Ahad, 3 Januari 2010

FACEBOOK PEROSAK RUMAH TANGGA

FACEBOOK dapat menemukan semula dengan teman-teman lama. FACEBOOK seperti dadah, ia digunakan dalam perubatan, namun ramai juga yang rosak kerananya. METRO AHAD hari ini mengetengahkan keluhan seorang suami tentang isteri yang ketagih FACEBOOK. Di luar sana ramai juga isteri merana kerana suami gila FACEBOOK. Maka gunakanlah FACEBOOK dengan sebaik-baiknya, jangan sampai ia merosakkan masa depan anda kerana dakwaan FACEBOOK adalah agen YAHUDI memang ada benarnya. ENTRI saya 2010 ini memang keras bunyinya sesuai dengan angka 44. Saya tidak peduli apa, yang penting ALLAH S.W.T tahu saya tidak bersalah. Yang paling dahsyat FACEBOOK digunakan oleh agen-agen barat untuk cuba menumbangkan kerajaan Ahmadeejad Iran pada tahun 2009.
Klik untuk lebih JELAS

11 ulasan:

SAM73 berkata...

astagfirllahalazimm....nauzubilahiminzalik... jgn la kita tergolong dlm golongan itu.

memang tidak dinafikan FB boleh "memakan" diri sendiri.. sebab itu sebelum terus "membunuh" rumahtangga sendiri, setkan kt minda bahawa kita dah berkahwin, ada anak, suami kita dah banyak berkorban utk kita, sedia menerima kita seadanya dr dulu kini & selamanya.

Betul jugak pendpt si Dang setia ni.. ada baiknya kalau suami diberitahu password FB tu klu dh mcm tu keadaan dia. Sama-sama jd rakan dlm friendlist.

Skrg pun FB dh boleh settingkan mana2 gmbr yg boleh kita invisiblekan pd org2 tertentu..

Kalau aku..ipar duai, rakan2 suami pun ramai kt friendlist tu.. baik buruk yg aku buat, tentu diorg boleh nilai.. so, insyaAllah.. masih di landasan yg benar.

~ Mummy Gee ~ berkata...

Setiap benda ada pro dan con nye. Kita tak boleh nak salahkan FB kalau ada orang yang ketagih atau bercerai keranaya. Sebab masih banyak orang yang mendapat kebaikan daripada FB. Pokok pangkalnya hati. Sendiri mau ingat la. Pasal berita kat metro tu, saya bukan nak sokong si suami atau si isteri, tapi sisuami ada siasat tak kenapa isteri dia boleh ketagih FB jgn terus nak menyalahkan sesiapa.

SAM73 berkata...

ya betul tu Mummy Gee, ramai di antara mereka yg suka meluahkan emosi di FB ni rata2 disebabkan salah suami/isteri sendiri yg terlalu sibuk tak bertempat hingga pasangan rasa terabai dan akhirnya mereka mencari alternatif lain utk meluahkan masalah mereka.
So, si suami sepatutnya berusaha utk kembalikan kebahagiaan itu sbgmana zmn bercinta sebelum cemburu membabi buta dan menyalahkan pihak ketiga.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Buat mase ni nggak terbuka lagi hati utk register FB....

Mama Miraki berkata...

alah sendiri mau ingat lah....bagi saya FB ni setakat untuk suka2 aje. kawan2 dalam FB ni pun kebanyakkannya adik beradik, ipar duai dan anak2 saudara aje....hubby pun tau password FB ni..siap tolong mainkan Vampire & mafia lagi..heheehehhehe......

Alhamdulillah setakat ni tak ada apa2 kesan2 negatif. Tepuk dada tanya seleralah.....

SAM73 berkata...

Senduduk ~ ada baiknya you tak payah berFB sampai bila2.. kalau dah addict susah jadinya..

MSOM berkata...

Eh? Aku tak kata korang tau, cuma aku takut korang lupa nak masak, lupa nak hidangkan secawan kopi kepada suami, anak2 tak mandi dan comot. Paling aku takut bila ada bekas boyfrend call,maka terimbas kembali zaman hisdustan berkejar2ran masa kat U dulu ke?

Azam aku,
2010 ni tahun aku nak provokasi korang semua dan pembaca yang belum masuk gelanggang.

Senduduk blum daftar, entah2 ngko guna nama Sendayan tak?

Esok ni aku busy, kerja dah bertimbun, jadi aku nak cuti seminggu. Black and white terlalu banyak sekarng kerja sebagai guru ni. Rasa2 nak bukak kilang Kicap lagi senang.

Berbalik pada FACEBOOK ni kalau rasa ia berfaedah kepada korang teruskan. Asalkan tak melanggar akidah sudah.

Jangan pula minggu depan ada Suami atau Isteri yang mengadu kat METRO AHAD dengan masalah yg lebih kronik tentng masalah FACEBOOK ni.

Paling PARAH korang gunakan internet di Pejabat atau Tempat Kerja, ha...kat situ lagi ada nilai-nilai yang tak baik dan patut dihentikan kerana kita telah mencuri tulang dan menmbahkan bil elektrik pejabat kita.

en_me berkata...

hepi belated besday abang mat som ittewww.. mugo mugo dimurahkan rejeki sentiasa.. aminnn

MSOM berkata...

Tkasih.......En Me....

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Hehehe... nggak ahhhh....
Nggak sempet arep register...

Azham berkata...

http://amsuda.blogspot.com/2009/10/facebook-agenda-yahudi.html

...malas la nak cakap pasal FB nie..dah macam2 dapat berita tentang FB nie..