MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 16 Disember 2009

DUA JAM YANG SANGAT MEMBOSANKAN



Pagi hingga petang semalam aku sibuk menghantar barang kepada pelanggan. Dan aku ingat malam tadi aku hendak berehat. Sekonyong-konyong ada hon kereta di luar rumahku.

" Baru pukul berapa nak tidur? Jom ngeteh. Ala kejap aje!"
" Okey..okey. Nak ke mana ni?"
" Ikut je"

Alamak dia mengajak aku di warung yang ada Astro. Kenapa ya?
" Aku ni kalau seminggu tak tengok gusti, hidup aku minggu tu macam tak sempurna" Ujar teman aku itu.
Aku tersenyum kelat. Dari kecil lagi aku memang tidak minat langsung dengan gusti. Aku cuma kenal Hulk Hogan, The Rock, itu pun sebab anak-anak aku selalu sebut nama itu.
Kalau ada orang tengok gusti, sama ada kawan atau anak-anak aku. Aku anggap aku macam tidak ada bersama mereka. Biasa aku baca surat khabar atau majalah.
Tiba-tiba teman aku malam ini ajak aku tengok gusti. Aku sudah terperangkap nampaknya, aduhhh!.

" Pukul berapa gusti ni habis?" Tanya aku
" Tak lama, pukul 11.30 habislah, sekarang baru pukul 10.00"
Aduh lamanya, satu setengah jam aku kena layan dia ni!
Aku tengok orang mula berkumpul di warung depan Pasar mini Yong Fat itu. Mereka sama macam MR X ni, rumah tidak ada ASTRO, dan ingin menghirup udara malam di Pekan Parit Sulong.

Asap rokok saling berlanggar, dan aku pura-pura berminat dengan adegan-adegan gusti yang ditayangkan.
"Wah Bigshowlah! " Macam pernah aku dengar nama itu, seorang blogger blogstarz, Cbigshow.

Aku mencuri-curi tengok jam pada telefon bimbitku. Aduh..baru jam 11.00. Lamanya hendak menghabiskan rancangan gusti itu. Aku melihat ke kanan dan kiriku. Mata masing-masing fokus kapada penggusti-penggusti yang sedang bersandiwara.
Kau semua kena tipu dengan orang putih itu. Mereka itu semua berlakon sahaja. Mereka kerja untuk menyara anak bini macam kita juga. Kalau betullah gusti itu, kenapa sudah dihempas macam itu pun tidak ada yang masuk ICU? Bisik aku....

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, tetapi belum ada tanda-tanda rancangan gusti itu akan tamat. Aku sudah mula risau, mata kawanku tidak berkedip melihat juara gusti membelasah lawannya.
"Tunggu, ada satu lagi ni" Kata Mr X.

Akhirnya jam menunjukkan jam 12.15 malam. Aku sudah tidak terkata apa. Dua jam sudah aku menonton program televisyen yang paling aku tidak minati.

Juara gusti telah mempamerkan belt besarnya dan menjerit dengan garau...Ladies and gentleman! I am the champion...!!!!!

Mr X mengambil kunci kereta dan mengajak aku pulang....aduh lega aku!!!

13 ulasan:

SAM73 berkata...

aku kalau IRP ajak aku tgk movie yg aku tak minat pun aku tengok je.. tapi aku tak berpura2... aku cuba hayati apa yg dia n ank2 dia suka tu sampai la habis cerita.. lama2 aku dh boleh ikut rentak mereka.

MSOM berkata...

Tapi aku betul2 tak minat gusti ni. Kepala aku berdenyut-denyut...bila dia org menjerit-jerit tu seolah-olah dia orang memarahi aku.

en_me berkata...

dah lamer benor me tak tengok gusti tewww..

esok ko bawak mr X gi edarkan FLYER larr fulakkks.. ekeke

jbfresco berkata...

Kesian MS.ada gak org lelaki yg x minat gusti2 ni ka..sampai sekarang inilah rancangan yg x pernah nak tenggok.baik tido.x sakit kepala.tah napa la kalau kat warung2 tu mesti nak ada rancangan2 yg x de faedah ni kan.tv3 lagi la..mlm jumaat..kan ke baik adakan rancangan yg lebih baik dan bermanfaat....

MSOM berkata...

En Me, dah ajak juga MR X edar flyer, tapi dia tak minat no. Minat dia menyanyi, kalau menyanyi suara macam BROREY. berhembus angin malam.....!!!!

JBFRESCO, bilalah nak ambik produk ni, ada masa dtglah ya.

Kita menhormati minat orang JBFRESCO, tetapi mengajak org supaya meminati hobi kita mungkin susah lainlah Miss Mirror dan IRP tu...dia orang berdua tu memang saling memberi dan menerima.

Sam..tak ucap apa-apa ke kpd EN ME? dia nak balik ke bumi Kenyalang. Kesian kampung dia tak ada internet. 20 tahun lagi pun belum tentu. Kesian, kesian

Mama Miraki berkata...

hheheh ada lagi ye rancangan gusti ni.....dulu2 kecik arwah abah suka tgk tu

MSOM berkata...

Apakah aku tidak macho kalau aku tak minat gusti? CHEF W** tu minat tak ya?

YIN berkata...

Msom... kat sekolah ngko x banyak keje kerrr... aku tahun hadapan tak ngajar kelas peperiksaan. Aku ambik 4 kelas tingkatan 4. 4 X 4 = 16 period. Ngam2 je...

MSOM berkata...

Cikgu Yin, ni mesti ada jawatan HEM, koko NI....aKU tatap kena ajar kelas peperiksaan, masa sekolah Menengah dulu ajar Tingkatan 3, pabila dihantar sekolah rendah, kena pulak ajar Dj 6. Sentiasa di barisan depan. Period tetap 27 waktu.

YIN berkata...

Orang katalah... aku tak pasti coz bg aku setiap keje ada masalah. Macam mana bebanan kat sekolah rendah ? Berat tak.? Aku tengok cikgu2 kat sekolah aku dari awal tahun sampai cuti akhir tahun sentiasa sibuk. Mcm2 hal.Pelbagai benda kena buat... yg paling nyampah dokumentasi... buat keje x de dokumentasi kira x keje. Tak buat keje tapi pandai buat laporan/ dokumentasi itu yg dinilai... apalah punya peraturan. Dunia2... yg rajin buat dokumentasi selamatla....

MSOM berkata...

Apa yang terdaya kita buat, kita buatlah. Yang tak terdaya biarkanlah. Sekolah rendah pun sama. Cuma muridnya senang sikit nak kawal berbanding di sekolah menengah, terutama di kawasan Kulai yang ramai gangster tu, banyak2le bersabar.

jbfresco berkata...

Salam MS..Barang tu simpan je la dulu ye,belum berkesempatan balik ke BP,awal tahun depan kut..tunggu mak/adik balik haji.harap maaf ye,menyusahkan MS sahaja..

MSOM berkata...

Saya tak susah...kesian orang dah bayar, barang tak ambik-ambik. Kalau saya pos ke sana dah lama sampai dah. Ok...datanglah bila-bila,tp SMS dulu ok