MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 31 Mac 2009

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan sahaja kita perlukan kekuatan doa daripada lidah, tetapi juga sokongan para Malaikat. Siapakah 11 jenis manusia yang didoakan oleh Malaikat? Alangkah bertuahnya kita, jika kita termasuk dalam golongan tersebut. Mereka ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf hadapan solat berjamaah.
4. Orang yang menyambung saf semasa solat berjamaah.
5. Kalangan malaikat mengucapkan AMIN ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat.
7. Orang yang melakukan Solat Subuh dan Asar secara berjamaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan Infak di jalan Allah.
10.Orang yang sedang makan sahur.
11.Orang yang menjenguk/melawat orang sakit.

Semoga kita tergolong dalam 11 orang yang didoakan oleh para Malaikat seperti yang disenaraikan di atas. Bagi setiap golongan ada hadis-hadis yang menjelaskan perkara tersebut.

Jumaat, 27 Mac 2009

RAMAI BERMINAT MEMILIKI BLOG

Tajuk 'Anda Nak Buat Web Blog?' dan 'Tip buat Blogspot' sentiasa menjadi tajuk pilihan untuk dilawati oleh tetamu, selain 'Doa Pendekat Jodoh' dalam blog saya setiap hari. Rakan-rakan sekerja pun telah mula berminat memiliki blog. Cikgu Janis, cikgu saya dari Tingkatan 1-5 di SMK SRI MEDAN pun telah berjaya membina blog. Kepada rakan-rakan saya yang pernah belajar di sekolah itu lawatilah blog cikgu kita itu iaitu: http://janis57.blogspot.com/

Pasti dengan adanya blog ini, hubungan kita semakin erat. Namun kebanyakan yang telah berjaya menghasilkan blog ini, kebanyakannya masih kosong tak diisi apa-apa. Saya sebenarnya tak sabar untuk melihat hasil karya para sahabat! Apabila saya tanya, mereka akan kata "Tak ada idealah". Terlalu banyak perkara yang boleh kita tulis dalam blog. Namun, mesti diingat kita hendaklah menjauhkan diri daripada membuat dosa seperti mengumpat apatah lagi memfitnah orang lain dalam blog. Ia akan menyusahkan kita kemudian hari, kita akan menghadapi pelbagai risiko antaranya disaman oleh pihak-pihak yang menjadi mangsa.

Bloglah tempat kita untuk menghasilkan buah fikiran kita untuk keamanan sejagat. Blog jugalah medan kita untuk menyampaikan dakwah kepada umat manusia, apatah lagi jika anda menguasai bahasa Inggeris. Kita juga boleh buat duit dengan blog. Taip saja 'Buat Duit Dengan Blog' dalam carian Google dan Yahoo, anda akan memperoleh banyak rahsia membina pendapatan melalui blog. Perkara utama yang harus kita buat ialah mengisi blog ini dengan pelbagai kandungan yang berguna kepada pelayar-pelayar internet yang sentiasa dahagakan ilmu dan maklumat.

Jika paling boleh kita buat ialah menulis satu artikel seminggau, kalau sebulan sudah ada empat artikel. Setahun kita telah mempunyai 48 artikel!!! Jika dah tiga tahun akan menjadi 144 artikel! Itu sudah sangat membanggakan!

Kepada sahabat-sahabatku KS747, Khairul Azman, Syikin, Burhan, Aryfinz, Abang 05 dan lain-lain yang telah mempunyai blog, teruskanlah usaha anda untuk menjadi blogger yang terkenal suatu masa nanti.

Kepada yang tak berminat dengan blogspot (blogger.com) bolehlah membina blog melalui.

http://www.wordpress.com/ ,
http://www.blog.com/,
http://www.blogdrive.com/

lain-lain yang akan saya beritahu kemudian. Namun blogger.com ini lebih popular daripada yang lain. Jika ingin blog yang berbayar RM 99 seperti http://matsomherbs.blogstarz.my/ pun dialu-alukan. Segalanya terpapar di skrin komputer anda. Tinggal anda nak pilih yang mana satu anda suka.
ya...di bawah ini juga anda boleh membina blog percuma...cubalah:

http://www.blogcity.com/
http://blogwise.com/

Khamis, 26 Mac 2009

INGIN TAHU TENTANG BATU KARANG?


JUS HERBA MISAI KUCING & MAC COTEK
RM 60.00 (6 BOTOL)

JENIS BATU KARANG:
1. Batu Karang di dalam Ginjal (buah pinggang)
2. Batu Karang di dalam hempedu.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA BATU KARANG
Batu Karang di dalam ginjal terbentuk melalui pemendapan kalsium oxalat, kalsium pospat, asid urik, oksalat, sistein dan beberapa bahan lain. Batu seperti kristal halus yang terbentuk ini akan bergerak dalam saluran kencing dan membesar di situ. Bentuk dan saiznya berbeza-beza, ada yang halus, berbutir-butir, tajam, lonjong dan sebagainya. Masalah berlaku apabila batu-batu ini terlalu besar sehingga mengganggu saluran kencing.
Batu karang di dalam hempedu atau dikenali sebagai kolelitiasis berlaku di pundi hempedu atau duktus hempedu. Peratusan tinggi berlakunya batu karang ini berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan kadar kolestrol yang tinggi. Kolesterol serta komponen lain seperti bilirubin, kalsium, garam hempedu dan protein di dalam cecair hempedu akan membentk hablur, seterusnya mengeras menjadi batu karang. Kesakitan berlaku apabila batu-batu di dalam pundi hempedu bergerak memasuki duktus hempedu sehingga menyebabkannya tersumbat.

Simptom Batu Karang di dalam Ginjal
Orang yang mengalami batu karang dalam ginjal jarang-jarang menyedarinya pada peringkat awal. Dia akan mula berasa sakit apabila batu-batu yang terbentuk bergerak ke dalam saluran kencing. Keadaan akan lebih membahayakan apabila batu itu tersekat atau pecah menyebabkan kesakitan berlaku. Antara tanda-tanda batu karang di dalam ginjal ialah:

1. Rasa pedih apabila buang air kecil.
2. Ada darah di dalam air kencing.
3. Air kencing berbau busuk.
4. Loya dan muntah.
5. Sentiasa terasa hendak kencing.
6. Rasa sakit di bahagian belakang atau bawah pnggang ke bahagian depan perut.

Simptom Batu karang di dalam Hempedu
Dalam kebanyakan kes, keadaan in berlaku apabila pundi hempedu tidak berfungsi lalu menyebabkan pembentukan batu karang. Tanda-tandanya ialah:

1. Demam
2. Kembung dan rasa sakit di bahagian kanan perut sehingga menjalar ke sekitar tulang rusuk dan bahu kanan.
3. Rasa loya dan muntah tanpa sebab
4. Rasa tidak bermaya
5. Perpeluhan berlebihan.
6. Rasa sakit apabila di tekan pada ulu hati.
7. Kurang selera makan
8. Rasa sakt di hempedu apabila menarik nafas.

Faktor risiko Batu Karang
Batu karang di dalam ginjal lazimnya berlaku pada mereka yang telah berumur. Bagaimanapun kajian juga mendapati, bayi yang baru lahir turut berisiko menghidap penyakit ini. Ini mungkin disebabkan faktor genetik. Banyak juga faktor yang menyebabkan penyakit Batu Karang, antaranya ialah:

1. Kurang minum air-Jika seseorang kurang minum air akan menyebabkan air kencing menjadi pekat dan menyumbangkan kepada pengumpulan banyak bahan yang akhirnya membentuk batu karang.
2. Lelaki pertengahan umur-juga dikatakan lebih ramai menghidap batu karang berbanding wanita.
3. Keturunan- keturunan bukan faktor utama tetapi jika seseorang itu mempunyai ibu bapa yang pernah atau menghidap batu karang, dia juga berisiko menghidap penyakit ini.
4. Individu yang mempunyai penyakit tertentu seperti gout, kencing manis, darah tinggi dan masalah-masalah yang menyebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah.
5. Kandungan makanan dan mnuman yang mengandungi asid urik dan proten purin serta kurang serat.
6. Kurang bersenam, bergerak dan terlantar lama.
7. Kesan sampingan ubat
8. Orang yang mempunyai pekerjaan duduk yang terlalu lama seperti pemandu lori dari utara ke selatan contohnya mengadu kerap terkena batu karang, apatah lagi mereka kerap menahan buang air kecil.
sedutan daripada majalah NUR Julai 2007
Jika anda mengalami masalah batu karang dan ingin perawatan herba daripada saya, saya syorkan kepada anda kombinasi yang berikut:

1. MALAC-RM 20 (60 KAPSUL)
2. JUS HERBA MISAI KUCING-RM60.00
SEMUANYA BERJUMLAH RM 80.00 SAHAJA.
HUBUNGI: 0197630678
Saya telah mencadangkan kepada beberapa penghidap penyakit ini, dan al-hamdulillah mereka
dengan izin Allah telah sembuh.









Khamis, 19 Mac 2009

BISNES MAIL ORDER

Saya baru membeli buku yang bertajuk BUAT DUIT DARI RUMAH oleh Mohamad Rozani Pawan Chek. Buku yang berharga RM 25.00 ini mengandungi banyak ilmu bagaimana hendak bisnes dari rumah kita. Gabungan bisnes Internet dan Mail Order ini merupakan satu perniagaan yang boleh diceburi oleh sesiapa yang bersemangat tinggi dan ingin sentiasa di samping anak-anak. Saya sedang mendalami bisnes ini dan setelah saya bersedia dari segi mental dan fizikal kelak, Insya Allah saya melibatkan diri dengan serius dalam bisnes ini. Buat masa ini saya ingin meneruskan perniagaan bio-asli yang mempunyai ciri-ciri perniagaan tersebut. Lebih baik lagi pihak syarikat yang menguruskan penghantaran produk. Kita hanya bertugas mencari pelanggan dan prospek agar empayar perniagaan ini terus berkembang di seluruh pelosok negara ini, malah jika kita berkebolehan tinggi, kita dapat memasarkannya ke negara luar, kerana BIO ASLI mempunyai pelanggan di 231 negara. Gabungan perniagaan MLM, Trading dan Mail Order menarik minat ramai orang untuk menceburi perniagaan Bio-asli ini. Jika berminat daftarlah ahli dengan klik web di bawah:
Antara petikan buku ini ialah:
" Dunia ini tidak pernah menawarkan kejayaan yang sedia ada kepada sesiapa pun, tetapi dunia ini sentiasa menawarkan peluang kepada semua untuk berjaya"
" Seandainya kemiskinan itu sejenis mahluk, pasti kupenggal dengan pedangku ini" Syaidina Ali
ULASAN SAYA SENDIRI
ROZITA IBRAHIM-SENDAYU TINGGI
DATUK MAZNAH HAMID

Kita tidak boleh lagi membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Orang lain terus membina premis perniagaan dan mengecapi segala kemajuan yang ada di bumi Malaysia ini, tetapi kita hanya menjadi penonton kepada kemajuan itu. Mereka tinggal di rumah yang selesa dan berhawa dingin manakala kita bergelut dengan kemiskinan dan kepanasan. Anak-anak kita tidak selesa tinggal di rumah lantaran rumah kita yang sempit. Masih ada lagi sisa-sisa waktu yang berbaki, untuk kita berhijrah ke arah kehidupan yang lebih berkualiti. Jika kita tinggal di kawasan setinggan yang sering banjir dan mempunyai sistem perparitan yang tidak teratur, maka sudah sampai masanya kita berjuang habis-habisan untuk menempatkan anak-anak kita di kediaman yang lebih selesa daripada itu.

Jika para pendatang itu, mereka dahulunya datang dengan sehelai sepinggang, kini mereka mampu menakluki ekonomi kita. Mengapa kita terus terhimpit dengan segala permasalahan, sehingga ada yang mengikat perut anak-anak kerana kesukaran mencari sumber kewangan? Beratus-ratus ribu pendatang dari Nepal, Bangladesh,
Indonesia, Vietnam memandang Malaysia ini sebagai lembah emas. Mereka sanggup bergolok-gadai menjual lembu kerbau dan harta benda semata-mata ingin datang ke negara kita ini. Ada yang mati di lautan kerana tujuan yang satu ini iaitu bekerja di Malaysia.

Datuk Maznah Hamid, dahulunya duduk di rumah setinggan yang terpinggir, namun dengan jiwa waja dan kentalnya hari ini beliau memiliki satu perniagaan yang sangat besar. Kini beliau membeli apa sahaja yang tidak mampu dimilikinya dahulu. Ia merupakan salah satu contoh anak Melayu yang berjaya daripada bawah hingga kemuncaknya. Begitu juga Rozita Ibrahim, yang pernah menoreh getah seawal jam 2.00 pagi kini seorang jutawan herba. Siapa yang tidak kenal Sendayu Tinggi? Saya tertarik dengan Pn Rozita yang berpegang kata-kata Hina besi kerana karat, Hina manusia kerana melarat.

Berusahalah untuk mengubah nasib keluarga anda. Lihatlah dan tenunglah wajah anak-anak anda dalam-dalam, di situ akan timbul semangat. Sampai bila anda membiarkan mereka mewarisi segala kesusahan dan kemiskinan ini. Usahlah kita terus jadi tangan yang di bawah. Jadilah penyumbang dan penderma, bukan sebagai peminta yang menyebabkan maruah bangsa terus tercemar selama-lamanya.

Isnin, 16 Mac 2009

HARI PERTAMA CUTI SEKOLAH

BURUNG-BURUNG YANG DIJUAL DI PASAR PT SULONG NI MENARIK PERHATIAN
PELANGGAN


JALAN-JALAN HARI PERTAMA, INILAH YANG DIMINTA IKHWAN

BELIAU IALAH CIKGU KANDIR, CIKGU YANG MENGAJAR SAYA MASA SAYA SEKOLAH
DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENAGA SETIA
SEKARANG SUDAH BERSARA
ANAK-ANAK MURIDNYA SUDAH BERTEBARAN DI ATAS BUMI INI
SEMOGA CIKGU DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI


USAHAWAN MUDA SDRA ZAIDI- SEORANG YANG SANGAT
KOMITED DENGAN BISNESNYA DR SUKIDA. PENDUDUK
PT SULONG BOLEH MENDAPATKAN AIR BERSIH
DARIPADA BELIAU MELALUI TALIAN 019-789 2370



JIKA ANDA MEMBELI AIR DAN BOTOL
SEKALI 3 UNIT RM 10. TETAPI KALAU BAWA BOTOL SENDIRI SEBOTOL
SEPERTI DALAM GAMBAR DI ATAS CUMA RM 1. EH MURAH TU...AKU NAK BELI JUGAKLAH. KALAU NAK BELI PENAPIS AIR, ZAIDI ADA SEDIAKAN
BAYARAN ANSURAN...!!! SEMOGA ANDA MENCAPAI KEJAYAAN
ZAIDI. DULU AKU SATU SYARIKAT DALAM SURECO. SEKARANG MASING-MASING
BUAT SYARIKAT YANG BERBEZA.

LOKASI ZAIDI: DI DEPAN MINI MARKET ABDULLAH


Ahad, 15 Mac 2009

E-MEL KHAIRUL AZMAN

WAJAH KHAIRUL AZMAN 2009
CIKGU NORSILAWATI
ALIF HAIKAL
AISHAH
SYAKIR AIMAN

WAJAH KHAIRUL AZMAN PADA TAHUN 1994

MAK DATUK! BESARNYA RUMAH CIKGU KHAIRUL AZMAN & NORSILAWATI NI!!!

MACAM AKU TAK PERCAYA HOUSEMATE AKU KINI TINGGAL DI DALAM MAHLIGAI!!!
DULU MAKAN NASI LAUK ENTAH APA-APA!


Rumah kat kelantan kebanyakkan besar-besar belaka som bukan kerana kami ni kaya tapi kat sini kebanyakan barang-barang masih murah lagi kalu nak bandingkan kat negeri2 lain.Kuih muih masih boleh dibeli dengan harga RM1 untuk 5 biji. Kalau nasi pagi tu dalam lebih kurang RM1.50. nasi tengahari lebih kurang RM2.00.Pendek kata kalau duit RM5..00 tu masih boleh beli makanan untuk pagi dan tengahari. Tambahan pula kebanyakakan rumah-rumah besar kat kelantan ni rumah cikgu. bukan apa orang kelantan ramai yang jadi cikgu. Besar bukan nya apa, ini kerana kami dapat buat rumah dengan pinjaman kerajaan (Loan). Kebanyakan kami buat pinjaman dua-dua sekali (suami-isteri). Biasanya separuh-separuh. Lagi pun kat sini harga tanah masih murah lagi tak macam kat Johor atau KL agaknya. Harga upah tukang rumah pun masih murah lagi lebih kurang RM15 hingga RM17 sekaki persegi. Kami kat kelantan jarang bagi kontraktor buat rumah kami. Kebanyakan kami di sini cari tukang rumah, upah tukang sendiri, manakala bahan-bahan pembinaan kita orang cari dan oder sendiri dari kedai hardware. Murah dan jimat som.

Plan rumah kita buat sendiri kemudian kita upah tukang pelan untuk lukis kita punya plan. Belanja upah plan dan cop akitek lebih kurang RM700 hingga RM1000 je semua sekali siap. Kat sini harga tanah kalau kat kampung atau pinggir pekan tu lebih kurang 40 ribu hingga 60 ribu satu ekar. Kalau tanah yang telah dipecahkan lot pula antara 30 ribu hingga 40 ribu satu lot banglo. Lagi pun kat kelantan ni kebanyakan rumah-rumah pinjaman di buat di atas tanah sendiri iaitu tanah pemberian orang tua. Luas le sikit som. Aku masa nak buat rumah ni satu benda pun aku tak tau. Tapi aku tanya member sikit-sikit macammana nak buat rumah sebab aku tak nak bagi kontraktor buat. Bukannya payah som. sekarang ni kalau sapa-sapa suruh aku buat rumah memang aku boleh buat. Kalau kontraktor buat, 40ribu hingga 50ribu tu untuk untung dia saja, tak masuk upah tukang lagi. Kalau kita buat sendiri uang tu kita boleh beli banda-benda lain untuk rumah kita. Aku buat rumah ni untuk upah tukang lebih kurang 45 ribu. Yang lain tu semua untuk beli bahan-bahan pembinaan. Kalau kita buat sendiri kita bukan dapat rumah aja dengan pinjaman tu, tapi kita boleh beli barangan kelangkapan dalam rumah seperti perabot, langsir, kabinet dapur, pilihan untuk sink, tile, syiling dan macam-macam yang kita nak buat dengan rumah kita som. Itu lah kelebihan kalau kita buat rumah sendiri.

Untuk buat rumah kita memerlukan lesen kontraktor kelas F, tapi lesen tu kita boleh pinjam atau sewa dengan pemilik lesen. Kalau sewa lesen dalam lebih kurang RM1000 hingga RM2000 je som. Tapi kalau member kita bagi le saguhati dalam lebih kurang RM1000 je. Rumah aku ni aku combine loan dengan isteri aku RM100 000 sorang jadi 200 000. Tambah sikit untuk pagar RM12 000. Siap semua sekali dalam RM250 000 je. Tapi kalu bagi kontraktor aku agak lebih kurang 300 000 tak cukup kot. Rumah aku ni luasnya lebih kutang 2700 kaki persegi. Bilik aku buat 4 je, bukan apa untuk luaskan rung tamu ruang keluarga (3 ruang) senang nak buat kenduri kesyukuran.Ruang tamu 13' X 13' kaki persegi. Bilik air 3. Sebenarnya rumah aku ni aku bina pada bulan april tahun 2004 dan siap pada bulan mei 2005. lebih kurang 4 tahun le aku dok kat sini. Tapi ni bukan kampung asal aku. Kampung asal aku kat Pasir Mas. manakala lot rumah ni aku beli (combine loan dengan bini aku) RM25 ribu. Luas lot lebih kurang 7300 kaki persegi.

INILAH GAMBAR TERBARU CIKGU KHAIRUL AZMAN BIN AWANG AHMAD
DAN KELUARGA TERSAYANG. ISTERI BELIAU IALAH CIKGU NORSILAWATI MAHMOOD.

ANAK-ANAK KESAYANGAN CIKGU KHAIRUL AZMAN AWANG AHMAD-AISHAH,SYAKIR AIMAN DAN YANG KECIL SEKALI MUHAMMAD ALIF HAIKAL.
WAU!!! IMPIAN KHAIRUL UNTUK MEMILIKI MERCEDEZ
AKHIRNYA TERCAPAI....TAHNIAH KHAIRUL KALAU CIKGU ARIFIN SAFAWI JUMPA KHAIRUL MESTI TERKEJUT
"Nama wife aku Norsilawati Mahmood. Dia mengajar di SMK Sri Gunung. Sek. dia dekat je dgn rumah lebih kurang 400 meter. Kalau dok kat rumah nampak bumbung sek. dia. Anak sulung aku Aisyah baru Form 1, sek Agama Tok Bachok. Yang nombor 2 nama syakir Aiman djh 5, Yang ke3 namanya Muhammad Alif Haikal, dia ni agak nakal sikit tapi pandai juga la. Dia sekolah di sekolah aku mengajar. Yang no.2 tu sek kat sini je Sk Gunung. Kalau hang ada masa jom la datang ke kelate boleh makan nasi dengan budu... besttttt...."e-mel Khairul

Begitulah...pejam celik, pejam celik tau-tau masing-masing dah ada anak besar-besar. Betullah kata Khasfe Mohamad...rumah Khairul ni kira Mahligai. Tengok langsir pun kita dah tau...! Tapi Khairul ni
dari dulu sampai sekarang tetap peramah dan tersenyum sentiasa. Beruntungle Cikgu Norsilawati. Agaknya Khairul Azman ni tak pernah marah anak?

Khairul beritahu aku dia dah buat blog...alamat blog Khairul ialah http://kubangdakan.blogspot.com tetapi, sekarang belum ada artikel.Mungkin Khairul masih busy. Ni aku nak bagi tutorial...lihat semula label dalam blog aku...TIP BUAT BLOGSPOT. Semoga akhirnya Khairul dapat membina blognya sendiri dan dapat menulis segala peristiwa yang berlaku di tempat tinggalnya dan dunia keguruannya. Sama-samalah kita nantikan kemunculan http://kubangdakan.blogspot.com/

Khairul bertanya tentang Sdra Suraimi. Suraimi? Cikgu yang hebat tu. Apabila sesekali terdengar Lagu Ayam Den Lapeh nyanyian Anita Sarawak mesti ingat dia. Yang sedang tercari-cari Cikgu Khairul Azman yang kacak ni sila hubungi e-mel khairuldakan@gmail.com Nombor hand phone tak boleh bagi, nanti takut cikgu Norsilawati marah...hahaha

Dimumkan kepada Ustaz Halim Suparman,Cikgu Sarakal, Cikgu Ali Sairi, Cikgu Jamburi, Cikgu Sayuti (Sayete Kamdani), Cikgu Rahman Kadir/Cikgu Saptiah, Saleh Bontat, Rajah, Wak Sudi, Yazid, Lokman dan Razli dapat hubungi Cikgu Khairul Azman di talian 012-9522756.

Jumaat, 13 Mac 2009

JANGAN JADI MANGSA MANUSIA DURJANA


Sudah dua hari, aku tidak melihat peti e-melku. Alangkah terkejutnya aku malam ini, aku menerima 23 e-mel, dan 15 daripadanya berbentuk penipuan. Salah satunya, konon lelaki Eropah itu menerima wasiat berjuta dolar, sebahagiannya aku dikatakan memenangi loteri jutaan dolar, satu e-mel pula mendakwa- e-mel aku menerima cabutan bertuah dan menerima berjuta found sterling, dan kalau dikira bulan Feb dan Mac ini sahaja, kekayaan yang sepatutnya saya terima mengalahkan harta Bill Gates!!! Adakah mereka ingat aku ini terlalu dungu. Lalu, kerana aku ada sedikit masa, aku jawab e-mel itu" You dont think I am very stupid, you are pirate!!!hahahahahahaha" hendak cakap lebih-lebih, bahasa Inggeris aku pun berterabur!!!

Lagi teruk, penipuan yang dibuat oleh Pirate lagi satu ini. Dia kata daripada MAYBANK. Kononnya demi untuk keselamatan, aku kena tukar pasword aku untuk akaun Maybank2u aku. Pada hal, aku tidak pernah pun memiliki sebarang akaun Maybank!!! Kalau hendak menipu pun patut-patutlah saudara. Agaknya ramai yang telah jadi mangsa di sana? Bagus tu jadi mangsa...Pengalaman merupakan guru yang terbaik.

Dunia sekarang ini dipenuhi oleh lanun-lanun. Mereka berpakaian kemas dan berjawatan besar. Mereka menaiki kereta mewah. Mereka tidak lagi tinggal di pulau-pulau dan menyerang kapal laut. Mereka memiliki ilmu yang sangat tinggi. Sesiapa yang tidak berfikir panjang akan jadi mangsa. Dalam akhbar arus perdana, kita sehari-hari melihat mangsa merintih ditipu manusia-manusia ini. Terperangkapnya ramai wanita jelita dalam pengedaran dadah antarabangsa ialah satu contoh yang nyata. Ada yang sedang menjalani hukuman penjara dan risiko hukuman mati. Soalnya, mengapa kita terus menjadi mangsa?

Di tempat tinggal kita, kita didatangi lanun gores dan menang. Telah beribu-ribu orang menjadi mangsa. Kereta yang diidamkan cuma gambar sahaja, duit di dalam simpanan yang dikumpul bertahun-tahun ghaib dilarikan lanun-lanun itu.

Lebih parah lagi, anak-anak gadis kita menjadi mangsa lelaki-lelaki durjana. Mereka kehilangan segala-galanya, jiwa dan raga! Mereka terlalu mudah terbuai dengan pujukan yang mengalahkan pujukan hero hindustan. Ketika itu, menyesal kemudian, benar-benar sudah tiada gunanya! Barulah mereka memahami maksud peri bahasa " Sesal dahulu pendapatan..." yang mereka pelajari sewaktu di sekolah dahulu.

Dalam bisnes pun lagi banyak lanun. Lanun Skim Cepat Kayap sedang bermesyuarat sekarang ini. Tibalah saatnya mereka akan mencari mangsa dan melakukan keganasan. Mereka tidak pernah kasihan kepada kita. Berapa kali kita mesti masuk lubang yang sama? Pelaburan yang beribu-ribu dahulu, yang hilang begitu sahaja, belumkah menjadi pengajaran yang pedih buat kita? Kerajaan Albania hampir runtuh sedikit masa dahulu keran skim cepat kaya ini. Oleh itu hindarilah penganjur-penganjur skim cepat kaya ini seperti kita menjauhi orang yang sakit berjangkit. Mereka merupakan perosak masyarakat.

Selasa, 10 Mac 2009

TEMANKU MASROM JAIS

WAJAH MASROM JAIS 2009

MASROM JAIS BERSAMA TARWI SIKAT



GAMBAR TERBARU MASROM JAIS (JURAGAN)

Kawan karib saya di Pt Baru, ialah Masrom Bin Jais. Masrom dikenali oleh rakan-rakan sekelasnya di SMKSM-1984 SMK SERI MEDAN sebagai JURAGAN. Lahir pada 8.8.1967, kini menetap di Kota Tinggi. Kini beliau ingin menjejaki kawan-kawan lama yang sekelas di 5 Perdagangan 2 SMKSM 1984 itu. Sesiapa yang ingin menghubunginya smskan no tel kepada saya di talian di atas.

Waktu kecil-kecil dulu saya selalu memancing ikan keli dengannya di Parit Sarkun bersama adiknya Abadi Jais. Saya selalu juga tidur di rumah Masrom. Paling nostalgik ialah semasa bulan Ramadhan. Masrom biasanya bersembahyang Terawih di sebelah saya. Bulan puasa di kampung Pt Baru waktu itu sangat meriah. Selepas solat Terawih anak-anak muda bermain galah ehingga malam. Sebelum itu kami akan mengetuk 'kentung' bertalu-talu. Kampung-kampung lain pun begitu juga seperti Pt Singgahan, Pt Jayus dan Parit Basri. Suara itu dapat didengar di sana-sini.

Setiap lepas Terawih juga, kami akan makan kuih-muih yang dibawa. Biasanya setiap malam, bergilir-gilir sebanyak empat keluarga. Biasanya kami makan kuih, bubur kacang, keladi goreng, pisang goreng. Waktu itu kami rasa makanan seperti itu sangat sedap, hinggakan kami berebut-rebut.



Sekarang apabila balik kampung keadaan itu telah berubah. Kanak-kanak sudah tidak hairan melihat kuih-muih seperti itu. Yalah, sekarang zaman orang makan burger, fiza, hot dog. Semua itu kini jadi kenangan indah buat kami anak-anak Parit Baru Seri Medan.

Setiap kali cuti, Masrom akan datang ke tempat saya dan mengajak berbual-bual tentang cerita dulu-dulu. Saya memang susah untuk ke rumahnya di Kota Tinggi. Dahulu semasa bujang saya kerap ke sana. Sekarang sudah mula takut untuk memandu jauh-jauh. Mata pun dah mula silau dek cahaya lampu kereta yang sekarang ini bermacam-macam jenis.



Semoga sahabatku Masrom terus berjaya dalam kerjayanya dalam perniagaan yang diceburi-jual beli hartanah dan bahagia di samping anak dan isteri tercinta.

Sabtu, 7 Mac 2009

HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Isnin ini ialah 12 Rabiul Awal 1430 hijrah. Mengenang kembali perjuangan Nabi Muhammmad S.A.W Baginda merupakan idola para pejuang, bahawa untuk berjaya di dunia dan di akhirat kita mestilah bekerja keras siang dan malam. Walaupun baginda seorang Rasul pilihan, baginda tetap berusaha keras untuk menegakkan agama Allah, dan bukan diam di mesjid semata-mata berdoa sahaja mengharapkan bantuan Allah, tetapi baginda turun padang memperjuangkan dengan harta dan jiwa raganya untuk kebesaran agama Allah.

Hari ini masih ada insan-insan yang menghina baginda dari Belanda, Denmark dan seluruh pelosok dunia ini. Kita mesti membela dengan tegas sebaimana Ayatullah Khomeini memberi amaran keras kepada penghinaan munafik Salman Rusdie beberapa tahun yang lalu.

Sebelum nabi lahir, manusia di alam kegelapan yang dahsyat. Anak-anak perempuan dibunuh kerana kelahiran mereka dikatakan bakal menghina keluarga. Bayangkan anak-anak kecil di tanam di dalam tanah tanpa belas kasihan. Baginda meletakkan wanita setinggi kurniaan.

Hari ini manusia kembali ke alam kejahilan. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan dibunuh di dalam tong sampah, longkang, sungai, di bawah pokok kelapa sawit, dicampak dari rumah pangsa. Nyawa bayi ini sudah tidak ada nilai. Kini manusia bertuhankan nafsu dan harta benda. Hati manusia sudah diseliputi kehitaman syaitan yang maha pekat dan dahsyat.

Al-Quran semakin dilupakan. Apabila dibacakan akan diperlekeh dengan pelbagai sendaan. Ingatlah bahawa kita ini akan menjadi semakin parah jika kita terus membiarkan umat dibelenggu kedunguan. Carilah ilmu Allah di mana-mana. Terangilah hati kita dengan cahaya keimanan dan kebenaran. Apakah kita mahu mengikuti jejak langkah Firaun, Qarun, Namrud dan Kaum Tsamud? Sejarah akan berulang. Semoga kita berada di kalangan orang-orang yang mengikut jalan yang telah dirintis oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan bukan jalan-jalan orang yang telah sesat dan menyesatkan.

Jumaat, 6 Mac 2009

PASAR MINGGU/ PASAR MALAM

PASAR SABTU PT SULONG

PT SULONG

PT SULONG
Siapa yang tak kenal Pekan Parit Sulong? Pasarnya yang diadakan setiap pagi Sabtu sangat meriah sepanjang tahun. Jika anda kuat berjalan, ronda-rondalah pasar ini. Macam-macam ada. Hasil kampung seperti pekasam (wadik), ulam-ulam, ubat-ubat, ikan air tawar, jagung rebus, pakaian, dan pelbagai lagi. Yang datang berniaga pun datang dari pelbagai tempat. Ada yang dari Minangkabau, Kampuchea dan penduduk setempat. Kepada yang baru nak belajar berniaga pasar lambak, Parit Sulong sangat sesuai kerana banyak tempat kita boleh pasang payung. Jangan ambil tempat orang dahlah. Nanti gaduh. Kalau di Seri Medan (pagi Ahad), Pt Yaani (pagi selasa), Tongkang Pechah (pagi rabu) , tempat berniaga di pasar di pekan-pekan itu terhad. Siapa lambat, gigit jari ajelah. Tapi Pt Sulong tidak, banyak tempat kita boleh berniaga. Tetapi kalau perlukan kawasan luas seperti jual bundle kenalah tengok-tengok dulu dua, tiga minggu. Kalau setakat nak jual semeja dua bila-bila masa.

Pasar malam yang popular pula dekat kawasan ini ialah Pasar Malam Taman Sri Sulong (Ahad malam Isnin) dan Pasar Malam Pt Tengah Batu 18 (Sabtu malam Ahad). Di sanalah tempat penduduk membeli barang keperluan seperti ikan basah, sayur-sayuran dan seumpamanya.Nak merasa lauk-lauk ala kampung datanglah Pasar Parit Tengah.

Selasa, 3 Mac 2009

CERITA OYA!!!

Dalam diam kini kita telah berada dalam bulan MAC 2009. Begitulah pantas masa ini berlalu. Masa ialah usia kita. Jika kita menyia-nyiakannya bermakna kita telah merugikan usia kita. Sebab tu Allah berfirman DEMI MASA.

Sepanjang bekerja sebagai pendidik, aku dapati murid sangat suka dengan kaedah BERCERITA. Antara cerita yang paling mereka gemari ialah cerita OYA! Aku pun dah lupa apa tajuk buku itu.
Tetapi pelajar-pelajarku dulu di SMK PENGHULU SAAD, sangat suka dengan cerita ini. Hinggakan kini mereka telah ramai di universiti dan kolej, apabila berjumpa aku, pasti dari jauh mereka tersenyum-senyum, dan aku faham bahawa mereka ingat benar dengan cerita OYA itu.

Ceritanya tidak panjang mana. Cerita itu telah aku ubah sebenarnya. Presiden Bush suatu hari dijemput oleh orang Red Indian untuk berpidato di kampung mereka sambil merasmikan sesuatu projek utama untuk mereka.

Maka Bush pun disambut dengan begitu meriah sesuai dengan adat-adat orang Red Indian. Bush dipersilakan berucap selaku Ketua negara yang berpengaruh. Wajah orang Red Indian itu begitu ceria, almaklumlah inilah kali pertama seorang presiden datang ke kampung mereka.

Tibalah saat BUSH berucap. Walaupun BUSH seorang pemidato kelas C, tetapi pada petang itu
Bush begitu berkobar-kobar, mungkin kerana tenteranya di Iraq baru dapat memberkas Saadam Hussein dalam lubang tikus.

Setiap hujah yang Bush sampaikan menerima tepukan gemuruh dan pekikan OYA! OYA! Bush semakin bersemangat. Suaranya seperti halilintar membelah bumi, walaupun pidatonya tidak sebaik Sukarno. Jeritan OYA dan diselang seli dengan tepukan menjadikan Bush begitu rasa dihormati dan disanjungi penduduk Red Indian itu.

Akhirnya setelah jamuan daging panggang dan makanan Red Indian yang lain. Tibalah saat Bush meninggalkan perkampungan itu. Ketua Kampung mengiringi Bush dengan menaiki kereta kuda. Tetapi kereta itu tidak dapat bergerak dengan laju kerana jalan itu beralun dan bengkang bengkuk. Maka ketua Kampung orang Red Indian itu berkata kepada Bush.

"Tuan Bush, apabila kita lalu di sini, kita kena berhati-hati" ujarnya " Kenapa perlu berhati-hati?"tanya Bush tak sabar " Jalan ini bahaya dan banyak OYA "
" Oya? Oya tu apa?"tanya bush dengan lebih tidak sabar
" Oya tu ialah TAHI LEMBU!!!!!"
"???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
PENGAJARANNYA: USAH TERLALU PERCAYA PADA TANGGAPAN ORANG