MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 9 Disember 2009

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA




Beberapa detik yang lalu, ketika aku asyik menanda buku di bilik guru, aku melihat guru-guru perempuan berbisik-bisik sesama mereka. Maka aku pun tertanya-tanya apakah tajuk menarik yang dibincangkan oleh mereka. Salah seorang sambil tersenyum, menyerahkan sehelai kertas yang memaparkan tajuk di atas. Maka aku ingin kongsikan dengan kalian!


Petua Dari Dr Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk para isteri menjaga diri agar sentiasa jadi ABQARO menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.


(ABQARO ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok diamalkan setiap hari oleh para isteri untuk menjaga kesihatan luar dan dalaman.


CARANYA:

Lepas solat Isya, ambil segelas air:


* Baca surah Al-Fatihah sekali

* Baca Ayatul Qursi sekali

* Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

* Tiupkan ia di dalam air dan minum

* Niatkan dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38


Ayat 35- Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa.

Ayat 36- Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)

Ayat 37- Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

Ayat 38- (Semuanya itu disediakan) bagi pihak kanan.


Copy pastelah apa yang telah aku temui ini, agar suami-suami kalian tidak mencari yang lain yang menjadi ketakutan kalian selama ini, terutama kalian yang sangat mencemburui suami, sehinggakan hendak memancing pun dikata hendak memancing orang!


Dan petikan itu berakhir dengan doa di bawah ini:





3 ulasan:

Haslina Mohamad berkata...

Mohon izin copy doa ni di blog sy boleh?
Minta izin dahulu untuk sekadar perkongsian..
Sy follow jg blog ni.Byk produk menarik nampaknya yer..

MSOM berkata...

PN hASLINA,
DOA DI BLOG INI MEMANG UTK DIKONGSI OLEH SESIAPA SAHAJA. SILAKAN. TIADA HAK CIPTA TERPELIHARA

Haslina Mohamad berkata...

Terima kasih tuan empunya blog..
Salam untuk keluarga cikgu juga ye.