MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 31 Disember 2009

MENJELANGNYA 2010

2009 akan kita tinggalkan dalam lipatan sejarah. Tercatat pelbagai peristiwa yang pasti menjadi ingatan sepanjang zaman. Ada suka dan duka. Kemenangan Malaysia dalam bola sepak setelah 20 tahun menanti. Bermaharajalelanya H1N1 hingga meragut 77 nyawa, sehingga kita menjadi cemas kehilangan orang tersayang. Kehilangan enjin jet pejuang TUDM yang sungguh melucukan walaupun ia sebenarnya menggugat keselamatan negara. Kemalangan bas ekspres yang tiada sudahnya. Perginya GUSDUR yang pernah mewarnai politik nusantara.

2010 disambut dengan dua berita yang mengejutkan golongan marhain. Kenaikan harga gula kepada RM 1.65 dan harga roti putih yang akan ditarik subsidinya. Ia nampak kecil, namun selepas ini kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga kuih, minuman seperti teh tarik, biskut, roti dan produk-produk yang berasaskan gula. Adakah berita sedih ini akan disusuli oleh kenaikan produk lain?

2 ulasan:

Teman Setia Anis berkata...

Buat uncle Mat Som, Selamat menyambut ulang tahun ke 44th esok ya... Mudah-mudahan allah akan melanjutkan usia uncle ya... Diberikan tiga K olehnya.... K. Pertama, kekayaan, K kedua kegembiraan dan K yg ketiga kesihatan yang baik... Jangan lupa masak pulut kuning...

MSOM berkata...

Tkasih Anis. umur itu hanya angka2 sahaja kata teman facebook aku. Jadi aku tak akan lemah semangat menghadapi hari-hari tua dan sisa-sisa kehidupan.

Cita-cita untuk menjadi jutawan belum tercapai lagi. Jika tidak jutawan pun, kalau boleh dapat membantu kaum kerabat yang dalam kesusahan itu sudah cukup baik.

Bukanlah mudah untuk mencapai apa yang diimpikan, kerana kita memerlukan pengorbanan dan fokus 100% ke arahnya. Halangan terlalu besar untuk dihadapi. Terlalu banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi orang yang berjaya.