Khamis, 25 Februari 2010

KELUARGA SAKINAH

Hari ini tiba-tiba sahaja, idea menjadi tumpul. Lantaran itu, aku melayari blog demi blog dari seantero dunia. Macam-macam yang mereka tulis. Kebanyakan penulis blog itu menceritakan tentang persekitaran kehidupan mereka,anak-anak yang mula membesar, yang belum berumah tangga pula memerihalkan teman-teman sekerja, teman seuniversiti dan sepengajian.

Lalu aku terfikir, bagaimana nasib insan-insan yang masih bergelut dengan perjuangan untuk memperoleh sesuap makanan pun tidak mencukupi, inikan pula hendak melanggan talian internet? Khasnya penduduk di negara-negara Afrika? Atau insan-insan di negara yang belum mempunyai kemudahan elektrik? Seperti waktu negara kita pada tahun 70-an dahulu? Waktu itu, meskipun kita masih mundur, namun kita masih boleh menonton pertarungan antara Legenda Mohammad Ali dengan Joe Bugner ATAU Joe Frazier.

Yang anehnya, walaupun Afrika dikatakan agak terkebelakang, tetapi Awang Hitam yang berada di negara kita, boleh menguasai internet dan menipu sebahagian warga Malaysia. Sehingga mereka menyamar dengan pelbagai personaliti dari Hong Kong, Korea dan sebagainya, lalu menipu gadis-gadis Malaysia. Jumlah kerugian bukan sedikit, malah berjuta-juta RM sudah lesap begitu sahaja. Emel-emel yang kita terima saban hari, 99.99% ingin menipu kita dengan pelbagai modes operandi, datangnya dari benua tersebut. Setiap hari kita terpksa melakukan kerja baru, iaitu menDELETE PULUHAN emel itu, sampai lenguh tangan ini dibuatnya!

Amatlah malang, kalau saban hari kita mendengar berita, ada rakyat kita terpesona dengan AYAT-AYAT CINTA Awang Hitam tersebut. Sehingga seorang gadis berada sanggup menyerahkan duit hampir RM 500 000 kepada mereka? Adakah lelaki Malaysia ini kurang macho? Ditambah pula gadis-gadis jelita yang sanggup lari ke Lombok semata-mata ingin mencari cinta sejati? Entahlah!

Buat kalian, para isteri dan suami, marilah luangkan 9 minit untuk mendengar TAZKIRAH ini, almaklumlah kadang-kadang kita mula EGO dengan diri kita: Jom!

Usah Berkata "Kalaulah..."

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan akhirat) dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa.

Jika ditimpa sesuatu janganlah berkata

" Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"

Akan tetapi katakanlah,
" Takdir Allah, dan Allah berbuat sesuatu sekehendak-Nya".


Sesungguhnya kata-kata "Kalaulah" hanya membuka jalan bagi SYAITAN untuk berbuat sesuatu...

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a

Selasa, 23 Februari 2010

ROTI NAN KACANG POL

ROTI NAN KACANG POL

HASIL CIPTAAN EN MAHADI & KAK LIMAH

LOKASI GERAI M4 BENTENG JLN PESERAI

DI HADAPAN HOSPITAL PUTRA

Petang Sabtu 20 Februari, sebelum kami berangkat ke Batu Pahat. MMiror ada menelefon aku, biasalah mesti ada perkara penting.

Petang itu aku ingin menikmati makanan yang lain daripada yang lain. Teringat Abang Mahadi ada menyediakan menu Roti Nan Kacang Pol. Isteri dan anak-anak aku minat makanan lain. Rasanya saling tak tumpah seperti Roti Nan kat Parit Sulong.

Ahad, 21 Februari 2010

DOA MENGUATKAN INGATAN


BOLEH COPY DAN SAVE/PRINT


Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Maha Suci Allah, Dan segala pujian bagi Allah, Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar (Maha Berkuasa) Tidak ada kekuasaan
dan Kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang mulia, Yang mengetahui sebanyak bilangan huruf yang tertulis sepanjang zaman"



Doa ini sangat sesuai bagi anda yang sedang belajar dan menghafal sesuatu. Sangat berguna untuk mereka yang sedang menelaah mata pelajaran dan ilmu sama ada anda di sekolah atau di pusat pengajian tinggi dan di sekolah-sekolah pengajian agama.

Doa ini saya peroleh daripada Ustaz Ayub di MPTI, Johor Bahru tahun 1985 dahulu. Doa asal sudah berwarna cokelat. Saya cuba tulis balik, ternyata tangan saya begitu kaku untuk menulis seni khat itu, kalau kalian pakar tulisan khat, usah lupa emel dan attach file kepada saya, biar saya siarkan di sini dengan lebih indah dan jelas.

Sabtu, 20 Februari 2010

CARA-CARA UPLOAD VIDEO KE BLOGSPOT



video
Hari ini aku demam selesema sikit (insya Allah bukan H1N1 ), tetapi oleh sebab dua orang pelanggan dari Lahad Datu dan Gemas tidak sabar-sabar hendak merasa Kopi Kelapa Dara, dan ingin membantu masalah mereka dengan segera, maka kugagahi jua untuk mengeposkan produk itu secara POSLAJU. Dalam perjalanan ringkas dari parking ke Pejabat Pos Parit Sulong itu, aku sempat merakamkan kemeriahan Pasar Sabtu Parit Sulong. Tanpa kuduga aku menemui Sdra Razak Ithnain (teman MLM yang juga adik ipar Abang Yin) yang kini menjadi ADO di Johor Bahru.

Ada yang tidak tahu lagi Bagimana hendak upload Video?


  • Klik START pada komputer (WARNA HIJAU kat bawah tu!
  • Klik PROGRAM
  • Klik Windows Movie Maker
  • Kalau nak masuk gambar-insert picture
  • Kalau nak masuk video-klik insert video
  • COPY dan PASTE gambar ke petak di bawah satu demi satu
  • Proses gambar EDIT MOVIE tak nak pun tak apa
  • Kalau movie nak bubuh tajuk ADD TITLE
  • Akhir sekali FINISH MOVIE- Save To My Computer
  •  
Gambar foto kita yang biasa (bukan video) boleh juga dijadikan slaid melalui movie maker ini.

Baiklah seterusnya murid-murid, kalian pergilah kat post blog kita- kat atas pos/catatan
pada gambar FILEM-KLIK kat situ (sebelah upload gambar tu)Apa lagi BROWSE- pilihlah Video anda..dalam My Video tu, (my Video dalam My Document) Akhir sekali sudah selesai...terbitkan catatan macam biasa...ok!
Kalau belum berjaya, CUBA lagi..cuba lagi...bukan COBAAN!

Jumaat, 19 Februari 2010

ADAB SOPAN SEORANG ISTERI

(Cuti yang berbaki ini, aku luangkan masa membaca buku BIMBINGAN MUKMIN hasil pemikiran Imam Ghazali yang tersohor sepanjang zaman. Alangkah moleknya aku kongsikan bersama kalian.

Kata-kata di bawah sangat popular dalam buku-buku bab perkahwinan.)
Pesanan Asma binti Kharijah Fazari kepada anak perempuannya pada hari pernikahan anaknya itu:

Wahai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan dan dibesarkan.Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali dan engkau harus bersama-sama dengan seseorang yang belum engkau kenali.. Itulah suamimu.

* Jadilah engkau seperti tanah untuknya dan dia akan menjadi sebagai langitmu.

* Jadilah engkau sebagai lantai unutukknya dan dia akan menjadi tiang untukmu.

* Janganlah engkau membebankannya dengan pelbagai kesukaran kerana dengan itu, akan menyebabkan dia lari meninggalkan engkau..

* Janganlah engkau terlalu jauh darinya supaya dia tidak melupakan engkau. Tetapi kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan sekiranyadia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik.

* Peliharalah suamimu elok-elok; hidungnya,pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah sehingga dia mencium sesuatu padamu,kecuali yang harum-harum sahaja, jangan pula dia mendengar sesuatu melainkan yang enak-enak belaka, janganlah pula dia melihat sesuatu melainkan yang indah-indah sahaja pada dirimu..

(Hari ini banyak rumah tangga porak peranda kerana masing-masing sudah mula lupa tanggung jawab. Mereka juga lupa adab sopan bersama pasangan. Kes perceraian meningkat dengan begitu mendadak. Rekod terhebat, diceraikan selepas beberapa detik selepas bernikah! Ayuh baca lagi buku Imam Ghazali ini.....)

Isteri itu seelok-eloknya hendaklah banyak duduk di rumah. Hendaklah mengurangi banyak berborak dengan jirannya. Janganlah memasuki rumah jirannya melainkan di dalam keadaan yang mengHARUSkan dia masuk ke sana. (Apatah lagi ada wanita yang bertandang sehari sampai lima kali, apa tak rimas jiran kita?)

Isteri hendaklah menjaga suaminya dengan baik, sama ada ia ada di rumah atau sebaliknya. Hendaklah diusahakan agar suaminya selalu gembira dalam segala hal. Usahlah isteri mengkhianati dirinya sendiri, ataupun harta suaminya. Usahlah isteri keluar rumah melainkan dengan izin suaminya.

Jika suami telah izinkan keluar, hendaklah isteri itu berjalan tidak sembunyi-sembunyi, berpakaian sederhana, tidak memamerkan tubuh dan pakaiannya. (Contohnya agaknya jalan gedik macam model?) Carilah tempat yang bukan bersesak-sesak. Hindari diri daripada bercakap-cakap dengan lelaki bukan muhrim.

Yang paling penting, rumahnya harus sentiasa bersih dan menenangkan. Ibadahnya dijaga terutama solat dan puasa dan lain-lainnya.

Apabila ada kawan suaminya datang di depan pintu mencari suaminya, seelok-eloknya elakkan bertanya yang bukan-bukan. Jawab sahaja "Suami saya pergi....." usah bercakap panjang-panjang.

(Pada hujung tajuk itu, aku menemui lagi nasihat Imam Ghazali):

Jika rumah tangga ingin sentiasa TENANG:

  • Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana memiliki kesempurnaan dan kecantikan.
  • Jangan pula menghina suami kerana dia buruk rupa, hodoh wajahnya (suami orang kononnya hensem giler, suami aku ni kenapalah macam tu!)
  • Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.
  • Menahan diri daripada berbuat segala sesuatu waktu suaminya tiada di rumah.
  • Menunjukkan sikap yang jernih, tenang, maka bermain-main dan lapang dada maka menyebabkan suami itu tenang dan senang di rumah


(Masalahnya sekarang ni........isteri-isteri mula mempertikaikan saranan ulamak. Malah ada yang mempertikaikan saranan Nabi. Kenapa terjadi begitu? Kerana silap suami sendiri. Antara yang mesti suami tahu ialah, SUAMI MESTI MENGAJAR HAL-HAL AGAMA KEPADA ISTERINYA, JIKA DIA TIDAK MAHIR, MAKA HARUS MENGHANTAR ISTERINYA PERGI KE KULIAH AGAMA, BELIKAN BUKU-BUKU, VCD DAN SEBAGAINYA. Masalahnya, suami sendiri tidak solat, MAKA terjadilah yang berlaku hari ini. Beribu-ribu isteri diceraikan. Implikasinya, ramailah ANAK-ANAK yang TERBIAR. Maka semakin rosaklah orang Islam kita. Di situlah lahirnya peragut, pembunuh, perompak kerana mereka terabai semasa kecil lagi! SEKIAN......OMELAN aku pada pagi Jumaat yang mulia ini.......)

Rabu, 17 Februari 2010

ATTACH FILE DAN KEGUNAANNYA



Sewaktu AKU mengunjungi kedai komputer tempoh hari AKU bertanya tuan kedai
" Taukey, ada jual disket tak?"
" Aiya! Sekalang mana ada jual itu balang, olang sula tak ada pakai! Sekalang ha, orang guna pendrive!"
" Betul..betul, saya tau, pendrive selalu banyak virus"
" Apa susah, kasi scanla"
" Awak cakap macam senang je scan virus"
" Lu hantar sini, wa bikinla"

Malam itu, aku teringat tentang ATTACH FILE yang diajar oleh HJ SUNAN. Mentor pertama aku dalam bidang IT. Aku kagum, walaupun beliau kerja kampung, tanam sawit, tapi beliaulah yang mula-mula ada laman web kat Sri Medan tu.

Apabila aku godek-godek email tu, aku cuba-cuba ATTACH FILE sangat banyak kegunaannya!
JANGAN-JANGAN kalian tak tau apa itu ATTACH FILE. Segala WORD, POWER POINT, GAMBAR, aku ATTACH FILEkan dalam emel. Cara ATTACH FILE:

1. Masuk emel
2. Tulis macam biasa, alamat penerima emel, Tajuk
3. Ok klik pada petak ATTACH FILE
4. Pilih FILE word, power point, mypicture dll
5. Browse, ada 5 tu ATTACH FILE 1 BOLEH maksima 5
6. Dah ok semua SENT lah kat siapa-siapa

Bagi aku seorang guru, aku dah tak payah simpan dalam pendrive apalagi disket yang out of date
tu. Aku taip kerja yang menimbun kat rumah tu, lepas tu aku simpan dalam attach file tadi. Aku sent kepada emel aku yang kedua. Atau aku MOVE emel yang aku dah sent kepada orang lain.
Apa pula MOVE tu? Hj Sunan juga yang ajar ni, MOVE ni untuk simpan emel-emel kita ni, kita klik petak emel pilihan kita, kita simpan dlm MOVE. MOVE emel ni macam simpanan fail-fail. Terutama kalian yang dapat beratus-ratus emel tu. Kadang-kadang sayang sangat emel tu, MOVElah. Kalian boleh TULIS tajuk-tajuk dalam FOLDER MOVE tu. Emel yang spam tu delete jelah.

Dengan kaedah ATTACH FILE dan MOVE ni. kerja aku jadi sangat mudah sekarang. Aku buat kerja kat rumah. Simpan dalam emel melalui dua kaedah tu. Sampai sekolah, bila terdesak buka emel, dan terus buka file dalam MOVE. tINGGAL PRINT je....Pening ke? Bukan apa, ada guru-gru yang mengadu:

" Alamak pendrive aku ada virus!"
" Alamak pendrive aku hilang, mesti anak aku pecahkan ni"
Tambah-tambah kalau ada ada nazir@pelawat datang sekolah, kucar-kacir dibuatnya. Masalahnya di sini cuma SATU! Kalau kebetulan line internet tak ada..PARAH! Itulah kelemahannya. Yang sempurna hanya Allah SWT!

SUNGAI BANTANG BEKOK

Petang Isnin itu berdetik dalam hati, bagus juga esok ni ke Bekok. Tiba-tiba sahaja, Zailani sms" Som, esok jom ke Bekok" Aku terus balas serta merta "Ok Bos! Setuju!" Maka pagi Selasa 16 Februari bertolaklah kami ke sana. Aduh! Ramainya orang! Tak pernah aku lihat situasi demikian gawat! Walau bagimanapun dapat jugak aku memacakkan khemah di tepi air yang mencurah! Orang parking kereta sejauh dua kilometer! Ada yang kata, semalam mereka ke Tangkak, kat sana tak dapat mandi, kerana ramainya orang. Di sini ramai juga, tapi dapat mandi.Siap sahaja khemah itu aku dirikan, aku terus bersantai sambil baca Metro......terasa dunia ana yang punya.....uwek!





Papan tanda ke Air Terjun Bekok

Subhanallah.....! Maha Suci Allah!

Iswaraku berhenti sekejap menikmati suara unggas yang bergemersik....

Orang yang datang tak putus-putus,
seperti air terjun itu sendiri

Kalau kalian malas nak bawa bekal,
setakat nak mengalas perut adalah 10 gerai menjual makanan
seperti burger, kentang goreng, nuget, ais krim (50 sen shaja)


Ili melayan anak Zailani & Hafizah

Cikgu Zailani ni ente bertapa ke?

Nak parking, parking dah penuh, ada yang berjalan kaki dua km untuk sampai
ke sini. Aku tak pernah jumpa keadaan begini setelah berkali-kali
aku datang ke sini, mungkin atas faktor cuaca (pemanasan global).


Di sini semuanya lengkap, nak solat pun disediakan surau yang kukuh.

Malangnya, kesian surau ini, sampai bila nak dibetulkan?
Lama-lama reputlah nanti dimamah hujan


Rakyat Malaysia masih berminda negara dunia ketiga.
Wawasan 2020 tinggal beberapa tahun lagi,
tetapi sikap buruk ini masih diteruskan lagi,
sungguh menyedihkan, adakah patut, mereka suka tempat ini,
tetapi telah memperkosa keindahannya!



Dah nak balik, baru terjumpa Sdra Mislan Saderi, teman sekampung
yang kini bertugas di Puspakom Pahang


Akibat cuaca panas luar biasa dan sempena cuti TB Cina,
ramai sangat yang datang ke sini sehingga jem mengalahkan KL


Aku tak puas hati dengan Lampu Isyarat di Pekan Chaah ini,
TAK LOGIK, untuk melepasi lampu ini sampai tiga kali lampu
merah. Harap pihak berkenaan manual balik lampu ini. Setiap kali lampu hijau
cuma dapat melepaskan tiga buah kereta sahaja, mengakibatkan
kereta bersusun panjang.........

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI BEKOK >>>>

Isnin, 15 Februari 2010

MENCARI KEDAMAIAN DI HUJUNG DESA

Hafiz anak saudara Masrom
sekolah di SMK TUN PERAK

Bagi anda yang melalui lebuh raya Pagoh - Yong Peng
pasti melalui kawsan ini-Sejagong

Di balik lumut yang cantik ini bersembunyi ikan-ikan

Perahu untuk pemancing ikan semasa banjir dulu terdampar sepi

Masrom Jais memang sahabatku memancing semasa kecil-kecil dulu
Ikhwan cepat penat nampaknya


Semasa cuti inilah aku dapat berjumpa Masrom, kalau tak masing2 sibuk
dengan kerja. Masrom bekerja dlm bidang hartanah di Kota Tinggi

KISAH KELEBIHAN AYAT SERIBU DINAR




Dikisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya bahawa seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata," Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta." Kerana mimpi ini berulang-ulang datangnya, maka dilaksanakan apa yang dimimpikannya itu iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.

Pada suatu malam, dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarkan
beberapa kalimat ayat-ayat Al-Quran (Ayat Seribu Dinar) dianjurkan agar dibaca dan diamalkan setiap pagi dan petang. Maka Allah akan melepaskan daripada bahaya yang akan menimpa diri.

Setelah hartawan itu bangun daripada tidurnya, ia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang ia dapati dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimat-kalimat itu adalah ayat Quran yang tidak diragukan lagi kebaikannya.

Tidak lama kemudian, hartawan tersebut berada dalam suatu pelayaran dengan menumpang sebuah kapal layar. Ia membawa barang dagangannya. Setelah kapal itu berada di tengah-tengah laut yang luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga menyebabkan laut menjadi bergelora. Kapal layar itu terumbang-ambing mengikut pergerakan air laut yang bergelombang besar. Semua penumpang menjadi cemas dan takut.

Hari mulai malam dan hujan turun dengan lebat sekali. Tetapi si hartawan tetap tenang dan mengharapkan pertolongan Allah SWT sambil membaca ayat-ayat yang diberi dalam mimpinya itu.

Nakhoda dan anak kapal berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan semakin runcing dan bertambah dahsyat. Akhirnya kapal layar itu terhempas pada sebuah batu karang dan pecah.

Walau bagaimanapun, sihartawan telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat bersama-sama harta dagangannya.

Demikianlah khasiat ayat yang diterimanya dalam mimpi, dan oleh sebab dia beramal dengan seribu dinar, lalu ayat-ayat itu disebut 'Ayat Seribu Dinar'.

Sabtu, 13 Februari 2010

PEWARIS PERJUANGAN


Riadah pada waktu petang.
Bangunan belakang ialah bangunan SMKDS

Asrama yang semakin cantik

Petang ini aku menemani sahabatku Zailani untuk mengunjungi anak lelakinya Zakuan di Tahfiz Akademik Rahbaniah, Parit Sulong. Ketika itu Zakuan sedang bermain bola dengan kawan-kawannya di padang.


Betapa wajah-wajah jernih bersalaman dengan kami tanpa disuruh oleh sesiapa. Merekalah pewaris perjuangan. Di tengah hiruk-pikuk orang Parit Sulong mengejar keduniaan yang tiada noktahnya ini, terdapat 36 insan cilik yang belajar menghafaz Al-Quran semuda tujuh tahun.

Hanya ibu bapa yang berhati waja sahaja yang menghantar anak mereka ke sini. Aku teringat kata-kata Ustaz Meeraj dalam ucapan beliau beberapa tahun lalu.

"Ada tak pelajar yang keluar dari aliran agama yang merempat? Tidak ada kerja? Semua rezeki
datang daripada Allah. Betapa ramai malah beribu-ribu pelajar yang keluar universiti juga masih tiada pekerjaan?"

Pelajar tahfiz ini datang dari pelbagai tempat termasuklah dari luar negeri Johor. Semoga Allah sentiasa mengasihi kamu semua.

Jumaat, 12 Februari 2010

DOA MENGELAKKAN ANGIN AHMAR

Angin Ahmar merupakan penyakit yang sangat berbahaya. Oleh sebab itu kita haruslah berdoa sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Doa ini datang daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibrail kepada Rasulullah SAW.

Penderitaan akibat penyakit ini tidak terperi dahsyatnya. Bayangkan, (Nauzubillah) tiba-tiba sahaja separuh badan menjadi lumpuh, bagaimanakah keadaannya?

Doa ini saya peroleh daripada seorang ustaz. Oleh sebab begitu lamanya tempoh masa saya menyimpannya, maka ia agak nampak klasik. Marilah kita sama-sama membaca doa ini.

SILA COPY PASTE/PRINT





Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…
Jajarkan ke Kanan

Khamis, 11 Februari 2010

JALAN DI PARIT SULONG DI UPGRADE

Lampu Isyarat Parit Sulong



10 Feb 2010-Jalan raya di Parit Sulong telah diturap dan diperlebar


Parit Sulong diselubungi berita sedih pada 24 Januari yang lalu kerana kehilangan Sarjan Mejar Sairi (Ketua Polis Pt Sulong) yang telah kembali kerahmatullah pada hari tersebut kerana tekanan darah tinggi.

Isnin, 8 Februari 2010

EMPAT KUNCI SYURGA BAGI WANITA


Hasil Tanaman Kanda Hj Johari Rahmat di Seri Medan

Ketika Rasulullah saw mengabarkan bahwa wanita merupakan penghuni neraka paling besar, beliau ditanya, mengapa? Beliau menjelaskan sebabnya, karena wanita sering ‘kufur’ kepada keluarga, sering mengeluh, jika suami berbaik-baik kepadanya seumur-umur, lalu dia melihat yang tidak baik dari suami walaupun hanya sekali, maka dia akan berkata, ‘Aku tidak melihat kebaikan apa pun pada dirimu.’ Oleh karenanya Rasulullah saw mengajak para wanita agar memperbanyak bersedekah sebagai penyeimbang, lebih dari itu Rasulullah saw juga memberikan jalan dan pintu tersendiri bagi wanita agar selamat dari neraka dengan meraih kunci surga.

Untuk lebih lanjut layari KOMEN FACEBOOK

Semoga kalian tidak termasuk golongan yang RUGI.

Ahad, 7 Februari 2010

INDAHNYA DESAKU SERI MEDAN

Indah bagai Lukisan

Subhanallah!!!



Masa kecil-kecil dahulu aku selalu ke sini dengan sahabatku Masrom
untuk menghilangkan tekanan belajar

Banyak kerusi di Tasik Botani Seri Medan
Bukan untuk berendut, tetapi untuk berehat

MMiror dan kawan-kawannya menggelarkan tempat indah ini
sebagai pergunungan Kashmir

Pengantin baru suka bergambar di Tasik Seri Medan yang indah ini

Taman Botani Seri Medan

Aku terjaga dari tidur
Terkenangkan kampung halaman
Terbayang wajah-wajah sayu
Kurindu

Kenangan mengusik jiwaku
Berlari di pinggiran desa
Betapa damainya terasa
Oh jiwaku

Lagi Gambar Terbaru
JURUFOTO PROFESIONAL
senduduk putih