MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 2 Januari 2010

HARI LAHIR KE-44


Hari ini hari lahir aku yang ke-44 tahun. Inilah hadiah daripada Isteriku Hamidah. Hamidah mengharapkan suaminya ini terus komited menjadi pendidik. Siapa yang tidak takut menghadapi hari-hari yang beransur tua. Seorang sahabatku, Halim Taib menulis dalam Facebook, Matsom, 44 itu hanya angka-angka. Teruskan semangat anda! 44 ni nombor rumah emak aku di XXXXXXXXXXX Orang Cina takut dengan angka 44 ni. Syukur, Allah S.W.T masih memberiku waktu untuk bernafas di bumi yang indah ini. Kalau Allah S.W.T ingin memendekkan umurku, mungkin aku sudah terkorban di hutan Jengka 1987 dahulu, atau tragedi kereta terbalik di dalam parit di Batu 21 Jln Muar Yong Peng pada 30 Oktober 2004, dan banyak lagi peristiwa yang hampir aku menjadi sirna. Allah masih kasihan dan sayangkan aku, isteri dan anak-anakku yang masih perlukan aku sebagai pelindung.

7 ulasan:

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Happppy Besday Bro...
Moga diberkati segala2nyer...
Mula start sekolah 4 Jan nanti leh la pakai baju hadiah tuh...

Mama Miraki berkata...

oooooo naik sekolah nanti pakai baju baru...macam murid2 juga yea...serba baru

MSOM berkata...

Setiap kali berganti tahun, umur saya meningkat, tu yang ngeri sikit tu, amal pun belum banyak lagi.

Itu hanya angka-angka, apa2 pun saya telah melepasi uMur genting 40tahun.

Teman Setia Anis berkata...

Hee.. Bila aku tengok hadiah tu sama macam aku bagi hadiah D.R aku tahun lepas.. Nanti bila kita jumpa insallah adalah hadiah untuk uncle MSom ya... Lambat sikitlah ya...

MSOM berkata...

Ala Anis, jgn susah2 dengan Cik ni, hadiah Anis yang lepas2 tu dah terlalu banyak dah bagi kat Cik ni. PLANER ROLEX tu hari2 Cik guna simpan data utk bisnes MLM cik Anis.

SAM73 berkata...

Happy birthday... amboiiii siap bg alamat lengkap kt alam maya ni bang oiiii!!! Kang org colek mak aku kt kg aku salahkn ko!

Pandainya Kak Ida menjaga hati suami, moga rumahtangga berkekalan hingga ke syurga..itu dia beli depan ko ke main sembunyi2... aku kalau bab bg hadiah kt suami ni selalu buntu, kdg berpusing satu jusco tp tak jumpa2.. last2 akhirnya telefon dia dan tanya dia nk apa??

YIN berkata...

Selamat Kembali Ke Sekolah
Hari pertama persekolahan PPD atau JPNJ akan memantau sekolah. ( Cukup ke pegawai di JPNJ )Namun persediaan perlu dilakukan. Aku yg kononnya PK Kokurikulum mau tak mau mesti ada di sekolah. Orang rumah aku pun kena ada kat sekolah.
Yang menjadi mangsa satu2nya anak kesayangan aku akan melangkah ke tahun1 namun aku sebagai parent tak dapat nak menghantarnya macam arwah abah aku hantar dan tunggu aku hampir sebulan masa aku masuk darjah 1. Har bersejarahnya tak dapat bersama-sama. Terpaksa kirim kat jiran yg kebetulan mengajar di sana untuk tengok2kan. Maafkan papa dan mama Harith. Nak buat macam mana....????