya ingatan aku kuat sampai hari ni. Kolam yang uncle MS maksudkan tu entah ada lage entah x. Tapi biarlah rahsia ya. Cerita pasal kolam tu aku teringat kisah seorang makcik yg problem mantelnya telah terjun mandi manda tanpa seurat benang pun. Sambil memanggil-manggil aku,naning dan anak-anak cik Thebleng. Aku dan kawan-kawan masa tu datang nak ambik air, tapi tak jadi kerana tertengok wayang xxx free dibawah umur. Tapi aku rasa isteri orang tu masih hidup lagekan?

Teman Setia Anis berkata...

Lagi pasal pakcik x tukan, dia duduk rumah tu bukan berdua jelah.. Ko pernah x tengok orang duduk sekali dengan kambing, ayam, itik dan dua tiga jenis haiwan lge? Masa aku berkunjung rumah dia time rayakan, binatang tu semua ada kat dalam rumah dia. Dah macam anak2 dia aku tengok. Tapi aku terus terang masa dia hidang kuih raya dan air sirap aku tak minum. Sebab... Ayam dia bertengek atas rak tempat dia simpan air dan kuih raya tu... Gelinya... Walau macamana pun makcik x tu peramahlah..

MSOM berkata...

Haa, TEMANSETIAANIS,usah sampai teRsebut watak sebenar, aku ingat kau tak tau sebab masa kejadian itu kau masih kecil lagi. Macamana Sam boleh tak tau kisah itu?

Ah...betapa banyaknya misteri di desa itu! Dan kehadiran kau dengan tiba-tiba ini, menjadikan cerita ini bertambah panas, kerana kini kau menjadi salah seorang saksi yang tidak aku sangka-sangka. Bagaimana pula pendapat AMSUDA?

Sebenarnya aku tak pernah naik rumah Pakcik X. SEBAB aku begitu teruja dengan kambing-kambing yang ada di bawah rumahnya setiap kali aku beraya ke sana.

Tak dapat aku bayangkan betapa gelinya situasi yang kau sebut itu.
Entah mengapa semua keganjilan itu boleh berlaku, semuanya disebabkan oleh minda yang telah rosak. Nak kata miskin kebunnya lebih luas daripada kebun kita. Entahlah ANIS.

Putri Cahaya a.k.a MiRa berkata...

hik3....tergelak2 Mira dibuatnye..betul ke ni???akak x pernah cerita pun..hmm...Mira macam tahu je sape orang tu...agaknyelah kot...hehehehe....

MSOM berkata...

Ikhs ikhsisss Mira janganlah sampai engko sebut nama kat sini...nanti aku kena saman malu 100 juta.

MSOM berkata...

Anis, Mira masa tu lagiiiiii tak boleh tau cerita-cerita macam ni. Mira lahir tahun 1991,kejadian antara tahun 1969-1975, tiada tahun yang jelas sebab watak utama bercerita dengan orang pun beberapa tahun selepas kejadian.Agaknya dia pun dah tak boleh tahan menyimpan cerita yang berlaku keatasnya itu.

SAM73 berkata...

Sorry.. tak perasan pulak ada org sebut2 nama aku kat sini.. aku tak klik ruangan komen ni dh lama.

Aku rasa aku mcm dpt agak sikit2 siapa gerangannya tu.. tp kalau korang kata orgnya ada masalah mental, di akhirat kelak entah2 Allah tempatkan mereka itu lebih mulia di Syurga, siapa tau.. sebab tu la kita mmg tak boleh nk pandang sinis mereka yg berpenyakit mental ni. Tapi ya ke diorg tu mmg sakit mental? Mcm normal je aku tengok.. mungkin diorg takde pendedahan dari dunia luar kot sbb tu jd mcm tu..

UWEI - yes zmn tu klu kt "Kashmir" mmg mandi air perigi.. minum rasanya Mak MM guna air tempayan la (air hujan).

MSOM berkata...

Sam, yang ANIS ceritakan memanggil2dia tu orang yang berbeza dengan makcik X. Di desa pingitan itu, banyak watak yang misteri. Dan itu sebahagian saja. Kini ada dua watak yang mempunyai cerita yg berbeza. Yang Anis cerita tu lagi bahaya. Aku tak tau cerita itu.

Betul kata Sam itu, jika kita jadi katak bawah tempurung, otak kita jadi beku dan lama-lama tak dapat bertindak dengan waras.

Yang mengacukan senapang patah kepada isteri pun ada. TETAPI itu semua cerita lama. Watak2 itu sudah besemadi semuanya.

Kini desa itu diisi orang2 yang berpelajaran. Semua tinggal kenangan.

Teman Setia Anis berkata...

Aku teringin sangat cik som buat cerita kisah Lasemprot dengan Lasempret yang buat keluarga kita benggang gilar... Aku ni nak mengarang susah sikit. Kejap2 anak aku panggil... Bleng terus... Cerita pasal Lasemprot hari raya hari tu aku ada datang ziarah dia, lama betul aku tak jejakkan kaki aku kerumah tu. Bila mak merayu kami adik beradik pergi ziarahnya aku pergilah... Dia x kenal aku lagi yg dia kenal abang lim... Menangis dia... Kesian pulak aku tengok..

MSOM berkata...

Lasemprot, Lesempret....hahahahaha!
Anis, aku takut nak cerita tentang itu, ramai anak-cucunya sudah mahir internet