MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 17 Februari 2010

ATTACH FILE DAN KEGUNAANNYA



Sewaktu AKU mengunjungi kedai komputer tempoh hari AKU bertanya tuan kedai
" Taukey, ada jual disket tak?"
" Aiya! Sekalang mana ada jual itu balang, olang sula tak ada pakai! Sekalang ha, orang guna pendrive!"
" Betul..betul, saya tau, pendrive selalu banyak virus"
" Apa susah, kasi scanla"
" Awak cakap macam senang je scan virus"
" Lu hantar sini, wa bikinla"

Malam itu, aku teringat tentang ATTACH FILE yang diajar oleh HJ SUNAN. Mentor pertama aku dalam bidang IT. Aku kagum, walaupun beliau kerja kampung, tanam sawit, tapi beliaulah yang mula-mula ada laman web kat Sri Medan tu.

Apabila aku godek-godek email tu, aku cuba-cuba ATTACH FILE sangat banyak kegunaannya!
JANGAN-JANGAN kalian tak tau apa itu ATTACH FILE. Segala WORD, POWER POINT, GAMBAR, aku ATTACH FILEkan dalam emel. Cara ATTACH FILE:

1. Masuk emel
2. Tulis macam biasa, alamat penerima emel, Tajuk
3. Ok klik pada petak ATTACH FILE
4. Pilih FILE word, power point, mypicture dll
5. Browse, ada 5 tu ATTACH FILE 1 BOLEH maksima 5
6. Dah ok semua SENT lah kat siapa-siapa

Bagi aku seorang guru, aku dah tak payah simpan dalam pendrive apalagi disket yang out of date
tu. Aku taip kerja yang menimbun kat rumah tu, lepas tu aku simpan dalam attach file tadi. Aku sent kepada emel aku yang kedua. Atau aku MOVE emel yang aku dah sent kepada orang lain.
Apa pula MOVE tu? Hj Sunan juga yang ajar ni, MOVE ni untuk simpan emel-emel kita ni, kita klik petak emel pilihan kita, kita simpan dlm MOVE. MOVE emel ni macam simpanan fail-fail. Terutama kalian yang dapat beratus-ratus emel tu. Kadang-kadang sayang sangat emel tu, MOVElah. Kalian boleh TULIS tajuk-tajuk dalam FOLDER MOVE tu. Emel yang spam tu delete jelah.

Dengan kaedah ATTACH FILE dan MOVE ni. kerja aku jadi sangat mudah sekarang. Aku buat kerja kat rumah. Simpan dalam emel melalui dua kaedah tu. Sampai sekolah, bila terdesak buka emel, dan terus buka file dalam MOVE. tINGGAL PRINT je....Pening ke? Bukan apa, ada guru-gru yang mengadu:

" Alamak pendrive aku ada virus!"
" Alamak pendrive aku hilang, mesti anak aku pecahkan ni"
Tambah-tambah kalau ada ada nazir@pelawat datang sekolah, kucar-kacir dibuatnya. Masalahnya di sini cuma SATU! Kalau kebetulan line internet tak ada..PARAH! Itulah kelemahannya. Yang sempurna hanya Allah SWT!

10 ulasan:

tunbegia berkata...

sungguh berinformasi,

salamm,

SAM73 berkata...

Lerrr.... takkan la attach file pun ada yg tak tau..

tp aku paling malas nk buka kalau ada org sent benda2 pastu nk kena download..bukan apa..kkdg benda ni pembawa virus.

tp klu aku ada cara lain sebagai alternative utk mengelak dr mengguna pen drive ni..caranya ialah... kita save la gmbr or whatsoever tu dlm blog tp jgn publish...SAVE AS A DRAFT pastu kalau nk guna benda2 tu kita ambik je kt situ. Senang.. kalau guna email ni leceh sbb nk sent lg...sometime plak email pun tak bleh bukak.. tp klu nk print kena la save balik kt hardisk plak.. itu bg yg terlampaulah malasnya nk bwk PEN DRIVE yg tak ler berat mana pun.

MSOM berkata...

Ya Sam, ramai cikgu2 ni emel punnnnn tak tau. Busy. Kalau Sam jadi cikgu,banyak data kena guna excell, power point, word -jadual2, minit mesyuarat dll...semua tu tak boleh simpan dalam draf blog. Markah murid misalnya, siap ada analisis. Power point....yng ada 10-40 slaid mana boleh simpan dlm draf blog.

Cadangan Sam itu memang bagus utk simpan gambar atau petikan ayat-ayat terpilih.

Tapi utuk guru kena guna taknik ATTACH FILE

cikTi berkata...

em,.
mmg bagus kalo send kt emel,.

tp,myb pdnrive bguna bila line internet xde kan.,.

cik EPAL berkata...

nice info :)

SAM73 berkata...

eh Cik Epal pun ada.. OO Cik Epal...we all ni nk menuntut ilmu on how nk dptkan Nuffnang tu juta2 mcm Cik Epal selalu dpt tu.. boleh beli tempe ya Cik Epal..hehe.

MSOM berkata...

Tkasih atas kunjungan CikTi dan Kunjungan balas CikEpal. Muda2 tapi semua hebat dalam penghasilan blog.

Terlalu banyak lagi kita perlu belajar SAM!

nurul berkata...

bgus jgk info ni...(terutama sape2 yg blum tahu....tp kalo mcm nurul mybe sush cket...kdg ade line intnet....kdg xde...dibuatnye takde kat sekolah...melopong laaa kat pengetua...huhu....
bgus gak kdg pendrive n disket ni....kan....=) dan bgus jgk attach file niiii

MSOM berkata...

Oh Nurul rupanya! Macam2 bisnes ya.Tahniah. Blog Nurul ni ada berapa Sam?

SAM73 berkata...

ko tanya aku plak...dh tentu yg empunya diri ada kt sini.. rasanya ada 3 kot termasuk blog cik abe dia. Sapa nk beli baju kanak2 ON LINE boleh la cari cik Nurul kita ni... tul ke Nurul?