MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 13 Februari 2010

PEWARIS PERJUANGAN


Riadah pada waktu petang.
Bangunan belakang ialah bangunan SMKDS

Asrama yang semakin cantik

Petang ini aku menemani sahabatku Zailani untuk mengunjungi anak lelakinya Zakuan di Tahfiz Akademik Rahbaniah, Parit Sulong. Ketika itu Zakuan sedang bermain bola dengan kawan-kawannya di padang.


Betapa wajah-wajah jernih bersalaman dengan kami tanpa disuruh oleh sesiapa. Merekalah pewaris perjuangan. Di tengah hiruk-pikuk orang Parit Sulong mengejar keduniaan yang tiada noktahnya ini, terdapat 36 insan cilik yang belajar menghafaz Al-Quran semuda tujuh tahun.

Hanya ibu bapa yang berhati waja sahaja yang menghantar anak mereka ke sini. Aku teringat kata-kata Ustaz Meeraj dalam ucapan beliau beberapa tahun lalu.

"Ada tak pelajar yang keluar dari aliran agama yang merempat? Tidak ada kerja? Semua rezeki
datang daripada Allah. Betapa ramai malah beribu-ribu pelajar yang keluar universiti juga masih tiada pekerjaan?"

Pelajar tahfiz ini datang dari pelbagai tempat termasuklah dari luar negeri Johor. Semoga Allah sentiasa mengasihi kamu semua.

4 ulasan:

SAM73 berkata...

seorang tahfiz boleh membawa bersama 10 org ahli keluarganya sekali ke dlm syurga.. sapa yg tak mahu kan? Untungnya klu aku ada anak seorg Hafiz/Hafizah mcm Datuk Pah Aini tu... jelousnya rasa.

ya betul.. jgn la dicetekkan fikiran tu dgn mengatakan menyekolahkan anak ke sekolah aliran agama pekerjaan adalah terhad.. kita mahu melahirkan individu professional yg mempunyai asas agama yg kukuh, bukankah itu satu bonus?

Ah takut aku nk ckp lebih2 sbb anak2 aku kecik lg.. tak tau lg besarnya mcm mana.. sama2 la kita berdoa supaya mereka jd ank yg soleh/solehah.

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Oh Ade ngupernya sekolah Tahfiz kat area BP ni ya....

Kalau duk sini leh gak hantar anakanda ke sekolah tuh kan...

Cabaran zaman sekarang sungguh berbeza & 'dahsyat' untuk anak2 kita melaluinya...

Moga anak2 kita semua selamat dan terselamat dari segala cubaan & dugaan tersebut...

MSOM berkata...

Sekarang sudah ada Sekolah Tahfiz yang menjurus utk melahirkan Profesional. Akan lahir nanti Doktor Hafiz, Jurutera Hafiz. Sebagai contoh Mahad Muhammadi di Kelantan. Di selangor juga telah wujud sekolah seperti itu. Namun syaratnya anak itu mesti dapat 5A UPSR. Kurang2 pun 4A.

kasih berkata...

In syaa Allah akan hantar anaknda saya ke sana....
tapi masih belum tahu diterima masuk atau tidak....
anaknda saya ni lurus orgnya...
harap sgt dia menjd al-hafiz...
dulu nk masukkan sekolah rendah arab bersepadu tp x lulus temuduga....
apa boleh buat x de rezeki....
harap2 kali ni adalah rezeki anaknda saya menjd al hafiz....
berjuang demi Agama Islam yg tercinta...menyambung perjuangan Rasulullah...kerana Allah...
doakan utk anaknda saya ya....