Khamis, 4 Mac 2010

LE TOUR DE LANGKAWI (LTdL) TIBA DI PARIT SULONG

Lama betul mereka nak sampai? Perut aku dah lapar sngat ni!

Nak lalu sekarang cepat bang! Kejap lagi sampai ni!

Aku antara penonton yang terglamour hari ni!




Video You-Tube ini dapat menggambarkan kemeriahan Le Tour de Parit Sulong!


Sebahagian kemeriahan Le Tour de Langkawi yang telah tiba di Parit Sulong.
Ribuan warga Parit Sulong tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sukan
yang bersejarah itu.



Mereka sanggup menunggu sejak pagi dan berada di bawah
kepanasan matahari yang melampau

Penamat perlumbaan di sini, di hadapan Klinik Jaya


Subuh-subuh lagi jalan sudah ditutup, kenderaan berat dengan berat hati terpaksa
berpatah balik, dan mencari jalan alternatif.



....MALANGNYA SAUDARA-SAUDARI/TUAN/PUAN....



Saya tidak dapat mengambil gambar di kemuncak penamat

PERLUMBAAN ITU!

Sebabnya?

Saya telah ditolak oleh beberapa orang yang berebut-rebut
hendak melihat BABAK ITU!

Sedangkan ia cuma BERLALU BEBERAPA SAAT SAHAJA!



Jika begini gagallah saya sebagai PAPARAZI!!!



Video YANG sempat aku Upload: Banyak lagi video ni, tapi banyak kerja pulak.

video

18 ulasan:

SAM73 berkata...

anda belum tahap gagal sbb gmbr2 itu ternyata sunguh jelita.

MSOM berkata...

Terlupa pula aku nak snap gadis-gadis jelita di khemah2 jualan Le Tour De Langkawi tadi.

Teman Setia Anis berkata...

Oh... lain kali kena bawak Bedoza atau tangga bila nak buat liputan ya.

Mama Miraki berkata...

laaaaa blog sampai bersawang sebab nak jadi paparazi....tapi tak dapat pulak ambil gambar yea...tapi ok lah..ada gak bahan buktinya kan...

MSOM berkata...

EH EH NI TENGAH UPLOAD VIDEO NI...PAYAH BENARLAH PULAK...ADA HELIKOPTER, GERAI2 DAN MACAM2. NAMPAK GAYA SAYA KENA TIDUR MAMA mIRAKI & ANIS. Sambung Esok malam pulak

MSOM berkata...

Saya sebenarnya nak ambik gambar Michael Matthews, HAMPEH Meminjam kata2 Mummy Gee!

~ Mummy Gee ~ berkata...

MSOM, semalam cuti ke sempat amik gambar2 lagi...rasanya dia org sampai PS dalam kul 1pm kan..ke daat pelepasan istimewa sbb nak jadi paparazi...hihi...

MSOM berkata...

Mummy Gee, kebetulan semalam saya ditugaskan sbgai juruacara Sepak takraw MSSD Batu Pahat, yg berlangsung di Dewan Besar Tepi Sungai itu, jadi masa2 terluang itu saya lari kejap ke lokasi ini.

Mama Miraki berkata...

hehehee kelakar tengok mamat yang duduk atas pokok tu..tu nak cari shot terbaik nak jadi paparazi tu....MS kena wat cam tu kot barulah tak kena tolak orang..dan dapat amik gambar cantik..hehhehehe

MSOM berkata...

LE TOUR ni bagus untuk pekan PARIT SULONG, jalan yang diperlebar hari tu rupa2nya inilah puncanya. Kalau tak, tayar kereta asyik terlanggar lubang sana-sini, terutama di lampu isyarat tu MAMA MIRAKI.

nazaluvaholic berkata...

owh2...nk gna nama aq kew ????aq ni la paparazzi....

MSOM berkata...

Paparazi ni lain KATEGORI. Anda mungkin PAPARAZI yang kejar Lady Diana kut?

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Meriah sungguh suasana di Pt Sulong mase tu nampaknyerrr...

Kena cari zoom lens tu supaya leh shot dr jauh jer pon dpt gambar... :)

Putri Cahaya a.k.a MiRa berkata...

kesian cik MS...takpelah...takde rezeki nak ambil gambar tu..semoga berjaya pada masa akan datang..

Putri Cahaya a.k.a MiRa berkata...

kesian cik MS...takpelah...takde rezeki nak ambil gambar tu..semoga berjaya pada masa akan datang..

MSOM berkata...

SP tkasih atas cadngan itu. Putri Cahaya, semua telah tersurat. Gambar yg ada sudah memadai.Nasib baik ada Video Youtube yg boleh kita lihat.

KUNTONG berkata...

Saya tidak berkesempatan nak tengok di Pt Sulong hari itu, walaupun jaraknya tidak jauh.. Wbp dapat lihat imej-imej anda di blog sudah cukup bagi saya.Terima kasih MSOM.

HAMIDAH berkata...

Sama-sama Tok Ketua. Saya jawab bagi pihak En Mat som