Ahad, 10 Januari 2010

YANG KAYA SEMAKIN KAYA, YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN


Saudaraku Masngut baru sahaja balik dari negara tercintanya beberapa minggu yang lalu. Gembira kerana dapat bertemu anak isteri setelah dua tahun bekerja sebagai pemetik kelapa sawit di Seri Medan. Dalam kegembiraan itu, dia melahirkan kekecewaan terhadap perkhidmatan hospital di Indonesia yang menekan golongan rakyat bawahan sepertinya.

Apa tidaknya, anaknya demam panas dan cuma berada lima hari di hospital milik kerajaan dikenakan RM 800.00 duit kita. Nasib baik dia kerja di sini, bagaimana mereka yang cuma kerja bertani atau kerja kilang di sana dengan gaji RM 4.00 sehari untuk membiayai bil hospital itu? Jika kita di sini mungkin bayaran lima hari di wad biasa dalam lingkungan RM 100 ke bawah. Itu pun kalau merayu akan diturunkan lagi.

Pernah aku menonton satu drama Indonesia, ada sepasang suami isteri tidak dapat membawa bayinya pulang kerana mereka belum menjelaskan bil hospital. Rupa-rupanya Masngut kata, untuk setiap melahirkan bayi, kos yang diperlukan ialah sebanyak RM 400.00 duit kita. Jika bayaran seperti ini dikenakan di Malaysia, pasti ramai yang bersalin di rumah dengan dukun-dukun kampung. Bukan semua orang mampu untuk mengeluarkan biaya sebanyak itu.

Beberapa tahun dahulu kedengaran akan berlakunya penswastaan hospital di negara kita. Akibat tekanan oleh rakyat, akhirnya isu itu senyap begitu sahaja.

Yang terjadi sekarang, bayaran yuran di sekolah sudah mula membebankan mereka yang mempunyai anak yang ramai. Ia terus menjadi polemik yang tiada berkesudahan. Maka tugas kita ialah bersuara supaya kita hidup selesa dan tidak tertekan. Pihak pemerintah seharusnya terus menjadi pembela rakyat dan bukan mementingkan keuntungan sebagaimana yang berlaku di negara jiran itu. Ia semua rentetan pemerintahan Suharto yang mendahulukan kantung para kroninya. Oleh sebab ia telah berakar umbi, maka amatlah sukar untuk membuang barah yang semakin parah itu.

6 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Aku kadangkala rasa tidak puas hati dengan layanan yang aku anggap terlalu baik oleh kerajaan kita terhadap warga asing... sedangkan rakyat kita di negara mereka tidak mendapat layanan seperti mana mereka dapat di negara kita. Paling aku geram dan menyampah dengan Awang Gelap yang semakin berani melakukan jenayah dan gejala sosial di Malaysia. Seorang student M'sia di Lim Kokwing menulis surat kepada aku yg rasa terancam belajar di sana kerana ia dikuasai oleh orang2 Awang Gelap yg bukan belajar tetapi menggunakan kemudahan sebagai pelajar asing dan membuat onar di kolej dan asrama.

MSOM berkata...

Tak taulah kenapa warga asing begitu ramai di negara kita. Jika YIN pergi ke Rantau Panjang, sungai Golok tu boleh diseberangi dengan mudah oleh budak kecil sekali pun. Apatah lagi Awang Gelap yang bertubuh sasa.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Kalau RM800 duit kita di sana memang lumayan sungguh kok...
Waduh2... bukan bertambah sihat, malah boleh bertambah2 sakit dibuatnya itu..

~ Mummy Gee ~ berkata...

Anak bibik saya 2 hari masuk hosp. Meninggal hari ke 2. Kos hosp dan sewa bawak balik jenazah 2.5 juta... hampir RM900 tu...memang mahal sesangat tu yang ramai x dapatkan rawatan walaupun sakit... x mampu walau g hosp gomen

MSOM berkata...

Ya, begitulah ruwetnya kehidupan di sana. Di sana sini sudahlah pelbagai bencana menimpa mereka, kok mau hantar mayet pun kena bayaran begituan banyaknya. Hidup susah, mati lagi manyak susah ya! Belanda sudah lama pergi, tapi konco-konconya masih ramai menggerogoti ekonomi rakyat biasa itu.

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Apa yang aku bimbang rasuah di M'sia tidak dapat dibendung... mungkin ramai yang tidak sedar atau malas nak amblik tau coz suara kita tak sampai kemana... yang paling takut nanti ke ISA.
Contoh kalau kat kampung dapat projek YB RM 5000.00 yang sampai cuma RM3500.00 ( maksimum ). Kemana perginya RM 1500.00 ??? Lu sendiri fikirla...