MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 10 Disember 2009

MENINJAU PROSPEK DI PAGOH

Tertanya-tanya apa ada di Dusun Damai
Sunyi Tanpa Penghuni

Perjuangan ini penuh berliku dan diri mesti kuat dan sentiasa berkobar-kobar

Menjengah R&R Pagoh Selatan


Dua hari berturut-turut aku telah berada di Pekan Pagoh seawal jam 7.30 pagi. Tujuan utama adalah untuk menyebarkan flyer Bio Asli kepada penduduk Pagoh. Mula-mula yang perlu aku kenali ialah seorang lelaki Cina yang menjual Surat Khabar. Lelaki itu mengatakan pada hari biasa edaran surat khabar ialah 300 naskhah dan pada hari Ahad edarannya ialah 500 naskhah. Hari ini aku mencuba 300 flyer dahulu. Target aku mencari 5 orang pengedar, kerana setakat ini Bio Asli belum menerjah ke bumi Pagoh, kawasan Parlimen Timbalan Perdana Menteri ini. Aku akan cuba secara berhabis-habisan Insya Allah, memandangkan ianya terlalu dekat dengan Parit Sulong, dan ini amat menyenangkan kerja aku.

Edaran FLYER merupakan promosi yang mudah selain daripada promosi melalui blog. Selain itu iklan kecil aku akan tersiar di dalam akhbar SIASAH. Cukuplah TIGA langkah ini setakat ini untuk mencari ahli-ahli baru. Sekarang bukan lagi zaman 'meminta sedekah' dengan kawan-kawan kerana lama-lama mereka memandang serong kepada kita.
Malam ini sewaktu aku mengisi entri ini, aku sudah menerima panggilan dari prospek. Dua orang untuk kempen pertama kali, menunjukkan satu permulaan yang baik. Seorang ingin jadi pengedar dan seorang lagi ingin mencuba produk.
Aku lebih suka calon pengedar kerana dengan itu aku dapat menembusi pasaran Pagoh.

8 ulasan:

SAM73 berkata...

suka dgn gmbr perkampungan mcm ni.. teringat kg Kak Roha je.

Flyer? lama aku tak hantar flyer kat org? Ya la setuju.. kita bisnes biarlah jgn sampai dipandang serong dgn orang....nanti org pun takut nak berkawan dgn kita. Senang cerita biar niat tu ikhlas utk menolong, utk berkongsi idea...agak2 org tu tak minat.. jgn tanya2 lagi. Nanti org ingat kita tak phm bahasa pulak.. hahaha.

MSOM berkata...

Ya! Buat Sam teruslah kempen dlm blog2 orang, kat Msia ni ada beratus ribu blogger, kalau rezeki Sam kena lumayan sih...Eloknya Sam guna 2,3 ID bio asli, Tetapi kalau 3 ID sebulan mesti ada buat belian 6 produk kurang2. Selamat Berjuang!

SAM73 berkata...

ha'ah.. aku gi kempen kt blog mat saleh..blog minah indon dpt gak aku kenal diorg.. hehehe..

so far aku bersyukur kerana Allah turunkan aku bisnes yg tak perlu aku keluar rumah sgt.. bersyukur atas apa jua rezeki,ternyata Allah itu sememangnya maha penyayang.. dah la mmg hobi aku pun adap pc.. dpt pulak bisnes yg mcm gini.. mmg sesuai banget la tu.

p/s: moral of the story.. klu kita dgr perintah suami (mcm aku ni cthnya suami suruh berhenti kerja misalnya, aku berhenti dgn hati yg redha.. eh masuk bakul pulak aku ni?? hahaha.. aku contohkan je la.. abih xde contoh lain) Allah pasti gantikan kita rezeki yg lain.
sikit ke byk ke.. itu aku tak kisah.. yg penting ada rezeki dr titik peluh sendiri.

Wah! Dah mcm blog sendiri pulak aku buat... pjng lebar aku berceramah ya!

MSOM berkata...

Tak kisah..MM nak bercakap 10 perenggan pun tak apa.

Walaupun bulan ni aku cuti, tapi bisnes tak cuti. Sesekali MM lawati blog jutawan internet IRFAN KHAIRI, dia kata sehari tidur 3-4 jam sahaja.

Tapi MM tak boleh macam tu, nanti kesihatan terjejas.

en_me berkata...

dusun damai teww ke kiri ke kanan kerr.. ekeke

MSOM berkata...

Entahlah En Me, DUSUN DAMAI tu bulat agaknya...ke kanan boleh, ke kiri pun ok

Mama Miraki berkata...

Dusun Damai tu dalam dia ada pokok buah ke poko herba...tak pernah pegi..kalau balik kg tu nampak signboard dia je,

MSOM berkata...

Kalau gayat tak payahle ke sana, tengoklah bukit yang saya berdiri tu...rasa keta macam nak tergolek kat situ. Saya tak berani masuk ke dalam kawasan itu, kerana ia milik orang2 ternama, sampai pondok jaga sahaja.