Isnin, 14 Disember 2009

DUNIA SEMAKIN TUA SEMAKIN INDAH

'Dunia makin tua, semakin indah. Dunia makin tua semakin mewah. Manusia tak sedikit mewah dan kaya. Tapi, kemiskinan masih tetap ada....'

Itulah bait-bait lagu Al-Jawaheer ciptaan M. Nasir yang masih terngiang-ngiang di telingaku ini. Masih kuingat lagi bagaimana betapa sukarnya kehidupan masa lalu. Misalnya dalam hal pengiriman wang kepada anak-anak yang masih belajar. Terpaksa pergi ke pejabat pos, beli wang pos dan kirimkan kepada mereka. Ianya kadang-kadang memakan masa seminggu. Anak-anak itu pula terpaksa keluar ke bandar, juga pergi ke pejabat pos dan menukarnya dengan wang.

Ketika tempoh penantian itu, mereka tersiksa jiwa dan raga. Entah makan apa pun kita tidak tahu. Abang aku pernah memasak mi segera dengan kayu semasa belajar di Mahad Johor dahulu (1978), kerana ketika itu wang pos yang dikirim oleh ayahku belum sampai.Adikku, Sam pun pernah mengalami saat yang getir itu di Kuantan dahulu. Maaf kerana aku membocorkan rahsia yang mahal ini. Sam kata pernah dia mengutip daun pegaga untuk dibuat lauk kerana kehabisan wang. Sadis sungguh...! Kini Sam sudah hidup mewah, bersyukurlah!

Kini segala-galanya begitu mudah. Semuanya cepat dan pantas seiringan dengan tranformasi yang berlaku, maka anak-anak yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi sudah sewajarnya tidak mengalami masalah yang berlaku kepada generasi yang terdahulu seperti yang telah menimpa Miss Mirror itu.

Sekarang sudah ada Maybank2u, CIMB CLKICK, pindahan akaun MEPS dan pelbagai lagi. Di pusat-pusat pengajian tinggi itu pula telah disediakan mesin-mesin ATM. Bersyukurlah anda semua kerana rahmat kemajuan itu memudahkan kalian.

Akhirnya, aku ingin memberitahu kalian, ada satu bisnes yang berada di ceruk kampung Sabak Bernam, telah mengaplikasikan teknologi maklumat ini untuk mencetak wang 24 jam tanpa menemui sesiapa. Mengapa kalian bimbang dengan perniagaan ini? Ia tidak menjejaskan apa-apa. Ia membantu kalian menambahkan pendapatan yang mungkin boleh digunakan untuk keperluan kalian. DAFTAR PERCUMA - Sila klik logo BIO ASLI di sebelah sana!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa makan maggie x sedap ke,cuba bagi kat anak2 sure x tolak punya dan satu lagi daun pegaga kan sambil buat ulam boleh buat ubat,klu kt bandar x de rm x de ler pengaga

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

kejap lg ko kena saman dgn Maggee MS.. tp ayat sebenarnya bukan la Magee... magee tu jenama.. tapi Mee segera ya. (aku tgh nk selamatkan ko dr kena saman mcm penyanyi tersohor indonesia) tu.

Oh ya.. sebelum aku flash back pd cerita pegaga tu.. terlebih dahulu aku nk ucap jutaan terima kasih sbb MS telah byk bersusah payah menyara aku spjg pengajian di Kuantan... sampai dia sendiri kesusahan hidup di rantau org... agknya la.. heh heh heh... sorry ya.

Sebenarnya pegaga tu kami makan dgn sambal budu. Hasil usaha kreatifnya sorang kwn aku yg juga senasib dgn aku masa tu la. (alhamdulilah beliau skrg dh kaya raya dn ada restoran hebat). Tak sia2 berakit2 ke hulu.. berenang2 ke tepian.

Tapi sedap jugak tau sbb budu cicah dgn pegaga plus cili padi.. nasi kami beli 20 sen je sebungkus for about 3, 4 days until you hantar money order. Kdg kami puasa.

Yg jd mahal kt kafe masa tu.. bila beli dgn lauk pauk..

Apa yg menyebabkan kami jd "dhaif" mcm tu sbb masa tu punya la baik ati kononnya.. duit dah habis pun tak nk ckp..

"duit adik ada lagi dalam simpanan, abg Som jgn la risau" mcm tu la apa yg ditulis dlm karangan surat.. zmn tu xde sms mcm skrg.

konon tak nk susahkn abg aku yg sorang ni la. Ayah aku? aku mmg tak nk kacau sbb ms tu dah tua.. biarlah dia tua dgn tenang.

Kakak aku si Ustazah pun ada gak hulur tp sbb dia baru kawin ms tu.. apa yg ada je la utk mengalas perut or membeli kertas asignment sehelai dua.. bila dah desperate sgt baru contact dia. Mmg tak mengharap sgt ehsan duit dia sbb dia bini org... tp syukur krn akhirnya habis gak belajar. Semester 4 dah tak mslh sgt sbb dh dpt biasiswa.

Tp apa2pun semua tu mmg kenangan pahit yg susah nk dilupakn biar dah terkubur dlm lipatan sejarah. Bersyukur kdp Allah atas segala kurniaannya hari ni.. biar tak la semewah Datuk CT Waliza pun at least tak la sampai ikat perut mcm tu... sungguh menyeksakan.. ms tu mmg kita sgt menghargai persahabatan.. yg mana benar2 sahabat, saudara mara.. bukan la teman hnya ketika kita senang tapi dlm susah dia lari meninggalkn kita. RM1 yg mereka pinjamkn pun cukup bermakna saat itu..

p/s: turunkn perkataan MAGEE itu MS... tak mampu aku nk tolong bayarkan kalau ko kena saman!!!!

MSOM berkata...

Ya aku dah RUNTUHKAN perkatan itu. Tkasih atas pandangan anda.

Hebat, org yang tak cukup makan dahulunya, kini jadi tauke RESTORAN.

MSOM berkata...

MMirror Jangan runtuhkan blog aku ni dahle...bingung aku, nak harapkan blog yang berbayar tu pun dia org sudah delete entry kita.

~ Mummy Gee ~ berkata...

dulu2 ikat perut sebab x de Rm nak beli makanan, sekarang ni 'terpaksa' ikat perut gak sebab dah berlebih2 makanan... rasanya lagi siksa tau ada RM tapi kena control makan....what to do!!!

Mama Miraki berkata...

kesusahan time belajar...ohhh saya pun melaluinya....makan M**** (MM x bagi sebut jenama dia kan) satu bungkus kongsi dgn teman baik saya, Dina. tiap2 hari lalu depan pejabat pentadbiran tengok kot2 ada surat berdaftar...aduhai...sadis sungguh kan kenangan tu...sekarang hari2 tengok jarum penimbang..bila nak turun2 agaknya..hhuuhuhuhu

MSOM berkata...

oooo...rupa2nya pengalaman itu hampir sama dengan kami-kami yang susah ni.

Pengalaman saya paling TRAGIS ialah waktu mula2 kerja, dalam bulan ketiga gitu...gaji masa tu belum keluar. Kawan serumah pun sama. Sorang tu nama dia NORMAN IBRAHIM, jiran you all lah ni kat kampung. Masing2 balik kampung. Ketika itu saya seorang diri shj. Nak balik kg tak ada duit tambang.

Duit kat kocek tinggal 75 sen. Saya beli tepung timbang. Sebab minyak tak ada, saya masak jemput-jemput REBUS. MENITIK AIR MATA INI berjatuhan ke bumi!!!!

BERSYUKURLAH kita semua kini dilimpahi rezeki.